Menang peraduan M&M's Malaysia

Assalamualaikum. Sebelum cuti sekolah bermula, sempat juga Fiza pergi tengok movie Jumanji The Next Level tanpa bawa anak-anak tapi bawa sorang anak saudara yang baru lepas ambil result PT3. Tiket movie voucher MBO Cinemas Fiza dapat menang peraduan anjuran M&M's Malaysia. 

MBO Cinemas Movie Voucher
DM daripada M&M's Malaysia
Tengok Jumanji The Next Level guna tiket menang peraduan M&M's Malaysia | Rezeki dapat tiket free, kalau tak memang kami tak tengok la movie melainkan ada cerita yang betul-betul kami nak tengok. Last movie yang kami layan pun PASKAL dan Hantu Kak Limah. 


Sementara tunggu waktu tayangan, kita makan dulu
Ayam buttermilk, sedapnya..

MBO Cinemas paling dekat dengan kami terletak dalam Tesco Village Mall Manjalara. Pertama kali juga ke Tesco situ. Memandangkan bawa lagi sorang, kami hanya perlu membayar tiket tambahan dan nak bagi suasana menonton wayang, mestilah layan pop corn. 

Tiket wayang Jumanji : The Next Level


Wajiblah ada pop corn


Jumanji The Next Level memang best dan rasa tak puas sebab Fiza rasakan jalan cerita dan aksinya terlalu pendek dan sedikit. Lakonan The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson pun best. Masa tengok movie ini, suami ada cakap yang dia nie dah meninggal. Betul ke? Kesian The Rock. 

Sebenarnya dia masih hidup dan khabar angin yang mengatakan bahawa dia meninggal dunia telah 3 kali tersebar iaitu pada tahun 2011, 2014 dan terbaharu 2019. Alahai memang tak de kerja betullah haters nie.

No sinopsis yer. Kalau nak tengok korang carilah sendiri. Tak lama lagi adalah kat TV pula. Terima kasih M&M's Malaysia.

Wassalam.

Post a comment

3 Comments

  1. Untungnya dapat tiket free.
    Baca review banayak kata Jumanji the next level ni lagi best dari yang 1st haish tak sabar nak tengok.

    ReplyDelete