COSMODERM Vitamin E dan Tea Tree Oil bantu kurangkan parut serta bantu mengurangkan jerawat dalam 3 hari

Assalamualaikum. Alhamdulillah, syukur kerana masih diberi kesihatan yang baik. Baik dari segi kesihatan dalaman mahupun luaran. Selain mengamalkan amalan pemakanan yang berkhasiat, jaga emosi dan sentiasa dekatkan diri dengan Maha pencipta. Mohon supaya sentiasa diberikan kesihatan yang baik. 

Untuk kesihatan kulit juga, pastikan kita mendapat produk-produk yang diperakui Halal, bebas bahan terlarang serta selamat untuk kulit. Untuk review kali ini Fiza nak review COSMODERM Vitamin E dan Tea Tree Oil pula. 



COSMODERM Vitamin E dan Tea Tree Oil bantu kurangkan parut serta bantu mengurangkan jerawat dalam 3 hari | Ramai yang tahu dan sedia maklum mengenai produk Cosmoderm ini. Cosmoderm Vitamin E dan Cosmoderm Tea Tree Oil bukan lagi baru di pasaran tetapi Fiza nak maklumkan bahawa mereka telah berwajah baru. 

COSMODERM Vitamin E dan Tea Tree Oil


Manfaat kebaikan masih sama tetapi ditambah baik lagi untuk membantu para wanita dan lelaki yang mempunyai masalah kulit wajah yang berminyak, berjerawat serta membantu mengembalikan kulit yang licin serta bantu mengurangkan parut-parut jerawat yang ada.

Okay, review nie Fiza nak share apa yang Fiza dah gunakan. Kalau ikutkan range untuk nie memang banyak. Setiap range ada 4-5 produk macam tu. Tapi untuk review 2 jenis rangkaian ini, Fiza akan ceritakan 4 produk yang mana ia juga banyak membantu Fiza untuk kurangkan parut jerawat yang ada dan bantu kurangkan jerawat yang naik di muka. 

Berwajah baru

Formula baru yang diperbaharui juga


Cosmoderm Vitamin E Series - Moisture and Revive

#Youturnbeauty


- Sesuai untuk Masalah Parut Serius - 

Selain daripada fungsinya sebagai antioksidan, vitamin ini turut mempunyai kebolehan untuk mengurangkan keradangan kulit. Fungsi ini amat penting kerana keradangan kerap berlaku pada jerawat. Maka, dengan kebolehan ini, ia akan mengurangkan kemerahan serta kesakitan yang ada pada jerawat seseorang. Kulit juga akan kelihatan lebih muda dengan kebolehan antioksidan serta anti-keradangan ini.

Rangkaian produk Cosmoderm Vitamin E terdiri daripada:


1|  Vitamin E Facial Cleansing Foam

Buih pembersih yang diperkaya dengan anti-oksidan untuk cucian lembut dan berkesan. Ia mampu  membersih minyak, kotoran dan debu tanpa mengeringkan lapisan kulit sekaligus mengekalkan kelembapan dan kelembutan asli kulit. Ia juga menggalakkan kadar pembaharuan sel kulit.


Vitamin E Facial Cleansing Foam


Vitamin E Facial Cleansing Foam mengandungi ramuan seperti Chamomile, Lemon, and Vitamin E Rosehip Oil. Sesuai untuk Kulit Normal & Kombinasi.

Cara penggunaan:

Picit sedikit pencuci muka Vitamin E di tapak tangan yang lembap, gosok sehingga berbuih dan sapukan dengan urutan ke dalam.


5|  Vitamin E Bi-Phased Toning Essence

Vitamin E Bi-Phased Toning Essence


Gabungan Dual power oil dan water toner yang sempurna yang terdiri daripada 2,000 I.U (international unit) Vitamin E dan Vitamin B5 yang menenangkan dan melindungi kulit dari pencemaran UV dan persekitaran yang berbahaya. Ia juga membantu menyeimbangkan mikrobiota kulit, mencerahkan, dan mengimbangkan semula tona kulit yang tidak sekata. Ia akan menjadikan kulit anda berasa terhidrat sepanjang hari.


Vitamin E Bi-Phased Toning Essence mengandungi Niacinamide (Vitamin B3) & Vitamin B5.  Diuji secara Dermatologi, Paraben Free, DEA Free Mineral Oil Free dan Paraben Free.


Cara penggunaan : 


Selepas penggunaan toning, sapukan toning Essence pada muka dan urut perlahan-lahan sehingga ia menyerap ke dalam kulit. Vitamin E - antioksidan yang melindungi kulit daripada kerosakan oksidatif oleh melawan radikal bebas. Ia juga mempunyai manfaat pelembab dan peremajaan kulit yang membantu menguatkan fungsi penghalang kulit.


Kembalikan kulit yang kusam dan kasar serta meringankan parut dengan 4 LANGKAH di bawah :

Langkah 1: Bersih
Vitamin E Facial Cleansing Foam membersih minyak, kotoran dan debu tanpa mengeringkan lapisan kulit.

Langkah 2: Segar
Vitamin E Refining Toning Lotion membersih dengan lembut dan mendalam untuk membuang sel-sel mati dan sisa pencuci. Sapukan di atas muka dengan menggunakan kapas.

Langkah 3: Soothing
Vitamin E Bi-Phased Toning Essence adalah pelembap berkhasiat yang memudarkan parut serius dan melembapkan kulit kering.

Langkah 4: Sembuh

Vitamin E 3,000 I.U. Renewal Moisturiser pelembap yang berkhasiat dan kaya dengan anti-oksidan untuk membaharui, melindungi dan menyihatkan kulit untuk anti-penuaan dan pemudaran parut .



