Lamanya tak update blog. Sis buzy sikit sebulan dua nie. Tapi hari nie Fiza kuatkan semangat untuk cuba update. Ini sambungan untuk family travel kami ke Indonesia tahun lepas. Hari kedua selepas ke Orchid Forest Cikole Lembang, kami sekeluarga terus bergerak ke Gunung Tangkuban Perahu. Waktu ini hujan mulai renyai-renyai dan cuaca pun sejuk.

Menikmati pemandangan alam yang indah di Taman Wisata Alam Gunung Tangkuban Perahu | Anak-anak Fiza memang dah siapkan sweater. Bila sampai di Gunung Tangkuban Parahu, angin bertiup kencang, cuaca berkabus tebal sampai kami tak nampak pun kat mana kawah-kawah yang ada.

Kawah Ratu
Tangkuban perahu nie terkenal dengan Legenda Sangkuriang dan Dayang Sumbi, yang mana Dayang Sumbi menolak cinta Sangkuriang kerana Sangkuriang adalah anak kandungnya sendiri. Perahu terbalik disebabkan ditendang Sangkuriang yang gagal memenuhi persyaratan yang diminta Dayang Sumbi. Korang boleh cari cerita nie kat google. Dekat movie pun ada tau sebab Fiza pernah tengok cerita nie.
Kawah terbesar di sini dinamakan Kawah Ratu. Gunung berapi di sini juga masih aktif dan sewaktu kami di sini pun dapat dengar desiran wap kawah di bawah tu. Dapat tahu juga kali terakhir ia meletus pada tahun 2019 dan kesan lava yang ada masih lagi lembut. Kami disarankan untuk tidak memijaknya terlalu lama, cukup sekadar jalan dan lalu.
Disebabkan kami datang pun waktu hujan juga, tak dapat lihat secara jelas sangat di mana perahu yang terbalik tu. Agak kecewa jugak tapi mujur tak seteruk awal-awal kami sampai. Langsung tak nampak apa-apa.
Kami enjoy viewnya yang cantik. Memang sesuai la dengan jiwa Fiza yang suka OOTD nie. Gambar kami diambil oleh tourist guide yang ada di sini. Cuma mereka tidak meminta wang tetapi kita boleh beri cenderahati yang dorang tawarkan.
Selain itu kat sini juga banyak kedai cenderamata. Banyak jugak kami habis kat sini. Korang kena jaga-jaga dengan pujuk rayu dorang je. Kalau tak kuat iman memang macam-macam la nak dibeli. Tapi kami okay je sebab memang niat nak jalan-jalan dan shopping kan. Beli untuk kenangan sebab lepas nie tahu bila nak sampai sini lagi.

Bab fasiliti seperti toilet, parking semua okay. Masjid dia pun cantik bewarna biru. Suami berpeluang untuk solat Jumaat di sini. Orang-orang di sini juga ramah dan tak sombong.
Penat posing bergambar kat sini. Ikutkan memang banyak gambar yang tourist guide tolong ambilkan. Just bagi je handphone kat dorang, dorang memang mahir cari angle terbaik. Boleh kata semua gambar yang dorang ambil semua cantik-cantik.
Walaupun hujan renyai-renyai, kami puas hati. Dapat jugak bergambar. Destinasi seterusnya kami akan ke Maribaya. Sini lagi best tau. Wishlist sangat nak datang sini and finally dapat jejakkan kaki kat Maribaya. Nak tahu apa yang best, Fiza akan sambung lagi nanti.
Bacaan berkaitan : Keranjang Sultan Bandung, try uji tahap kegayatan korang kat sini
0 Comments