Find us on Facebook

Hantar dan pasang bateri kereta CARPUT, servis dan bantuan kereta rosak tepi jalan juga disediakan

Assalamualaikum. Nak tahu apa yang Fiza takut bila bawa kereta? Bukan sebab kemalangan atau terlanggar, nauzubillah min zalik minta dijauhkan. Agak-agak apa yang korang boleh teka? Kadang-kadang terlintas juga di fikiran macam mana kalau enjin kereta tiba-tiba tak boleh start?

Kalau di rumah tak pe lagi. Buatnya masa nak pulang dari kerja atau setelah membeli barangan dapur. Nak lagi tragis, kereta pula buat hal tepi jalan. Jangan kata kereta baru tak akan bermasalah. Buatnya tiba-tiba dugaan datang menguji tak kan nak nangis tepi bucu signal kereta. 


Hantar dan pasang bateri kereta CARPUT, servis dan bantuan kereta rosak tepi jalan juga disediakan | Orang selalu cakap perempuan nie bawa kereta je pandai, tapi bab-bab repair, tukar tayar, paling senang tengok minyak hitam pun tak pandai. Tak pelah kalau kata gitu. Ada je kaum lelaki yang tak reti. Ingat senang nak repair-repair nie. Nak tukar tayar? tayar pun berat. Tak mampu kita nak mengangkatnya.

Sebab itu penting kita terutamanya kaum wanita untuk simpan nombor bantuan kecemasan. Kalau suami boleh datang tolong itu satu rezeki. Tapi kalau boleh tak nak menyusahkan suami. Last-last dia juga yang telefon mekanik. Jadi Fiza dah siap-siap ada apps yang dapat membantu Fiza bila ada masalah dengan kenderaan. Aplikasi CARPUT, So Senang!


Pengenalan CARPUT

Carput adalah syarikat bantuan tepi jalan berdasarkan permintaan yang berpusat di Malaysia. Antara perkhidmatan yang mereka sediakan merangkumi:

 Penghantaran & Pemasangan Bateri (Core business)
 Jumpstart Bateri
 Tukar Tayar Ganti
 Penghantaran Kecemasan Bahan Api (Emergency Fuel Delivery)
 Perkhidmatan Tarik kereta (Towing)

Purata response time yang mereka peruntukkan bagi menghantar juruteknik professional datang memberikan bantuan adalah dalam masa 35 minit sahaja. Jadi macam mana kita nak minta bantuan tu? Caranya adalah dengan muat turun aplikasi Carput.

Perkhidmatan pelanggan sedia membantu


Carput Battery Service - Penghantaran dan Pemasangan Bateri 

Carput dimulakan oleh 3 sekawan, yang ingin memberikan rakyat Malaysia bantuan kerosakan kenderaan yang boleh dipercayai, pantas dan tanpa sebarang caj tersembunyi. Mereka telah mulakan operasi pada tahun 2014 di sebuah pejabat kecil di Petaling Jaya. Core bisness mereka lebih kepada perkhidmatan Penghantaran dan Pemasangan Bateri (Car Battery Delivery).

Tidak sepertimana bengkel biasa, mereka kini telah menggunakan teknologi dan dalam masa yang sama mengekalkan sentuhan juruteknik bagi membantu pelanggan dengan pantas dan selamat. Dengan inisiatif yang ada, Aplikasi Carput dilancarkan pertama kali pada 1 September 2016 dan ia adalah aplikasi bantuan kerosakan pertama dan paling diyakini di Malaysia.


Perkhidmatan Bateri Carput vs Bengkel

Fiza nak bagitahu bahawa betapa mudah dan senang mendapatkan bantuan bagi masalah kenderaan dengan Carput. Hanya beberapa klik pada telefon bimbit dan bantuan sedang dalam perjalanan.

Berbeza dengan perkhidmatan yang kita gunakan sebelum ini. Sekiranya kita menghubungi bengkel atau pusat servis sudah pasti akan ada caj towing, padahal masalah sebenar hanyalah bateri kereta. 

