Family Camping Journey | Niat nak camping jadi berkelah kat Pantai Bagan Lalang, Sepang

Assalamualaikum. Kita throwback cerita pertama kali bawa anak-anak untuk berjinak dalam dunia camping. Tapi ini lebih kepada berkelah sebenar. Kenapa berkelah. Korang kena baca sampai habis.


Family Camping Journey | Berkelah di Pantai Bagan Lalang, ramai pengunjung waktu cuti sekolah dan hari minggu | Cuti Hari Wilayah pada 1 Feb 2022 yang lalu, kami ke Pantai Bagan Lalang lagi. Itu je antara pantai yang best area Selangor nie. Barang camping memang tak lengkap lagi, beli sikit-sikit sebab mahal. 


Kalau sebelum nie datang dengan makanan dan tikar, kali nie kita up la sedikit sebab barang khemah dah beli. Meja decahtlon 4 seater pun dah ada. Tak perlu nak duduk atas pasir berlapikkan tikar lagi. Persediaan dah ada, nak bukak khemah TAHAN Weekender Automatic 4 Men. Khemah dia macam payung, memang senang nak buka tutup. 

Pestime loading barang banyak gini untuk pergi berkelah

Ingatkan hari Selasa tak ramai pengunjung kat Pantai Bagan Lalang nie, sekali satu Wilayah turun, jadi sesak dan padat walaupun kami sampai waktu tu jam 12 tengah hari. Panas kalau kat pantai lagi la panas. Nak kata berangin pun tak de. Nak cari parking pun susah. Sebabnya ramai yang menjual makanan tepi jalan. Jalan makin sempit, macam tulah kalau pantai belah barat nie. Tak luas mana. 

Niat nak buka khemah, terpaksa la batalkan, tepi pantai memang dah penuh. Mujur dapat tempat parking yang elok. Belakang tu kami buka je meja. Nak pergi pantai panas lagi, mau demam budak-budak nie, jadi kita lepak kat tempat parking bawah pokok. Puas hati juga time tu. Sekurang-kurangnya redup. Tak dapat tengok pantai pun tak pe la, janji tak serabut dengan orang ramai. 

Bawa bekal, kita makan je

Bihun goreng favorite anak dara sorang nie

Happy Abg Thaqif, 
time nie belum masuk darjah 1 lagi

Beli ais, letak air kotak

Power bank penting
nak caj 4 handphone sekaligus pun senang

Bersantai macam nie best, tenang je rasa

Pekena ABC kat pantai paling best

Tak sedar tau masa cepat je berlalu. Pukul 4.30 macam tu, kami bawa anak-anak turun tepi pantai. Nak mandi memang Fiza tak bagi sebab air laut dia tak cantik pun. Air pun keruh je. Cukup la bagi anak-anak main pasir. Lagi pun Thaqif dengan Huwainaa memang tak minta main air nie. Dorang lagi suka main pasir.







Memang best dapat berkelah kat sini. Mungkin tak de rezeki kami dan bercamping kat sini. Lagipun memang panas dan tempat tak sesuai sangat melainkan kita sewa tapak kat campsite. 

Inilah percubaan pertama kami untuk bercamping tetapi akhirnya berkelah. Tak pe, kami happy je sebab anak-anak pun happy. Lepas apa yang kami lalui nie makanya hajat untuk bercamping makin berkobar-kobar tau. Kami decide untuk teruskan hajat bercamping dengan cara yang lebih teratur dan kalau boleh campsite yang ada fasiliti lengkap, ada toilet pun dah okay.

Jadi, nak tahu mana campsite pertama kami, tunggu...

Wassalam.
 

Post a Comment

0 Comments