Find us on Facebook

Cara guna Ninja Packs | Pengalaman sendiri tak perlu beratur panjang untuk pos barang servis penghantaran pun cepat

Assalamualaikum. Musim pandemik dan pengisytiharan PKP 3.0 sekali lagi sangat-sangat membataskan pergerakan rakyat Malaysia. Rutin harian banyak berubah, segala-galanya dibuat secara online tanpa perlu keluar rumah atau pun keluar sekiranya ada urusan penting. Untuk meneruskan hidup, kita perlu mencari alternatif lain supaya perjalanan hidup tetap berjalan seperti biasa.


Itu belum lagi cerita pasal mak abah di kampung. Dulu boleh la balik bagi buah tangan, baju-baju baru kat mak dan abah. Pilihan yang ada sekarang nie adalah dengan menggunakan perkhidmatan penghantaran barang atau kurier servis. Walaupun ia bukan baru di Malaysia khususnya bagi peniaga-peniaga kecil online tapi bagi Fiza kurier servis memang sangat-sangat membantu Fiza untuk pos barang untuk mak abah di kampung.




Cara guna Ninja Packs | Pengalaman sendiri tak perlu beratur untuk pos barang servis penghantaran pun terbaik | Sejak kebelakangan ini juga Fiza kerap bertukar-tukar kurier servis. Tapi bila dah mula guna Ninja Packs, rasa macam tak nak tukar dah. Bukan apa, bila Ninja Van memperkenalkan Prepaid courier bag, pelanggan boleh pos barang dengan tidak perlu lagi untuk lama atau panjang di pusat penghantaran barang.


Kan lagi mudah dah selamat begini. Sampul barang Ninja Packs yang kita beli boleh digunakan terus untuk menghantar barang, harga adalah berdasarkan saiz bungkusan dan bukan lagi berat timbangan. Menarik kan?



Kenapa perlu pilih Ninja Packs?


Ia adalah perkhidmatan penghantaran prabayar terbaik yang disertakan dengan beg kurier untuk perniagaan online atau penghantaran peribadi. Ninja Packs adalah ALL-YOU-CAN-FIT Prepaid Polymailer untuk anda buat penghantaran ke penerima anda di Semenanjung Malaysia sahaja. Tiada penghantaran untuk ke Sabah dan Sarawak. 


Setiap Ninja Packs dilengkapi dengan teknologi penjejakan masa nyata (real-time tracking technology) milik Ninja Van yang membolehkan kita mengetahui dengan tepat di mana bungkusan kita berada, di mana sahaja, bila-bila masa.



5 Kelebihan menggunakan Ninja Packs:

  • 4000+ Drop off points
  • Tidak perlu pencetak (No printer required)
  • Penjejakan masa nyata (Real time tracking)
  • 3 kali Percubaan penghantaran (3 Delivery attempts)
  • Liabiliti sehingga RM200 * (Liability up to RM200*)

Ninja Packs Collection


Prepaid courier bag Ninja Packs

Sebelum Fiza cerita Lebih lanjut bagaimana nak menggunakan Ninja Packs (How to use Ninja Packs), kita berkenalan dulu dengan sampul pos barang Ninja Packs. Ninja Packs ada 2 jenis iaitu Regular Ninja Packs dan Padded Ninja Packs. Juga disertai packaging Essential seperti pelekat mudah pecah.



Regular Ninja Packs


Terdiri daripada pelbagai saiz dan pilihan bundle seperti Ninja Packs Bundle XS, S, dan M-LITE. Pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih sampul mana yang hendak digunakan.


Regular Ninja Packs


Padded Ninja Packs


Sama macam Regular Ninja Packs tetapi ia mempunyai padded di dalamnya,  iaitu siap dengan bubble wrap sekali, supaya barang akan lebih extra selamat.


Padded Ninja Packs

Lebih perlindungan untuk barang yang dihantar

Packaging Essential


Semua item rapuh HARUS dilabelkan dengan pelekat mudah pecah (fragile sticker). Ia adalah tanggungjawab kita sendiri untuk menggunakannya atau tidak kerana kita lebih tahu apa jenis barang yang hendak dihantar. Kalau pengguna beli Ninja Packs berserta Fragile Sticker, penghantaran fragile sticker adalah percuma.

Sticker Fragile x 6


Harga Ninja Packs

Korang boleh merujuk kepada dimensi dan harga untuk Pek Ninja dalam jadual di bawah. Pek Ninja boleh dibeli secara individu atau dalam kumpulan 5,10 dan 20 dengan harga setiap helai untuk bundle 5 & individu sama.


Harga Ninja Packs

Untuk mengetahui jenis Ninja Packs dan banyak lagi boleh ke Ninja Packs Collections.



5 Langkah mudah untuk menggunakan Ninja Packs


1. Beli Ninja Packs secara online di Website Ninja Van.


2. Penghantaran Ninja Packs akan tiba kepada pembeli dalam masa 3 hari bekerja (atau kurang)


3. Pack and Seal mengikut keselesaan kita.


4. Create Order di Ninja Van dashboard.


5. Drop off parcel di mana-mana 4000+ Ninja Points.






Pengalaman sendiri Pos barang guna Ninja Packs


Mula-mula Fiza buat pembelian Ninja Packs di https://my-packs.ninjavan.co/. Memang cepat. Order hari ini, esoknya dah sampai. Kira memang okay sangat la kan. 






Bila dah terima Ninja Packs, pertama sekali log masuk ke Ninja Dashboard. Memandangkan Fiza sudah mempunyai akaun, boleh terus Create Order. Kalau belum ada akaun, jangan lupa Create Account dulu.




