Find us on Facebook

Spark The Fun Dengan drinho® Sparkling Tea Zero Terbaharu!

 drinho® Sparkling Tea Zero tampil dengan citarasa Salted Lemon dan Rose Lychee - bebas kalori  gula dan pewarna!


Nikmati teh dengan sensasi berkabonat! drinho®, jenama  minuman ikonik Malaysia yang sinonim dengan cita rasa Asia kini memperkenalkan drinho®  Sparkling Tea Zero, minuman teh berkabonat tanpa kalori, gula dan pewarna di Malaysia,  khusus untuk generasi muda yang mahukan kesegaran penuh gaya. 


Sebagai produk pertama jenama berkenaan dalam segmen teh berkarbonat, drinho® tampil  dengan dua varian unik - Salted Lemon yang menghadirkan kesegaran sitrus dengan sentuhan  masin lembut, serta Rose Lychee yang memadankan keharuman bunga ros dan kemanisan leci  - sesuai untuk mereka yang inginkan pilihan yang lebih ringan tanpa mengorbankan kenikmatan  rasa. 


“drinho® Sparkling Tea Zero dicipta untuk golongan peka kesihatan hari ini yang tetap mahukan  rasa yang enak! Minuman ini segar, bebas kalori, dan sesuai dinikmati bila-bila masa, sama ada  semasa dalam perjalanan, waktu makan, atau sekadar untuk ‘boost’ tenaga di tengah hari. Kami  ingin membawa nafas baharu dalam segmen teh sedia diminum dengan kombinasi unik tradisi  dan kelainan berkarbonat yang segar, menarik, dan pasti meningkatkan mood. Setiap tegukan bukan sekadar menyegarkan, ia pasti dapat ‘spark’kan keseronokan.” kata Cik Chang Wan Ping,  Pengarah Pemasaran, Ace Canning Corporation.  


Pelancaran ini turut menampilkan identiti visual baharu drinho®, dengan sub-jenama dan reka  bentuk bungkusan yang lebih moden dan mantap, khas untuk rangkaian terbaharu ini yang selari  dengan gaya dan trend hidup masa kini.  


drinho® Sparkling Tea Zero kini boleh didapati di pasar raya terkemuka seperti AEON, Giant,  Jaya Grocer, dan NSK dengan harga RM1.80 setin atau RM7.20 untuk pek 4 tin. 


Tontoni video drinho® Sparkling Tea Zero di sini: 

https://www.youtube.com/watch?v=k2uhtRvgwuM

Post a Comment

0 Comments