Find us on Facebook

Mana nak cari restoran Nasi Campur dengan ulam-ulaman di Pulau Langkawi?

Assalamualaikum. Kita kembali dengan cerita staycation ke Pulau Langkawi untuk part 2. Sebelum nie Fiza share pengalaman kali pertama anak-anak Fiza menaiki flightkan. Bangun seawal 3 pagi semata-mata nak kejar flight jam 8.30 pagi. SOP baru, penumpang perlu ada di airport 3 jam awal. 



Mana nak cari restoran Nasi Campur dengan ulam-ulaman di Pulau Langkawi? | Perjalanan dari KLIA2 ke Pulau Langkawi hanya memakan masa 30 minit. Pukul 9.30 kami dan sampai di Langkawi International Airport yang terletak di Padang Matsirat. 

Kereta sewa pun husband dah booking sebulan awal. Tiba je di airport, kereta sewa kami dah terpacak kat depan airport. Syukur, dah boleh mulakan perjalanan dan setakat ini segalanya berjalan lancar. Kami ambil Toyota Innova, muat 6 orang. Barulah selesa nak pusing pulau.


Memandangkan masih awal nak check in resort, kami singgah makan di Restoran Selera Kampung, Padang Matsirat yang terletak tidak jauh dari airport. Husband kita dah planning semua, nak makan kat mana, jadual memang dia dah siapkan. Kami perlu ikut je supaya semuanya berjalan lancar untuk staycation kami selama 4 hari 3 malam di Pulau Langkawi. 


Ternyata apa yang kami baca di media sosial itu betul. Mula-mula ingat datang nak sarapan. Sekali tengok dah terhidang menu makan tengah hari siap dengan ulam-ulaman. Mana boleh tahan tengok sambal belacan, budu dan ulam. Tak pikir panjang terus ambil nasi walaupun jam baru pukul 10 pagi. 



Bila tengok pula lauk panas-panas, ada pula pajeri nenas, kita pun cedok nasi banyak terus. Favorite tu. Nak rasa makan kat Pulau Langkawi pula. Masakan orang langkawi memang sedap. Kenyang sampai ke petang kalau gini. 



Fiza kalau ada ulam pun dah menambah nasi. Ini pula ada lauk yang pelbagai. Serius memang sedap makan kat sini. Susah tau nak dapat restoran nasi campur dengan ulam-ulam yang pelbagai macam nie. Kalau ada pun harga mesti mahal sebab ulam sekarang susah nak dapat tambah pula area KL. 

Korang yang datang Langkawi, Fiza recommend sangat untuk makan kat sini. Pekerja di pun ramah dengan loghat Kedah. Tak pasal kita pun tercakap kedah sekali. 

Perut kenyang boleh la jalan-jalan ke Dataran Lang untuk bergambar. Tunggu entry seterusnya.

Wassalam.  

Post a Comment

0 Comments