Staycation 3 hari 2 malam di Best Western i-City, Shah Alam

Assalamualaikum. Ini adalah percutian dan staycation terakhir kami untuk tahun 2021. Sebelum kami ke sini pada 24 Disember 2021, kami telah booking hotel di Cameron Highland sempena birthday princess Huwainaa pada 23 Disember 2021. 

Rancangan kami pada awalnya bila turun dari Cameron terus ke Shah Alam. Tetapi disebabkan cuaca dan peristiwa tanah runtuh waktu itu, kami terpaksa batalkan percutian tersebut. Kita merancang Allah yang menentukan. 


Staycation 3 hari 2 malam di Best Western i-City, Shah Alam | Pada waktu ini juga, Shah Alam baru reda dari banjir. Risau juga takut banjir dan terperangkap di Shah Alam. Tapi mujurlah sangat waktu kami di Shah Alam nie, cuaca elok. Kenapa kami pilih untuk bercuti di Shah Alam je, sebab kali nie kami nak teroka habis i-City. 

Sebenarnya Fiza agak kecewa bila ada yang cakap kat i-City tu bukan ada apa pun. Ada lampu je. Setakat datang nak tengok lampu, datang je waktu malam. Okay fine kalau korang cakap macam tu. Fiza pun bukan nak angkat sangat kehebatan i-City nie sebab review nie pun tak berbayar dan tak ditaja, tapi apa yang Fiza nak bagitahu, anak-anak korang memang akan enjoy habis kalau datang sini. 


Ikutkan 3 hari 2 malam nie pun tak cukup tau nak ronda dalam i-City nie. Boleh kata Fiza dan suami sampai sakit badan bila balik rumah disebabkan kami ambil All Day Happyness Pass. Itu kita cerita lain sebab entry kali nie Fiza nak tunjuk hotel kami menginap di i-City iaitu Best Western i-City. Hotel nie memang dalam i-City. Kalau ada yang nak datang i-City, korang boleh stay sini. 

Tapi kalau setakat datang nak tengok lampu, tak perlu lah stay. Pergi je tengok lampu tu, dengan syarat datang waktu malam la yer.. Siang tak de lampu.



Sebelum datang sini juga, korang kena pastikan dalam smartphone korang ada i-City SuperApp. Sebab kat sini dorang tak pakai cash. Semuanya cashless dan segala aktiviti pembayaran, tiket masuk ada dalam apps tersebut.

Nak membeli air, nak beli makan semuanya kena topup dalam apps tu. Nak  pergi ke setiap attraction just scan QR code. Jadi pastikan korang faham macam mana nak gunakan i-City SuperApp



Check macam biasa pukul 3 petang, Jumaat, 24 Disember 2021. Disebabkan rumah kami pun kat Sg. Buloh, nak ke Shah Alam tak la jauh sangat. Lepas zohor bertolak, sampai sini ngam-ngam je. 

Bilik deluxe, katil bersaiz king, memang muat la kami 4 beranak. Pemandangan yang kami dapat memang cantik. Saja minta pemandangan menghadap Ferris Wheel.



Segala kemudahan, bathroom dan toiletries, entertainment termasuk Wifi, minuman lengkap. Sistem keselamatan juga tiptop sebab nak masuk hotel pun guna sistem kat pintu. Jadi bukan senang penceroboh nak masuk dalam bilik pengunjung. 











Selesai periksa bilik, kami pun mula merancang aktiviti. Anak-anak memang eksited bila tengok peta i-City. Bila tengok peta baru tahu gambaran sebenar dalam i-City nie. Peta dia macam kat bawah nie. Kalau yang kata datang sini tengok lampu je means korang selama nie berada di Gate A - City of Digital Lights.



Kami ambil pakej All Day Happyness Pass, nak tahu penat dia macam mana, nanti kita story entry seterusnya. Petang tu kami ke centralWalk i-City untuk mulakan aktiviti pertama main bowling kat mall. Kami dapat main free je sebab ada dalam pakej tu. Nak tak nak kena pergi, kalau tak burn, rugilah kan.

Penat jalan kat centralWalk i-City, kami dinner kat hotel. Kebetulan malam krismas, memang deco kat sini nampak cantik dan meriah. Siap ada santa clause datang bagi candy dengan Thaqif dan Huwainaa.  











Hari pertama pun penat, jalan kaki dari hotel ke centralWalk i-City boleh tahan jauhnya, tapi kami enjoy dan happy sangat. Balik hotel kena tidur awal sebab aktiviti penuh bermula esok. Nak tengok macam mana anak give up, esoklah harinya. 

Memang best hotel nie, selesa dan makanan juga sedap. Harga pun okay tau. Seingat Fiza lamb chop tu ada 3 keping harga dalam RM 60 je. Memang berbaloi order.

Lupa pula nak share, harga penginapan kami di sini 3 hari 2 malam RM 448. Tak termasuk harga pakej untuk cover segala aktiviti di sini. Nantikan entry seterusnya.

Nak tempah hotel, korang boleh book di sini --> Best Western i-City, Shah Alam
 

Post a Comment

1 Comments