Find us on Facebook

Review Tepuk Amai-Amai Pocket Book | Anak mesti seronok dapat dengar lagu klasik rakyat

Assalamualaikum. Mommies pernah terfikir tak nak perdengarkan anak-anak kita dengan lagu-lagu klasik rakyat? Sebab lagu-lagu macam inilah merupakan asas pembentukan sahsiah dan selalunya penuh dengan mesej serta nasihat. Ia juga membolehkan kanak-kanak mengenali dan menghargai budaya agama dan bangsa kita.


Review Tepuk Amai-Amai Pocket Book | Anak mesti seronok dapat dengar lagu klasik rakyat | Kanak-kanak selalunya akan belajar dengan lebih baik ketika mereka sedang bergembira dan selalunya perhatian mereka akan lebih tertarik kepada lagu. 

Sebab itu Fiza dapatkan Tepuk Amai-Amai Pocket Song Book, baba baa Children Press and Learn Sound Book keluaran baba baa Malaysia untuk Huwainaa. Buku yang sangat interaktif, mempunyai 10 butang suara yang terdiri daripada 5 lagu klasik rakyat nusantara dan 5 kesan bunyi yang sepadan.


Tepuk Amai-Amai Pocket Book

Kemain seronok dengan dengan Abg Thaqif

Dalam Tepuk Amai-Amai Pocket Song Book terkandung lagu seperti seperti :

Tepuk Amai-Amai
Bintang Kecil
Dua Mata Saya
Enjit-enjit semut
Suriram

Lukisan dalam buku pun menarik

Memang betul-betul mengimbau waktu zaman kanak2 dulu. Yelah sekarang nie mana nak dapat lagi lagu2 mcm nie, terlalu banyak lagu baru yg diubah suai sehingga hilang klasiknya. Siap dengan lirik, butang lagu yang mudah untuk ditekan, dan ia berfungsi dengan menggunakan bateri 3AAA sahaja.



Jom sertai pertandingan mewarna Pocket Book Coloring Contest

Pocket book series ini juga disertakan dengan lembaran pertandingan mewarna. Macam mana nak sertainya?
 
1. Beli Tepuk Amai-Amai/ Rasa Sayang Pocket Book.
2. Warnakan halaman mewarna menggunakan krayon, pensel warna atau paint.
3. Muat naik gambar halaman berwarna.
4. Postkan di Instagram atau Facebook.

Jangan lupa untuk :

a. Follow @bababaa.my
b. Tag 3 friends
c. Mention @bababaa.my #magicaladventurewithbababaa #coloringcontest

Pemenang bulanan akan diumumkan! Jadi dapatkan Tepuk Amai-Amai/ Rasa Sayang Pocket Book sekarang.

Thaqif pun boleh asah bakat mewarna dia

Siap untuk penyertaan

Nak join boleh baca syarat penyertaan

baba baa Children Press and Learn Sound Book

Menarik kan. Beli pocket book boleh cuba untuk masuk pertandingan mewarna. Mana tahu ada rezeki, boleh menang hadiah menarik dari pihak baba baa.my. Tepuk Amai-Amai Pocket Book sememangnya ringan dan mudah untuk anak-anak pegang. 

Koleksi buku-buku di baba Baa Malaysia khas untuk anak-anak di bawah usia enam tahun, dengan setiap perinciannya dikumpulkan untuk memberikan pengalaman yang menyeronokkan dan menarik serta bermanfaat untuk perkembangan pendidikan. Untuk info lanjut dan pembelian, layari https://www.bababaa.com/ 

Post a Comment

9 Comments

  1. menariklah buku tepuk amai-amai nih, nak belikan untuk anak buah dan cucu jugalah

    ReplyDelete
  2. Menarik la buku ni. Boleh beli utk anak FD

    ReplyDelete
  3. Tentu anak2 enjoy dgn buku tepuk amai2 dan menarik

    ReplyDelete
  4. Wahhh teruja kita tgk ni.. Blom lagi dengar hehe.. Budak2 mesti suka buku ni

    ReplyDelete
  5. Alaa rindu zaman kanak-kanak. Mengimbau kenangan. Happy kids happy mommy..

    ReplyDelete
  6. Cantiknya abang warna lukisan tu. Harap ada rezeki untuk menang. Buku ni pun menarik sangat.

    ReplyDelete
  7. Buku mcm ni bagus, budak tak bori gbaca

    ReplyDelete
  8. Omg this pocket book is so fun, going to check out for my niece

    ReplyDelete