Seronok jalan-jalan di MAPS Ipoh, Perak

Assalamualaikum. Bulan Disember tahun 2019 memang rezeki kami untuk kami sekeluarga berjalan sakan. Alhamdulillah rezeki anak-anak. Peluang cuti yang ada kami manfaat sepenuhnya untuk anak-anak dan jalan-jalan kami hanya bertumpu di dalam Negeri Perak. Minggu sebelum itu kami ke Swiss Garden Damai Laut dan kemudiannya kami ke LWOT diikuti pula dengan jalan-jalan kami di MAPS.

Movie Animation Park Studio Maps
Seronok jalan-jalan di MAPS Ipoh, Perak | Sepanjang percutian 2 hari 1 malam di Perak, kami telah ke Lost World of Tambun, menginap di Hotel Travelland dan kami sempat ke Movie Animation Park Studio Maps (MAPS) Ipoh sebelum bertolak pulang ke Sg. Buloh. Jadi jom ikut Fiza sekeluarga mengembara di dalam MAPS Ipoh.

Park Map
Kemasukan adalah percuma bermula 1 Mac 2019 yang lepas. Jadinya kalau nak masuk jalan-jalan, tengok-tengok apa yang ada dalam MAPS tak jadi masalah. Kalau nak main, masuk theme park, makan-makan, mereka menggunakan kad topup. 

Macam mana kad topup tu? Macam ini, mula-mula kita perlu ke kaunter E-pay dan mohon kad topup. Masuk sahaja berapa nilai duit yang kita nak. Segala urusan pembayaran dalam MAPS menggunakan kad topup tersebut. Jangan risau jika ada baki dalam kad sebab kita boleh redeem semua nilai baki duit yang ada sebelum pulang. 

Topup Card
Ceria dengan menarik bangunan di sini
Kami pun mulakan pengembaraan dengan sarapan pagi di Tok Aba Kokotiam. Kalau anak korang minat boboi boy, warung ini memang sangat dikenali. Harga makanan di sini juga agak mahal. Kalau nak makan fikir-fikirkanlah. Kami redah je sebab lapar sangat. Lagipun memang tak sarapan lagi.

Tok Aba Kokotiam
Kopitiam dan jualan barangan bertemakan boboi boy
Sebelum ke mana-mana anak dah mengamuk minta kipas. Mana taknya si Thaqif peminat kipas, dia nampak pula kipas yang dipamerkan di dalam kedai cenderamata MAPS Emporium. Nak tak nak memang kena belilah siap-siap kalau tidak memang dia akan mengamuk sepanjang jalan.

Kedai Cenderamata
Kipas juga pilihan hati anak-anak, tapi memang panas cuaca di sini
Abg tunjuk kat adik cara nak on kipas
Permainan yang menjadi keterujaan anak untuk main adalah kenderaan bateri. Pijak pedal jalan. Yang bestnya mak ayah pun boleh naik sama. Boleh pusing-pusing kawasan yang kita nak selama 10- 15 minit sahaja. Satu kenderaan RM 10. Fiza naik bawa pusing anak-anak, kemudiannya suami pula bawa yang lain sebab Huwainaa tak nak turun dari kereta bateri tu.

Seronok bawa pusing-pusing, ada lagu, lepas tu laju. Memang kita yang dewasa pun rasa nak je sewa terus bawa jalan-jalan pusing MAPS.


Kemudiannya kami ke Dunia Animasi. Di sini terdapat banyak watak-watak kartun animasi Malaysia. Cuaca panas, kalau bawa anak kecil memang best lepak dalam nie. Kanak-kanak 3 tahun ke bawah masuk percuma. Kami yang dewasa nie perlulah bayar. Macam-macam aktiviti santai yang anak-anak boleh main, lego besar, permainan video game, naik yoyo car dan macam-macam lagi.

Bila masuk dalam Dunia Animasi kita yang mak bapak rasa mengantuk sebab selesa dengan penghawa dingin. Budak-budak nie sampai tak nak balik sebab banyak aktiviti yang boleh dorang buat dan main.

Dunia Animasi Kanak-kanak



Antara tarikan lain yang terdapat di sini adalah seperti BoboiBoy Cactus Coaster, Dark Ride, Amazing world, Asteroid Attack dan macam-macam lagi lah.

BoboiBoy Cactus Coaster
Dark Ride
Amazing world
Asteroid Attack
Cuaca panas, sebelum balik pekena ice blended
Love u son
Pendek kata memang best singgah bawa anak-anak jalan ke MAPS Ipoh. Suasana yang ceria dan berbumbung memang sesuai untuk bawa anak kecil walaupun cuaca panas atau hujan. Permainan pula ada untuk dewasa dan juga kanak-kanak. Kalau korang ada peluang, bawalah ahli keluarga ke sini yer.

Wassalam.

Post a comment

3 Comments

  1. Waalaikumussalam. Allahu teringin nya nak pi. Entah bila kah akan tiba masa nya 😁

    ReplyDelete
  2. Colourfulnya building.. Teringin nak cuba tok aba tu. Hahaha

    ReplyDelete
  3. Thanks sharing.plan bawa anak ke sini birthday dia nanti

    ReplyDelete