Find us on Facebook

Ayam Brand Goodie bag: Pantri Komuniti Kempen Komuniti Penyayang 2020

Assalamualaikum. Rezeki apabila pihak ayam brand telah menghantar goodies bag berupa produk ayam brand kepada Fiza. Ini adalah sebagai tanda terima kasih kerana menyokong Ayam Brand Projek Pantri Makanan #AyamWithYou di Anjung Singgah dan Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Hasanah.



Ayam Brand Goodie bag: Pantri Komuniti Kempen Komuniti Penyayang 2020 | Ayam Brand™ telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, dan telah menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu. 




Tahun ini jenama tersebut membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, dan pusat transit gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk membantu lebih banyak lagi organisasi dan komuniti. 



Antara barangan makanan yang Fiza terima antaranya ialah tomato puri, 4 jenis tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin, santan kelapa dan jagung manis. Semua makanan ini memang selalu Fiza dapatkan di pasaraya terutamanya tuna dan santan. Terdapat juga tote bag yang boleh dibawa untuk ke shopping mall.
















Terima kasih Ayam Brand. Pemberian yang sangat bermakna buat Fiza. Boleh buat pelbagai menu masakan dengan barang makanan ayam brand nie. 

Untuk makluman, pantri makanan #AyamWithYou terletak di Anjung Singgah, Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur dan di Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Hasanah No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Heights 68000 Ampang Selangor. 

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou,  boleh layari https://www.ayambrand.com.my.

Post a Comment

6 Comments

  1. Bagus usaha ayam brand ni dalam membantu golongan yang memerlukan

    ReplyDelete
  2. Wahhh rezeki. Terbaiklah ayam brand

    ReplyDelete
  3. Bagusnya ayam brand buat inisiatif macam ni. Semoga dapat membantu mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  4. Baguslah ayam brand ni buat inisiatif pantri mcmni utk sesiapa yg memerlukan.. Suka sgt

    ReplyDelete
  5. sedapnya.. mama mmg suka guna produk ayam brand. sedap dan bermutu

    ReplyDelete