Find us on Facebook

The Lodge Maribaya Bandung | Lokasi, Aktiviti Menarik dan Spot Bergambar Cantik

Biasalah trip DIY, kita akan pergi ke mana sahaja selagi boleh dan jika ada kesempatan. Memandangkan cuaca hari kedua tak berapa baik dengan hujan renyai-renyai, maka perjalanan kami agak sedikit tertanggung. Destinasi seterusnya kami ke The Lodge Maribaya. Perjalanan dari Tangkuban Perahu nak ke sini mengambil masa lebih kurang 1 jam kerana hujan renyai-renyai. 


The Lodge Maribaya Bandung | Lokasi, Aktiviti Menarik dan Spot Bergambar Cantik | Sewaktu kami sampai sini hujan agak lebat. Lagipun ia dalam kawasan bukit tinggi. Sukar juga nak buat keputusan bila ada kat sini tau. Tempat paling cantik kalau korang yang suka bergambar. Kat sinilah tempat viral kayuh basikal atas awan. Tiketnya agak mahal, kalau tak beli rugi tapi kalau hujan lebat, tempat tu terpaksa tutup dan tiket burn macam tu je. 

Kaunter tiket


Fairy Garden 

Bincang punya bincang, husband buat keputusan untuk masuk juga. Jauh kami datang, kalau kata tiada rezeki tidak apa. Yang penting dapat masuk dan tengok apa yang ada. Jadinya kami pun pilih untuk masuk. Nak fikir panjang lagi tak boleh sebab masa semakin suntuk. Pukul 6.00 petang dah tutup. Jadi kami pun teruskan menuju ke The Lodge Woodland. 


Di sini banyak spot foto unik dan menguji adrenalin kami seperti :
  • Funicular / Glass Deck – Naik kereta funicular atau berdiri di lantai kaca untuk melihat view yang luas.
  • Sky Tree – Platform berdiri tinggi di pokok untuk foto panorama hutan pinus.
  • Sky Swing / Valley Swing – Ayunan besar dengan backdrop pergunungan hijau.
  • Zip Bike (Basikal Layang) – Sepeda atau basikal di atas tali / trek gantung untuk foto dramatik.
  • Hot Air Balloon Photo Spot – Replika belon udara untuk foto gaya “terbang”.
  • Gantole / Hang Gliding Photo Ride – Spot bergaya tergantung seperti glider.


The Lodge Funicular 


The Lodge Funicular merupakan salah satu tarikan utama di The Lodge Maribaya, Lembang Bandung yang wajib dicuba oleh pengunjung. Wahana funicular ini berfungsi sebagai pengangkutan rel khas yang memudahkan pergerakan naik dan turun di kawasan berbukit sambil menikmati pemandangan alam semula jadi yang indah.

Sepanjang perjalanan menaiki The Lodge Funicular, pengunjung dapat menikmati panorama hutan pinus Lembang, udara sejuk dan suasana tenang yang menjadi daya tarikan utama destinasi ini. Selain memberi keselesaan, funicular ini juga menjadi spot bergambar popular kerana reka bentuknya yang unik serta latar belakang alam yang Instagrammable.









Zip Bike (Basikal Layang)


Aktiviti ini membolehkan pengunjung mengayuh basikal di atas tali keluli yang tergantung tinggi, sambil menikmati pemandangan hutan pinus dan lembah hijau di sekeliling.

Tarikan Zip Bike The Lodge Maribaya bukan sahaja sesuai untuk pencinta aktiviti lasak, malah menjadi spot foto Instagrammable yang sangat popular. Dengan latar belakang alam semula jadi yang memukau, setiap kayuhan memberikan pengalaman yang mendebarkan tetapi selamat, kerana pengunjung dilengkapi dengan peralatan keselamatan lengkap.




Sky Swing / Valley Swing

Memang port wajib cuba kalau datang ke Lembang. Berayun di ketinggian sambil menikmati view lembah hijau dan hutan pinus memang rasa tenang, tambah pula dengan udara sejuk yang menyegarkan.

Bukan setakat seronok, tarikan ini juga antara spot OOTD paling cantik di The Lodge Maribaya. Setiap hayunan menghasilkan gambar dan video yang “wow”, sesuai untuk kenangan percutian atau update media sosial. Jangan risau soal keselamatan, kerana semua pengunjung akan dipakaikan tali keselamatan dan dipantau oleh petugas.

Ringkasnya, Sky Swing / Valley Swing ini sesuai untuk yang nak rasa healing sambil fun, tak terlalu ekstrem.







Sky Tree

Sky Tree sesuai untuk semua jenis pelancong, terutamanya pencinta fotografi dan mereka yang ingin merasai pengalaman berada dekat dengan alam. Tidak hairanlah Sky Tree sering menjadi antara sebab utama pelancong memasukkan The Lodge Maribaya Bandung dalam senarai tempat menarik di Lembang yang wajib dikunjungi.


 

Hot Air Balloon Photo Spot

Yang nie antara tarikan paling comel dan menarik untuk bergambar. Walaupun bukan belon udara sebenar, rekaan belon yang berwarna-warni dengan latar belakang hutan pinus dan bukit hijau.

Spot ini sangat sesuai untuk OOTD, pasangan dan keluarga, terutamanya bagi yang suka ambil gambar cantik tanpa aktiviti ekstrem. Suasana sekeliling yang tenang dan udara sejuk Lembang menjadikan sesi bergambar lebih santai dan menyeronokkan.






Boleh kata semua kami try kecuali Hang Gliding Photo Ride sebab masa makin suntuk. Tapi kami puas hati sebab dapat banyak gambar. Kat sini pun ada khidmat photo. Jadi korang boleh beli je nanti. 

Memang puas hati dapat datang The Lodge Maribaya. Setiap sudut di sini menawarkan pemandangan indah serta suasana tenang yang sesuai untuk semua peringkat umur. Sememangnya kenangan yang tidak dapat dilupakan. 

Dah jom balik hotel, penat sungguh hari kedua di Bandung. Sebelum itu kami singgah makan dulu. Nak tahu kat mana? Kenalah tunggu entry seterusnya. 



Post a Comment

0 Comments