Hotel dekat dengan Lost World of Tambun, tapi..

Assalamualaikum. Bagi yang mengikuti kisah dan pengalaman kami berseronok di Lost World of Tambun mesti nak tahu di mana kami menginap ketika ke sana. Sebelum itu, kisah percutian kami ke LWOT boleh dibaca dalam penulisan sebelum ini. Rugi tau kalau korang tak baca. Macam-macam aktiviti kami buat sepanjang sehari berada di sana. 


Hotel dekat dengan Lost World of Tambun | Kami check in jam 6.30 petang iaitu selepas pulang dari LWOT. Kami booking dan maklumkan kepada pihak hotel untuk check in lewat. Hotel Travelland adalah hotel yang sangat berhampiran dengan LWOT. Jarak lebih kurang 1.5 km atau 5 minit menaiki kenderaan. 

Kaunter penyambut tetamu
Lobi Hotel


Hotel ini tanpa lif makanya kami terpaksa memanjat tangga sehingga ke tingkat 2. Terasa agak kecewa sedikit kerana harga menginap di sini agak mahal juga jika hendak dibandingkan dengan fasiliti yang disediakan. Mungkin disebabkan ia berdekatan dengan tempat perlancongan, sebab itulah harganya agak tinggi.

Katil hanya dibekalkan dengan 2 bantal yang agak leper
Televisyen dengan sound yang dihadkan

Kemudahan air panas di luar bilik. Salah satu cawan tidak dibersihkan
Tandas bersih
Tandas simple
Keseluruhan hotel ini tidaklah memuaskan kami sekeluarga. Lagipun kami mengambil 2 bilik yang mana satu lagi untuk anak saudara kami. Komen negatif sebegini bukan untuk menjatuhkan nama hotel ini sebaliknya diharapkan pihak hotel lebih peka dan prihatin terhadap pengunjung yang datang kerana kami membayarnya. Lantai licin dan seperti bersabun apabila kami tiba. Tong sampah dalam bilik air sangat kecil dan tidak masuk akal untuk pengunjung buang sampah. 

Kalau boleh pihak hotel sediakan sekurang-kurangnya 4 buah bantal. Kalau 2 buah pun pastikan yang betul-betul gebu. Bukannya leper sampaikan tak terasa ada bantal. Basuhlah cawan yang pengunjung lain telah gunakan. Kami memang geli betul bila tengok cawan kering dengan kesan tidak berbasuh. 

Lagipun hotel ini dekat dengan LWOT. Tidak rugi jika pihak hotel memberikan khidmat terbaik buat pengunjung. Harapnya mereka sedar akan perkara ini. Komen di website Agoda memang tidak membantu langsung. Kami agak kecewa.

Wassalam.

Post a comment

2 Comments

  1. waalaikumussalam. Allahu, kami yg membaca ni pun dapat merasai perasaan itu :(

    ReplyDelete
  2. Macam best je. Next time cuti boleh plan pegi sini

    ReplyDelete