Tips Travel Dengan Kos Rendah

Assalamualaikum. 

Setiap tahun mesti ada antara kita yang merancang untuk travel tak kisahlah bersama rakan-rakan atau keluarga. Tetapi masalah utama setiap kali kita nak pergi travel ni semestinya melibatkan hal kewangan. Kalau tak cukup duit macam mana kita nak pergi bercuti kan? 



Tips Travel Dengan Kos Rendah | Zaman sekarang semua benda perlukan duit. Jadi kalau korang dah ada rancangan untuk pergi travel tu, pastikan kumpul duit daripada awal lagi. Sekurang-kurangnya ada duit untuk beli tiket flight dulu. Tak adalah rancangan korang nak bercuti tu hanya angan-angan dan terkubur begitu sahaja.

Sebenarnya tips mudah untuk pastikan percutian yang dirancang tu berjaya adalah dengan kita beli tiket flight awal-awal. Kos untuk menaiki kapal terbang tidak dinafikan memang agak tinggi. Bila dah beli tiket flight tu barulah kita start menabung sikit demi sikit sebabnya untuk tampung cost lain pula masa bercuti nanti. Tak adalah kita terasa terbeban sangat nak kumpul duit travel tu sebab kita dah nampak matlamat kita. Kemudian bolehlah plan nak ambil cuti pula. Senang cerita step pertama beli tiket, keduanya bolehlah mula simpan duit belanja, ketiga pastikan kerja di pejabat tiada yang tertangguh dan kelima apply annual leave. Barulah kita boleh bercuti dengan tenang nanti.

Dan sebenarnya korang boleh je pergi travel dengan kos yang rendah. Kos yang rendah ini tak adalah sampai kita perlu ikat perut atau tidur berhimpit masa travel. Cuma ianya tidaklah memberikan keselesaan yang optimum. 

Pilih airport transfer yang betul 



Pemilihan pengangkutan ke airport yang sesuai pun memainkan peranan penting kalau korang nak mengurangkan kos. Kalau yang travel berdua atau solo aku cadangakn korang guna KLIA Express. Korang boleh book KLIA Express tickets online dekat Traveloka. Hal ini kerana harganya yang lebih murah berbanding beli direct di kaunter. Kalau travel in group 3 orang ke atas korang boleh find airport limo online juga dengan Traveloka. Harga airport limo dekat Traveloka ni berbaloi tau. Kenapa kalau in group aku tak prefer guna KLIA Express? Sebab kosnya lebih tinggi sebab tiket individu. Kalau guna airport limo boleh divide nanti.

Stay dekat Airbnb atau service apartment lain 



Walaupun nampak harga Airbnb ni agak mahal, kalau kita dah bahagikan kosnya dengan rakan-rakan travel baru kita akan rasa harganya adalah berbaloi. Selain itu, kalau korang stay dekat service apartment macam ni, cari service apartment yang ada kemudahan seperti dapur dan mesin basuh. Supaya banyak lagi benda yang boleh korang jimat nanti. Kalau yang jenis nak ada iron dan hair dryer tu, cari juga yang menyediakan kemudahan berkenaan. Hal ini bagi memudahkan urusan kita. Hah lagi satu, cari tempat penginapan yang mudah untuk dapatkan kemudahan public transport atau berhampiran kawasan tumpuan pelancong yang jaraknya hanya walking distance je. Supaya korang boleh jimatkan kos pengangkutan pula.

Backpack atau kongsi luggage 



Ada sebab juga kenapa Fiza suruh cari Airbnb yang mana mereka ada kemudahan mesin basuh tadi. Bila ada mesin basuh, kita tak perlu bawa baju yang banyak. Bawa 2-3 helai je pun dah cukup, nanti basuh jelah. Kalau korang nak backpack pun dah okay. Senang nak bergerak ke sana sini dan tak perlu tambah luggage.

Tetapi kalau korang jenis yang bawa banyak liquid or ada benda-benda yang tak boleh bawa naik cabin, disarankan untuk tambah luggage. Tapi tak perlu beli banyak sampai kalau travel berempat, semua nak ada luggage. Korang just belilah 20kg ke 30kg ke atas nama sorang untuk dikongsi. Berat tu bergantung pada korang lah. Kalau rasa 25kg cukup untuk cover 4 orang semasa pergi, beli 25kg je. Kalau waktu balik takut luggage bertambah, tambahlah berat tu ke 30kg ke 40, bergantung pada diri korang. Dan make sure sebelum check in beg, timbang dulu. Kalau terlebih berat, transfer dalam hand carry bagi mengelakkan extra charge nanti.


Bawa makanan ready to eat 



Ini juga merupakan salah satu sebab kenapa Fiza suruh korang stay dekat Airbnb yang ada kemudahan dapur. Kalau tak ada dapur pun sekurang-kurangnya ada microwave. Jadi korang boleh panaskan makanan ready to eat korang tu. Jimat sikit kos makan korang kat tempat orang. Tetapi janganlah sampai korang tak cuba makanan tempatan pula. Cuba je, sebab tu one of reasons kenapa korang pergi travel kan. Just bukanlah setiap masa korang makan makanan tempat tu yang mungkin kosnya agak tinggi. 

Sebenarnya banyak lagi yang boleh korang buat untuk memastikan korang dapat menjimatkan kos travel korang nanti. Yang Fiza share tu hanya sebahagian tips yang Fiza sendiri buat kalau hendak travel. 



Sangat penting merancang percutian tambahan pula jika kita ke negara yang belum pernah kita jejaki. Jangan lupa study budaya dan adat sesuatu negara sebelum ke sana. Pastikan diri kita juga bersedia dengan perubahan iklim dan cuaca. Jangan lupa simpan passport, duit dan barang peribadi di tempat yang selamat. 

Harapnya sedikit tips yang Fiza share ini menjadi panduan untuk korang yang ingin travel dan antara yang penting dan sangat membantu korang nanti. Bila semuanya dah sedia, apa lagi jom bercuti!!

Post a comment

4 Comments

  1. Waalaikumussalam. Terima kasih atas perkongsian. Sangat bermanfaat 😁

    ReplyDelete
  2. Bgs tips ni fiza.. as a checklist untk traveler .nk travel pn kne bijak kn uruskn wang..heheh

    ReplyDelete
  3. nice sharing.. insyallah membantu mereka yang nak travel =)

    ReplyDelete