Bertemu Pinkfong dan Baby Shark lagi di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Assalamualaikum. Niat asalnya nak jalan-jalan kat Mitsui nie. Almaklumlah tak pernah ke sini. Alang-alang dah lalu, menyinggahlah kita dengan anak dara sorang nie. Jangan tanya Abg Thaqif mana, waktu nie dia demam so dia duduk dalam kereta dengan Dedi dia. Jadinya "Me Time" dengan anak dara la.


Bertemu Pinkfong dan Baby Shark lagi di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang | Kenapa bertemu lagi. Haaa dulu Huwainaa pernah join Meet and Greet PinkFong kat MyTOWN KL. Nak tahu bila, tahun 2018. Waktu itu Huwainaa baby lagi. Memang tak tahu apa, tapi Abg Thaqif yang suka sangat waktu tu. 


Waktu tu Abg Thaqif umur 3 tahun, sekarang dah 7 tahun tak minat dah. Pindah ke Huwainaa pulak. Kemain berjoget la dia kat sini. 

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Sesi bermula jam 6 petang

Pinkfong dan Baby Shark

Mama teman Huwainaa

Seronok dapat tengok dari dekat

Huwainaa tahu dalam patung tu ada orang

Memang happy Huwainaa. Mana taknya, mama datang nak shopping sikit. Kebetulan nak cari t-shirt putih kat budak-budak nie pakai taekwando. Sekali tengok banyak pula banner dan patung si Pinkfong. Langkah kanan buat Huwainaa la. 

Lepas habis nyanyi semua, kami sambung round butik. Sampai nak tercabut kaki. Huwainaa siap bagitahu tak larat nak jalan. Hahaha.. siapa suruh ikut mama kan. Tapi dia redho je sebab dapat 2 pasang baju Hello Kitty baru mama belikan disponsor oleh dedi. 


Lagi satu ada peristiwa juga masa datang sini. Mula-mula datang kami ke MyNews, cari air. Tetiba tertinggal kad bank kat situ. Mujurlah pakai pin. Bila datang semula, kad tu dorang simpankan. Jujurnya pekerja MyNews.  Memang gelabah jugak, yelah, tak de kad macam mana nk shopping bila datang sini. 

Mama dapat beli apa yang nak termasuk selipar Jelly Bunny. Ada diskaun 50% tu. Best giler shopping kat sini. Nak yang branded tapi murah, korang datanglah tempat macam nie, lagi berbaloi tau. 


Betullah orang cakap, shopping nie terapi minda dan mendamaikan jiwa, tapi jangan sampai duit habis, serabut pulak jadinya. Tak jadi terapi dah, jadi stress pula lepas tu. Tapi mujur ada sugar dedi, dedi budak2 nie la.

Wassalam.

Post a Comment

0 Comments