Find us on Facebook

Tempat Shopping Best di Kota Bandung: Pasar & Tempat Belanja Murah di Bandung banyak pilihan fashion, kain, dan aksesori

Hari ketiga kami di Bandung, plan untuk shopping sahaja sebab esok kami akan berangkat ke Jakarta. Jadi hari ini hari terakhir kami di Kota Bandung.

Kalau sebut sahaja Bandung, memang tak sah kalau tak singgah ke pasar dan lokasi belanja murah yang jadi kegemaran pelancong Malaysia. Selain terkenal dengan factory outlet dan mall moden, bandar ini juga ada banyak spot shopping bajet yang lengkap dari pakaian, kain pasang, tudung, kasut, beg sehinggalah cenderahati unik.


Antara tempat yang kami pergi adalah Pasar Baru Bandung, syurga tekstil dan fesyen dengan harga yang boleh dirunding. Kat sini kami cari baju raya sedondon tema batik Indonesia. Memang cantik dan harganya jauh lebih murah.




Menariknya, suasana di pasar tradisional ini lebih meriah dan autentik. Jangan lupa untuk tawar-menawar, banding harga, dan kadang-kadang jumpa ‘hidden gem’ yang tak ada di tempat lain. Sebab itu ramai yang anggap Bandung sebagai destinasi wajib untuk shopping murah dan berbaloi.

Food court pun ada di sini. Kebetulan time tu Thaqif lapar, dia tak berapa makan sangat breakfast kat hotel tadi.  Jadi kami order dan makan kat food court di sini. 

Set ikan bawal

Bakso



Selain baju raya sedondon, kami beli kain pelikat, baju batik untuk dijadikan cenderahati bila pulang nanti. Memang ikut bajet kami. Malah boleh beli lebih lagi. 

Kemudian kami gerak ke destinasi untuk shopping seterusnya, Cibaduyut. Kalau nak cari kasut dan produk kulit pula, kawasan Cibaduyut memang terkenal sebagai pusat industri dan tempat belanja barangan kulit di Bandung, terutamanya sepatu (kasut) dan produk kulit lain.



Di Grutty Cibaduyut kami shopping baju anak-anak sahaja. Kami lebih kepada melihat sebab harganya biasa. Jadinya kami pilih untuk cuci mata. Sebab lepas ini kami akan ke tempat shopping yang boleh dikatakan agak famous di Kota Bandung. Jadi kenalah berjimat cermat.






Daripada mall moden yang selesa dan berjenama antarabangsa hinggalah pasar dan pusat belanja murah yang penuh dengan tawaran menarik, semuanya ada di sini. Setiap lokasi menawarkan pengalaman berbeza. Ada yang sesuai untuk family outing, ada juga yang ideal untuk memburu barangan pada harga lebih berpatutan.

Jadi ke mana kami akan pergi selepas ini? Kenalah stay tuned. 
 

Post a Comment

0 Comments