Cosmoderm Tea Tree Oil Series- Oily and Acne Free

#ControlAcneDelete


- Sesuai untuk Kulit Berminyak & Berjerawat -

TTO Membantu mengatasi keradangan, kerengsaan, kemerahan, dan pembengkakan kulit. Dalam dunia kecantikan dan penjagaan kulit, mempunyai banyak manfaat untuk tubuh, mulai dari kulit wajah, wangian badan, hingga rambut. TTO bahkan telah digunakan sebagai minyak antiseptik dan anti-radang serbaguna. Hebatnya, salah satu manfaat terbesar TTO adalah untuk melegakan atau mengatasi jerawat.

Rangkaian produk Cosmoderm Tea Tree Oil terdiri daripada:


1|  Cosmoderm Tea Tree Oil Oil Control Facial Cleanser

Menjadikan kulit lembut dan bersih


Pembersih berkrim dan cekap membersihkan dengan lembut dan mendalam untuk menjadikan kulit lembut dan bersih tanpa pengeringan. Ia bantu menghilangkan minyak, kotoran, liang pori, dan mengawal kegatalan kulit bagi mengurangkan jerawat. Ia juga bantu :
  • Bantu membersihkan wajah yang minyak dan debu
  • Membersih pori tersumbat dan isi minyak untuk kecutkan jerawat 
  • Pelbagai manfaat untuk membantu kulit berminyak
  • Tidak menutup pori atau produk alahan 
Cosmoderm TTO mengandungi Minyak Tea Tree dan Vitamin E 200 I.U, Non-comedogenic and hypo-allergenic serta sesuai untuk lelaki dan wanita.


Cara Penggunaan :

Picit sedikit Pembersih Muka Tea Tree di atas tapak tangan yang basah dan gosok sehingga berbuih. Urut ke seluruh muka yang basah dan bilas dengan air.


4|  Cosmoderm Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum

Mengembalikan kelembutan kulit wajah


Serum gel berasaskan air mengandungi ekstrak buah untuk mengawal pengeluaran minyak berlebihan di wajah terutamanya di kawasan T-Zone . Ia membantu mengurangkan jerawat, bintik hitam dan bintik putih. Mempu membersih pori tersumbat dan imbangkan pengeluaran minyak serta mengembalikan kelembapan semulajadi kulit yang sekata.


Cosmoderm Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum  mengandungi bahan seperti  Lemon, Aloe Vera, Fruit Extract & Tea Tree Oil.  


Cara Penggunaan Cosmoderm Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum


Selepas membersih dan menyegar muka, sapukan serum dengan mengurut secara lembut ke seluruh muka hingga diserap. Jika terdapat keradangan, hentikan penggunaan.


Kawal jerawat dalam masa 3 hari dengan 4 LANGKAH di bawah :

Langkah 1: Bersih
Cosmoderm Tea Tree Oil Oil Control Facial Cleanser membersih wajah daripada minyak dan debu sekaligus kecutkan jerawat.

Langkah 2: Segar
Tea Tree Oil Clarifying Face Toner Penyegar tanpa minyak yang membantu merawat jerawat. Tuangkan ke atas kapas, sapukan ke seluruh muka.

Langkah 3: Soothing
Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum adalah serum gel berasaskan air dikuasai oleh ekstrak buah untuk mengawal pengeluaran minyak berlebihan dan Mengembalikan lembapan semulajadi kulit yang sekata.

Langkah 4: Sembuh
Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser SPF 15 PA++ Pelembap berasaskan air, sesuai sebagai asas mekap atau untuk wajah natural untuk Sunscreen protection  terhadap sinaran UVA dan UVB yang menggelapkan kulit dan merosakkan sel.


Terbaik untuk kulit wajah serta selamat digunakan

Setelah 2 minggu Fiza gunakan Cosmoderm Vitamin E dan Tea Tree Oil, memang hilang jerawat muka yang ada. Hilang timbul semula itu biasa tambah pula Fiza jenis yang ada kulit elergik terhadap kacang dan minyak. Cuba kalau makan kacang dengan makanan bergoreng, sekejap je jerawat naik. 

Bila pakai Cosmoderm Vitamin E dan Tea Tree Oil ia bantu untuk kurangkan jerawat yang ada, lepas tu rasa kulit lembut dan anjal. Siapa tak suka kan bila kulit kita licin jer. Inilah produk yang sekarang sedikit sebanyak bantu Fiza untuk dapatkan kulit wajah yang sihat sekaligus hilangkan parut yang ada. 

Lagipun ianya lengkap, tak perlu nak pikir beli produk lain. Dan paling penting gunakan secara konsisten. Ikut aturan, guna ikut yang mana sesuai untuk siang, yang mana sesuai untuk malam. Dengan kata lain kena disiplin la sikit kan. 


Mana nak dapatkan? 

Dah baca review kan. Nak dapatkan pun tak susah, rangkaian  produk Cosmoderm boleh didapati di semua farmasi atau online di Shopee dengan harga yang mampu milik.  Untuk info lanjut layari https://www.cosmoderm.com.my/ 

Kat Shopee pun ada, boleh terus ke Shopee Malaysia ---> Cosmoderm Official

#Cosmoderm
#TeamofCosmoderm
#Youturnbeauty
#ControlAcneDelete

Post a Comment

4 Comments

  1. Dulu pernah menjadi pengguna produk cosmodern . Memang best bau daun teh hijau tu rasa segar je bila guna produk ni

    ReplyDelete
  2. Rasa nak cuba tea tree tu. Sebab kalau tea tree memg elok utnuk kulit jerawat

    ReplyDelete
  3. Best range Cosmoderm ni.. Mcm2 pilihan ada

    ReplyDelete
  4. owh boleh kurangkan parut rupanya
    okay menarik nih untuk dicuba

    ReplyDelete