Baju sekolah murah di Promosi Hebat BTS Pusat Pakaian Hari-hari

Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik eh anak dah nak masuk sekolah rendah. Dulu kita sibuk tengok parents cari baju sekolah kat anak dorang. Terutamanya rakan-rakan sepejabat, bersembang beli baju anak kat situ, baju sekolah agama beli kat sini. Kasut beli kat kedai tu, stokin beli kat kedai nie. Nak cari baju sekolah murah, nak cari kelengkapan sekolah murah, memang keluar masuk kedailah jawabnya.

Pusat Pakaian Hari-Hari Bandar Baru Sg. Buloh

Baju sekolah murah di Promosi Hebat BTS Pusat Pakaian Hari-hari | Dalam hati, alahai kenapa dorang susahnya nak lengkapkan pakaian sekolah anak-anak. Itu belum anak lebih sorang. Fiza pun bagitahu dorang kenapa tak pergi tempat di mana parents boleh dapatkan segala keperluan persekolahan anak-anak dengan mudah. Mana lagi kalau tidak di Pusat Pakaian Hari-hari. 

Koleksi pakaian yang ada di sini bukan sahaja murah malah berkualiti tinggi. Tengok jelah Fiza pernah beli set baju raya sedondon tahun lepas, sampai sekarang kainnya masih elok dan boleh dipakai ke pejabat lagi. 


Seragam sekolah

Baju kemeja lelaki, sekolah menengah dan rendah


Banyak pilihan kelengkapan sekolah di Hari-Hari

Memandangkan kami tinggal di Bukit Rahman Putra, cawangan terdekat kami adalah di Hari-hari Bandar Baru Sg. Buloh. Boleh kata besar juga cawangan ini dan apa yang Fiza suka, susunan barang dan pakaiannya juga kemas. Staf di Hari-hari paling ramah dalam melayan tetamu. Mereka tak kan biarkan kita terkontang-kanting mencari barang yang kita hendakkan.  

Pilihan beg sekolah

Memandangkan ini adalah pengalaman pertama kami, anak masuk darjah 1, kami pilih untuk shopping barang-barang kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari-hari. Di sini ada pakaian seragam sekolah, tudung, inner wears, seluar sukan, songkok, botol air, alat tulis, beg sekolah dan macam-macam lagi.

Alat tulis

Botol air perlbagai pilihan

Bekas pensil

Kapur kasut hitam

Face mask dan face shield juga ada dijual memandangkan ia dah menjadi kewajipan untuk murid-murid ke sekolah dengan memakai pelitup muka. Harga pun berpatutan.

Face mask

Pendek kata korang nak cari apa pun, semuanya ada. Tak perlu nak keluar masuk kedai dan mall semata-mata nak lengkapkan seragam anak ke sekolah. Tengok kami shopping kelengkapan Thaqif, penuh satu bakul.  Dengan bantuan staf mereka, lagi mudah kerja kami untuk pilih saiz baju dan kasut sekolah Thaqif. Sejam siap beli semua.

Penuh bakul, settle 


Beli secara Walk-in atau online tidak jadi masalah

Ditubuhkan pada 1996, Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd kini telah berkembang daripada sebuah cawangan kecil kepada 90 cawangan di seluruh Malaysia. Senarai cawangan korang boleh semak di sini.

Seiring dengan kemajuan teknologi semuanya di hujung jari,  ditambah pula dengan pendemik Covid-19, Pusat Pakaian Hari-hari juga kini boleh dibeli secara atas talian (online). Pelanggan lebih mudah untuk membuat pembelian kelengkapan persekolahan anak-anak tanpa perlu keluar rumah.

Jenama Jony&Jeny


Misal kata pelanggan tersalah beli saiz baju anak, jangan risau kerana pelanggan masih boleh membuat penukaran saiz dalam masa 7 hari. Dengan syarat item tersebut masih mempunyai tanda harga (price tag) dan dilampirkan sekali dengan resit pembelian. Lagi satu, pembeli boleh walk-in je di mana-mana cawangan Pusat Pakaian Hari-hari yang terdekat. 

Jenama No Problem

Tali pinggang


Promosi Hebat Kembali ke Sekolah (BTS - Back to School) 

Sempena kempen Kembali ke Sekolah, online store www.ehari.com menawarkan diskaun 10% ke atas semua item ke sekolah. Kempen ini bermula sekarang sehingga 1 April 2022. Tawaran diskaun ini sah untuk pembelian secara online di website Hari-Hari sahaja. 

Uniform sekolah agama

Pelbagai saiz pilihan mengikut saiz tubuh anak-anak


Kasut sekolah


Bagi yang suka beli online kat Shopee, follow je Shopee harihari_ . Bila follow korang akan dapat diskaun. Bila time shocking sales ada sesetengah item akan mendapat diskaun tambahan untuk masa terhad, jadi tak rugi la kalau kita follow kan. 

Kalau korang shopping di Shopee Hari-hari, mereka ada baucer penghantaran percuma untuk pembelian RM15 dan ke atas. Tapi pelanggan perlu claim sendiri. Macam biasa la kan kalau selalu shopping kat Shopee, yang dah biasa claim-claim free delivery nie, mesti tahu. Ingat yer tak claim tak dapat. Ini hanya valid di Shopee sahaja. 

Kempen Kembali ke Sekolah di Shopee juga bermula sekarang sehingga 1 April 2022, beli secara online dapat potongan diskaun 10%. 

Sampin sekolah agama

Songkok 

Baju melayu pun elok terletak ikut saiz anak

Lega bila segala persiapan dan kelengkapan sekolah selesai. Mana tak nya, uniform sekolah rendah lagi, sekolah agama lagi. Bayangkan kos seorang anak bila mula bersekolah. Jadi untuk dapatkan banyak pilihan kelengkapan sekolah dengan harga murah dan berpatutan. Ikut macam kami. Pergi je Hari-Hari.



Seragam sekolah agama

Semua yang kami dapatkan di Pusat Pakaian Hari-Hari



Pada ibu bapa yang yang masih mencari kelengkapan persekolah anak-anak, bolehlah berkunjung ke cawangan Pusat Pakaian Hari-hari berdekatan korang.  Pembelian juga boleh dibuat secara online di www.ehari.com atau shopee Hari-Hari serta nikmati potongan Diskaun 10%.

 "Marilah pergi Hari-Hari!"

Post a Comment

2 Comments

  1. Wah.. Ok boleh terjah hari2 macam ni nak beli pakaian sekolah fariza

    ReplyDelete
  2. Sama la shopping dekat sini je, sebab dekat dengan rumah dan banyak pilihan

    ReplyDelete