Buah Strawberry ada di Genting Highland Strawberry Farm

Assalamualaikum.

Hari Ahad lepas Fiza pulang ke Bentong, Pahang. Dalam perjalanan pulang sempat singgah Strawberry Farm yang terletak di laluan menuju ke Genting Highland. Kalau perjalanan daripada Rawang mengikuti jalan Batang Kali, pasti akan lalu di  Genting Highland Strawberry Farm. Dua minggu lepas sudah ke Genting Highland.. Kali ini singgah di sini pula untuk melihat buah Strawberry.

Kebetulan waktu datang musim strawberry berbuah.  Dapatlah tengok buah Strawberi yang kemerahan.

Ini adalah kunjungan kali kedua Fiza. Sebelum ini pernah datang tapi bukan musim. Masuk percuma tapi kalau hendak petik perlu bayar.


 Pintu masuk 

Ladang Strawberry

Strawberry.. merah menyala

Di sini juga ada tanaman Ladang Lavender. Bayaran dikenakan untuk Dewasa RM 3.00 manakan kanak-kanak RM1.00. Boleh lah masuk kalau nak bergambar cantik-cantik kan.

Ladang Lavender

Sepanjang ladang ada juga tanaman bunga ros. Cantik dan subur mungkin disebabkan cuaca yang sejuk dan sesuai untuk bunga Ros berkembang mekar.

Ros putih

Ros merah

Bunga kertas

Di sini juga terdapat gerai menjual madu lebah dan tanaman cendawan.  Sebelum keluar, boleh singgah ke kedai cenderamata  Strawberi Farm Genting Highland.
Semuanya bertemakan Strawberry

Ladang cendawan

Kedai menjual sayur segar.

Bagi yang tidak pernah ke Cameron Highland atau saja hendak singgah makan Strawberry segar, boleh lah berkunjung ke Genting Highland Strawberry Farm. Walaupun suasana tidak seperti di Cameron Highland, tapi perjalanannya agak mudah untuk pergi.

Wassalam.

Post a comment

2 Comments

  1. wah sukanya dpt mkn buah strawberry
    klu beli byk2 blh buat kek

    ReplyDelete
  2. Seronoknyaa. Cantik la bunga rose tuu. >.<

    ReplyDelete