Find us on Facebook

Sesi persekolahan 2022/2023 bermula, Thaqif masuk darjah 1

Assalamualaikum. Berbeza bagi tahun-tahun persekolah sebelum ini, tahun 2022 anak-anak mula masuk sekolah pada 21 Mac 2021, dan kalau negeri Johor, Terengganu, Kedah dan Kelantan, awal lah sehari. Kalau dulu awal tahun parents sibuk hantar anak ke sekolah kan, boleh masuk tengok anak terutamanya yang darjah 1.


Sesi persekolahan 2022/2023 bermula, Thaqif masuk darjah 1 | Alhamdulillah tahun 2022 anak-anak kita dah boleh ke sekolah macam biasa setelah 2 tahun PKP. Bagi Fiza pula kalau boleh tak naklah PKP lagi sebab kesian kat budak-budak nak belajar. 2 tahun dorang tak rasa macam mana belajar dalam kelas, bergaul dengan kawan-kawan, makan kat kantin sama-sama. Zaman belajar nie sekali je dalam hidup.


Rutin persekolahan Thaqif lepas ini memang padat, pagi Sekolah Rendah Agama, petang pula Sekolah Kebangsaan. Fiza dengan husband ambil cuti sebab nak tengok anak ke sekolah buat pertama kali. Sambil-sambil urus bayaran yuran dan transport Thaqif untuk sekolah agama nanti. 

Punyalah lama tak masuk kelas, untuk SRA, ibu bapa penjaga dibenarkan masuk dengan syarat ikut SOP yang ditetapkan. Jadi boleh la tengok abang Thaqif dalam kelas.




Kami tunggu sampai habis sesi persekolah. SRA masuk kelas pukul 7.30 pagi habis belajar 11.00 pagi. Tak rasa pun waktu tu cepat berlalu, rasa kejap je. Seronok tengok perangai anak-anak darjah 1. Ada yang keluar toilet basah lenjun seluar dengan sampin. Kesian pun ada tapi apa boleh buat dorang dalam proses belajar berdikari. Huwainaa pun ponteng tadika sebab nak tengok abang Thaqif. 

Balik je lepas terus siap ke Sekolah Kebangsaan pula. Pakaian dorang baju tshirt putih seluar track suit sebab 2 minggu dorang akan ikut Program Transisi. Macam minggu suai kenal. Program ini memastikan semua pelajar tahun 1 yang datang dari pelbagai latarbelakang dan pengalaman yang berbeza memulakan proses pembelajaran mereka di tahun 1 yang sama.


Sekolah Kebangsaan pula ibubapa dan penjaga tidak dibenarkan masuk sekolah. Jadinya kami hanya drop Thaqif di pintu pagar sekolah. Pandailah Thaqif berdikari. Lagipun sekarang ada group whatsapp dan telegram, cikgu boleh share je gambar anak-anak kat situ. Gambar kat bawah nie pun cikgu share selepas ibubapa minta untuk tengok situasi anak dalam kelas.





Begitulah cerita hari pertama persekolahan anak sulung Fiza. Besar dah dia, tak sangka pandai bawa diri. Simpan sini sebagai kenangan untuk Thaqif nanti. Harapan mama supaya Thaqif belajar dengan tekun dan rajin, dengar cakap cikgu dan gunakan ilmu sebaiknya untuk memajukan diri dan dapat pekerjaan yang baik. In syaa Allah kerana segalanya bermula dari sini.

Waasalam. 

Post a Comment

0 Comments