Find us on Facebook

Pengalaman Pertama Kali Shopping di Rumah Mode Factory Outlet, memang rambang mata!

Antara tempat yang wajib masuk dalam itinerary ialah Rumah Mode Factory Outlet. Percayalah, sekali jejak kaki ke sini memang susah nak keluar dengan tangan kosong!

Hari ketiga kami di Kota Bandung dan hari terakhir nak shopping. Siang tadi kami dah ke Pasar Baru Bandung dan Cibaduyut. Lepas asar kami terus gerak ke Rumah Mode yang merupaka salah satu factory outlet paling terkenal di Bandung. Terletak di Jalan Setiabudi, tempat ini jadi pilihan pelancong Malaysia yang nak shopping branded dengan harga lebih murah.


Pengalaman Pertama Kali Shopping di Rumah Mode Factory Outlet, memang rambang mata! | Masa mula-mula sampai tu kami agak terpegun jugak dengan suasananya  yang macam Resort, tak nampak macam tempat shopping.  Konsepnya lebih kepada ala-ala resort dengan taman hijau dan laluan berbumbung yang selesa. Walaupun ramai orang, tak rasa terlalu sesak sebab susun atur kedainya agak teratur.

Memandangkan perut lapar, sebelum nak shopping tu kami makan dulu di cafe. Tempatnya lebih kurang macam food court tapi ala T20 macam tu lah. Rata-rata rakyat tempatan yang datang sini pun datang dari Jakarta. Katanya orang Jakarta suka datang shopping di sini. 




Menu yang kami pilih ada yang western, ada juga masakan kampung. Nama makanan tak ingat dah tapi semuanya memang sedap-sedap. Nak-nak pulak masak lemak nangka, makan dengan pucuk ubi kayu. Memang tak cukup rasanya. Kalau bercuti kat Bandung bab makan memang tak risau. Dah la sedap, memang kena dengan tekak melayu kita nie. 





Anak-anak macam biasa kita bagi western je. Dorang nie kalau ada pizza, ayam, fries memang senang. Lagi cepat habis kalau nak dibandingkan makan nasi. Kat rumah lain cerita, kalau jalan-jalan makanan macam nie lagi senang.




Dah kenyang barulah kami mula shopping. Husband banyak cari baju kerja kat sini. Banyak barang branded yang berkualiti ada kat sini. Untuk wanita pula bagi Fiza banyak yang tak kena dengan selera sebab lebih kepada mereka yang free hair. Jadi kita cuci mata pun dah cukup. Biar husband sorang yang membeli. 




Selain itu ada juga pelbagai pilihan pakaian untuk kanak-kanak. Semua Brand terkenal dengan harga lebih mampu milik. Beg, kasut dan aksesori pun ada tapi kita kena tahan nafsu membeli, takut balik Malaysia nanti makan nasi kosong je.. haha..


Puas hati dapat baju-baju favorite husband. Dah lama dia plan nak beli baju kerja kat sini. Katanya lebih murah dan branded. Memang betul pun. 



Rumah Mode Factory Outlet memang syurga kecil untuk pencinta fashion. Kalau plan ke Bandung, memang wajib singgah sekurang-kurangnya sekali. Dari suasana yang cantik sampai ke harga yang berbaloi, memang puas hati.

Korang pun kalau ke Kota Bandung, pastikan singgah sini. Wajib masuk dalam itinerary kalau tak nak menyesal nanti. Ya udah, habis sudah cerita hari ketiga di Kota Bandung. Nak balik kemas beg pulak. Punyalah banyak barang-barang yang kami beli. Mujur dah standby beg kosong. Sebab tahu datang Bandung memang nak shopping sakan sambil makan angin.

Esok nak bertolak ke Jakarta dan stay sana satu malam. Nanti sambung lagi.. Da!!!!

Post a Comment

0 Comments