Tabiat menggigit kuku adalah bahaya



dak kecik gigit kuku.. tomey la..
google image

Bahaya Tabiat Gigit Kuku


Kuku yang sihat berwarna bening, bertekstur halus dan kuat. Jika kuku kamu berwarna kekuningan, rapuh, bergelombang atau bertitik-titik putih menandakan kuku kamu tidak sihat. Kuku yang tidak sihat boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Salah satu penyebab kuku tidak sihat adalah kebiasaan menggigit kuku. Ada sesetengah gadis gemar menggigit kuku jari mereka saat merasa stres atau gugup.


Ada sesetengahnya pula suka menggigit kuku saat tidak sedar sambil menonton televisyen ataupun bergayut di telefon dan tahutahu, kuku jari kamu telah ‘habis’. Perlu diingatkan, kesan buruk menggigit kuku bukan hanya pada kecantikan semata-mata malah lebih dari itu.


Kebiasaan buruk ini boleh menyebabkan gangguan kesihatan yang serius. Antaranya, akan menimbulkan luka pada hujung jari dan kutikula, sehingga meningkatkan risiko radang padakuku dan mulut. Jadi pastikan kamu membuang kebiasaan buruk ini dan berikut adalah tipnya. 

1. Setiap kali memotong kuku, pastikan kamu turut merapikan kuku kerana kuku yang dipotong pendek dan rapi akan mengurangkan keinginan untuk menggigit kuku.

2. Jika kuku kamu sudah sedia rosak, bolehlah menggunakan kuku palsu untuk menutupi kuku yang rosak sehingga ia tumbuh kembali.


3. Cubalah terapi penghilang stres agar kebiasaan kamu menggigit kuku saat stres boleh berkurangan misalnya, menulis, melukis atau membaca.

sumber



Post a comment

13 Comments

  1. mase kecik2 dulu mira suke gigt kuku,,sekarang x da,,huhu

    ReplyDelete
  2. fae dulu je suka bite nails hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak2 pulak time sportcheck kuku kn? hehe...

      Delete
  3. sempat lg running man tu ew liya pn lyn RM to hehe...tunang liya pun tabiat cm tu..smpaikan drive pn cm tu,tegur salah tak tgur karang melarat lk.. adoiii.. lelaki susah ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia dah jd tabiat.. ssh nk suro berhenti..

      Delete
  4. mng sesetengah owg dh jadi habit..mng susuh nk tinggalkn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. bile duk sesaje mst akan gigit kuku..mungkin kne larang time dorg kanak2 lagi..

      Delete
  5. tabiat yang buruk, tapi susah untuk dikikis bagi sesetengah orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dr kecik dorg dah buat.. mmg susah nk buang...

      Delete
  6. Kite pun dulu suke beno gigit kuku. Sampai kena marah dengan mak. Haha~

    ReplyDelete