Find us on Facebook

Murad Rapid Dark Spot Correcting Serum bantu kurangkan bintik hitam sekaligus mencerahkan kulit

Assalamualaikum. Tahukah korang bahawa tompok gelap atau dark spot boleh muncul bila-bila sahaja. Tambah-tambah pula bila usia dah makin meningkat. Dulu tompok gelap (bintik hitam) nie tak ketara sangat kat muka Fiza, sekarang nie sikit-sikit dia dah munculkan diri.


Murad Rapid Dark Spot Correcting Serum bantu kurangkan bintik hitam sekaligus mencerahkan kulit | Mungkin ramai yang belum tahu, selain daripada faktor usia, punca bintik hitam adalah kesan pendedahan cahaya matahari pada masa lalu. Ia juga boleh berpunca daripada akibat kesan sampingan sekiranya kerap mengambil ubat-ubatan.

Nak elak mungkin sukar, mana tidaknya dengan cuaca panas di Malaysia nie, ditambah dengan peningkatan dengan umur, ada yang bernasib baik mungkin kulit wajah kekal flawless dan bersih.


Tapi macam Fiza nie, banyak habiskan masa di luar, bekerja dan boleh kata sepanjang masa berada di luar rumah memang tiada cara untuk elak. Oleh yang demikian Fiza mengambil langkah cepat untuk mengatasinya sebelum bertambah-tambah masalah dark spot.

Murad Next Generation Dark Spot Correction


Salah satu cara yang Fiza telah cuba bagi mengurangkan tompok gelap adalah dengan mendapatkan Murad Rapid Dark Spot Correcting Serum. Murad jenama klinikal doktor moden yang pertama, diasaskan oleh ahli farmasi Dr Howard Murad pada tahun 1989.

Berpengalaman selama lebih 30 tahun, Dr. Murad telah membangunkan next-generation dark spot solution untuk meminimumkan rupa bintik gelap yang kita lihat dengan berkesan dan mencegah rupa bintik gelap yang kita mungkin tidak nampak.




Rapid Dark Spot Correcting Serum

Mencegah lebih baik daripada mengubati, oleh itu pentingnya penggunaan pelindung matahari untuk melindungi kulit daripada kerosakan matahari. Memperkenalkan produk baharu Rapid Dark Spot Correcting Serum sebagai penyelesaian muktamad kepada pigmentasi dan pembetulan bintik gelap.



Serum ini membantu membetulkan bintik gelap pantas tanpa perlu rawatan doktor. Rapid Dark Spot Correcting Serum, serum intensif yang bebas hidrokuinon, menggalakkan perolehan sel permukaan untuk kulit yang lebih cerah dan sekata. Ia juga bantu mengatasi bintik-bintik gelap yang paling degil sambil merawat kulit dengan penjagaan yang sama seperti yang dilakukan oleh pakar dermatologi.



Cara penggunaan Rapid Dark Spot Correcting Serum : Siang dan Malam

Langkah 1: Bersihkan dengan Pembersih Essential-C. Tepuk kering.
Langkah 2: Sapukan 1-2 pam secara rata pada muka, leher dan dada.
Langkah 3: Ikuti dengan pelembap. Disyorkan untuk digunakan pelindung matahari Murad pada siang hari.

Sesuai untuk mereka yang kulit jenis normal, berminyak, kering dan kombinasi. Kulit sensitif adalah tidak digalakkan.


City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++

Tompok hitam boleh dipudarkan sama ada dengan menggunakan produk pelindung matahari, prosedur perubatan atau rawatan di rumah. City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ memberikan perlindungan cahaya Dalaman/Luar dengan Naturally Radiant Finish.



Cahaya UV bukan satu-satunya cahaya yang menyebabkan kerosakan kulit dan punca kepada penuaan kulit tetapi pendedahan blue light daripada dari masa skrin yang berlebihan juga perlu diambil kira.

City Skin SPF 50 ultra-ringan, 100% memberi pelindungan matahari mineral. Bantu melindungi kulit daripada pelbagai jenis kerosakan cahaya—sama ada cahaya biru dalaman daripada skrin atau UVA dan UVB luaran.

Formula menyerap dengan cepat tanpa abu sisa serta meninggalkan kemasan bercahaya, mutiara pada kulit. Selamat untuk kulit sensitif, bebas pewangi, dan memberikan 100% perlindungan mineral—tiada pelindung matahari kimia.




Cara penggunaan City Skin SPF 50 : Siang dan Malam

Selepas pembersihan dan toning, urut rata pada muka, leher, dan dada. Sesuai untuk mereka yang kulit jenis seimbang, berminyak, gabungan, kering atau sensitif.

Hasil ujian dan kajian klinikal Dr. Murad

Keupayaan Rapid Dark Spot Correcting Serum dalam mengurangkan pigmentasi yang disebabkan oleh keradangan tidak dapat disangkal lagi. 84% menunjukkan pengurangan dalam rupa bintik hitam dan lain-lain hiperpigmentasi dalam 14 hari*

Hasil yang terbukti secara klinikal melalui pengukuran instrumental kawasan yang mempunyai bintik-bintik gelap.

Ahli panel ujian juga bersetuju bahawa dalam masa 14 hari:
  • 91% melihat kulit lebih cerah
  • 94% perasan kulit lebih licin
  • 89% melaporkan cahaya yang lebih berseri dengan rejimen Murad
City Skin SPF 50 juga melindungi kulit daripada 96% pencemaran* dan 89% cahaya biru daripada skrin.


Rangkaian perawatan Dark Spot terbaik di rumah

Ternyata kesan pengurangan bintik hitam boleh dilihat seawal 14 hari tanpa perlu kos rawatan yang tinggi. Hanya dengan mendapatkan Rapid Dark Spot Correcting Serum dan penggunaan City Skin SPF 50 ternyata mampu mengurangkan bintik hitam di wajah yang Fiza alami sendiri.

Paling Fiza suka adalah ia menyasarkan bintik-bintik gelap yang kita lihat dan menghalang kemunculan bintik hitam yang nak keluar. Boleh cegah sebelum ia muncul.

Boleh nampak kan kesan sebelum dan selepas menggunakan serum ini.



Murad mementingkan kecantikan semulajadi

Murad telah komited untuk membangunkan terbukti secara klinikal, produk cruelty-free yang memenuhi piawaian yang teliti untuk keselamatan, keberkesanan dan penjagaan yang kita harapkan daripada doktor.


Walaupun dark spot tidak memudaratkan kesihatan tetapi kita boleh memilih rawatan yang betul untuk mengatasi dan mengurangkan kemunculannya di wajah. Tak rugi kan kalau kita sayang kulit dengan melakukan mendapatakan produk penjagaan kulit muka yang terbaik tanpa kesan sampingan. Cantik itu sihat.

Dapatkan produk penjagaan kulit Murad di www.murad.com.my atau mana-mana Exclusive Facial stores https://facial.murad.com.my/store-locator/ .

Post a Comment

1 Comments

  1. wah aku belum pernah coba Murad, jadi pengen juga nih :D reviewnya bagus

    ReplyDelete