Dengan menggunakan perkhidmatan Carput, mereka akan segera menghantar juruteknik yang berdekatan dengan kita bagi mengenalpasti masalah kenderaan yang kita hadapi. Kereta tak perlu ke bengkel, kerja harian kita pun tidak akan tertangguh hanya disebabkan kerosakan kenderaan yang kecil.

Paling menarik harganya lebih murah berbanding bengkel & pusat servis tempatan.

Perkhidmatan penghantaran bateri menggunakan motosikal

Pelanggan boleh meminta juruteknik yang diberi vaksin 
melalui khidmat pelanggan 


Kaedah Penggantian Bateri Kereta melalui Aplikasi CARPUT

Juruteknik Carput dilatih secara mahir untuk memastikan diagnosis dan penggantian tepat pada kereta kita. Dengan mengunakan apps juga, kita boleh terokai pelbagai pilihan bateri yang great value mengikut saiz dan jenis bateri yang kita kehendakkan dengan 2 tahun waranti. Dengan kata lain tekan-tekan saja Carput sampai.


Klik sahaja "Get online help" untuk bantuan khidmat pelanggan


Harga yang dipaparkan termasuk perdagangan bateri lama.


Carput dengan Pelan Ansuran Bateri Kereta #1 Di Malaysia

Pelanggan boleh memilih untuk membuat pembayaran dengan pelan ansuran 3 Bulan Installment dan kadar faedah 0%.  Pembayaran juga boleh dibuat secara tunai, kredit kad, e-wallet (QRpay, Boost, GrabPay) dan Kad Debit. Untuk penghantaran dan pemasangan pula adalah FOC. Kini mereka juga menyediakan bayaran ansuran 3-bulan untuk pembelian bateri kereta.


Servis jumpstart


Juruteknik juga telah mendapat vaksin misi baru Carput untuk menjadikan Malaysia lebih selamat dengan memberi vaksin kepada pasukan mereka


Aplikasi CARPUT boleh dimuatnaik melalui AppStore atau Playstore, link seperti di bawah:

 Android Playstore (http://bit.ly/cptweb1)
 Laman web (www.carput.my)
 Pusat panggilan (1800-1800-10)

Muat turun di Apple App Store dan Google Play

 
Perkhidmatan CARPUT merangkumi kawasan di sekitar Lembah Klang, JB, Pulau Pinang, Ipoh, Melaka dan Seremban.


Testimonial Pelanggan



Jangan tunggu lagi. Muat turun aplikasi Carput sekarang. Sangat senang mendapatkan bantuan untuk masalah kereta dengan Carput.  Tekan-tekan saja Carput sampai. 

Untuk info lanjut layari:

Hotline : 1800180010
#Carputapp #CarputSoSenang

Post a Comment

9 Comments

  1. mudahlah sekarang, sebelum nih kalau habis bateri boleh contact bateri.com ni ada Carput pulak sangat membantu saya yang drive pergi kerja ni kalau apa2 jadi masa drive sendiri nak save contact number siap2 lah

    ReplyDelete
  2. Senang ada servis macam nie kan Fiza..

    ReplyDelete
  3. Lepas ni tak perlu risau kalau bateri kong tengah jalan. Simpan je contact carput ni lebih senang

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing, will take note on their contact in case i need it

    ReplyDelete
  5. Bagus ada servis carput ni.. Atleast xla terpinga2 bila bateri xde kt highwadly ke apa kan..

    ReplyDelete
  6. Betul sangat.. Kita perempuan ni bukannya tau sangat pasal kereta. Kene dowbload ni. Mana tau tetiba jadi

    ReplyDelete
  7. Baguskan app Carput ni? Iza pun baru tau. Lepas ni kalau bateri habis order je terus.

    ReplyDelete
  8. Bagus ada servis dari carput ni. In case tetiba bateri kong ke, minyak hbs tgh jalan ke kan. Boleh roger je dorang.

    ReplyDelete
  9. alaaaa atea kite tinggal dia x cover laa. kan best kalu seluruh msia dia cover

    ReplyDelete