Ninja Dashboard


Mulakan dengan mengisi Tracking ID 

Contoh Ninja Pack ID

Boleh lah siapkan barang untuk dimasukkan dalam beg kurier dengan Ninja Pack ID yang didaftarkan tadi. Walaupun tak dapat pulang ke kampung, Fiza masih boleh mengirimkan barang kepada emak. Kebetulan hari memang beli telekung untuk mak. Ingatkan boleh balik dan berikan. Nampaknya kita hantar barang dengan Ninja Van sahaja.



Telekung untuk mak, boleh hantar dah

Siap masukkan dalam beg kurier saiz M

Detail penerima dan alamat pun dah tulis

Untuk parcel ini, Fiza gunakan Regular Ninja Packs bersaiz Medium. Parcel besar ke, berat ke tak kisah sebab Ninja Packs memang tak ambil kira bab itu. Apa yang isi dalam itu pastikan di seal dengan elok dan kalau perlu tampalkan Fragile sticker, harap berbuat demikian.

Tiada limit untuk berat



Ninja Packs menyediakan 4,000+ Ninja Points di Semenanjung Malaysia. Korang boleh semak lokasi Ninja Point. Untuk Fiza di area Sg. Buloh pun banyak Ninja Point, pilih paling dekat. Jadi tak perlu nak beratur panjang. Boleh suruh husband je pergi pos barang guna Ninja Packs.


Dengan real-time tracking milik Ninja Van, kita boleh track parcel yang dihantar serta merta, bila-bila masa dan di mana sahaja. Tak sampai beberapa jam Fiza menerima update melalui emel yang mana mereka telah pun mengambil parcel tersebut.



Emel pengesahan bahawa barang telah pun diambil

Real-time tracking


Dengan jaminan 3 hari barang sampai. Alhamdulillah barang sampai kepada mak dengan selamat dengan Van Ninja warna merah lagi. Semuanya dalam keadaan baik. Serius mak gembira sangat dapat telekung yang Fiza hantar tu. Lepas ini makin kerap la Fiza hantar barang guna Ninja Packs.



Alhamdulillah selamat sampai

Encik Ninja yang sporting

Si Van merah

Segala proses bermula dari proses membeli Ninja Packs, penghantaran dan penerimaan berjalan dengan sangat lancar walaupun dalam tempoh PKP ini. Memang betul dan tepat pilihan Fiza. Sebab itu Fiza share di sini supaya korang yang nak hantar barang, atau pun korang memang ada bisnes online untuk mencuba servis Ninja Packs pula.  



Tiada Consignment Note tiada beratur panjang


Dengan menggunakan Ninja Packs, pengguna tidak lagi perlu mengisi airwaybill atau consignment note di pusat penghantaran barang. Dengan kata lain, kita tidak perlu beratur panjang atau terlalu lama. Hanya perlu drop off bungkusan sahaja di pusat kurier. Hanya pergi ke Ninja Points yang telah disediakan atau ke Ninja Van outlet berdekatan dengan anda.



Barang terlarang untuk penghantaran (Prohibited items for delivery)


Kalau nak tahu barangan apa yang tidak boleh dihantar untuk memudahkan penghantaran barangan dan bungkusan anda lagi-lagi untuk online seller boleh semak disini



Dapatkan Ninja Packs sekarang


Untuk korang yang ada bisnes sendiri atau nak hantar barang kepada yang tersayang, boleh la mula menghantar barang dengan menggunakan bungkusan Ninja Packs ni. Ini kerana Ninja Van mempunyai servis pantas dan cepat untuk penghantaran barang. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menggunakan servis Ninja Van lagi-lagi untuk Ninja Packs. 


Dapatkan Ninja Packs di sini : 

https://my-packs.ninjavan.co/collections/ninja-packs


Layari https://my-packs.ninjavan.co/ untuk info lanjut.

Regular Pack


Khas untuk pembaca blog fizaizawa.com!

Gunakan promo code: BLOGFIZA


Tebus percuma Ninja Trial Pack bernilai RM28.50 dan dapatkan 3 saiz dalam 1 pek secara percuma. Dapatkan Ninja Trial Pack dan hantarkan bungkusan anda ke mana-mana destinasi di Semenanjung Malaysia. Klik di laman web ini untuk tebus Ninja Trial Pack anda hari ini!

Post a Comment

12 Comments

  1. Thanks share kak Fiza. Menarik sebab tak payah print. Insha Allah boleh try if ada keperluan nanti

    ReplyDelete
  2. banyak cawangan ninja sekarang ni yeaa

    ReplyDelete
  3. owh
    lebih mudah lah yer
    Hans pun rasa nak try Ninja Packs nih bila ada barang nak pos.

    ReplyDelete
  4. Salam, thanks for info. Makin mudah nak hantar barang, order ninja packs, 3 hari sampai.. Bole cuba bila perlu.

    ReplyDelete
  5. Wah nanti boleh rujuk dekat sini kalau nak guna ninja packs nih... thank you Fiza

    ReplyDelete
  6. Bagus juga ninja packs ni...banyak rupanya pickup point ninja van ni. Baru tahu

    ReplyDelete
  7. Bagus juga ninja packs ni ekkk... Kita pun suka guna servis ninja kalau beli brg dbb cpt je smpi

    ReplyDelete
  8. Best lah pulak tgk Ninja Packs ni. Sesuai sangat utk new seller online ni sebab tak kisah bab berat janji muat parcel.

    ReplyDelete
  9. Wah thanks for sharing this, i need this cos sometimes i have to send documents or parcels to my colleagues.

    ReplyDelete
  10. thanks for the info. btw jom join GA http://tarotthefool.blogspot.com/2021/07/merdeka-giveaway-by-tarotthefool.html

    ReplyDelete
  11. Kak blm pernah lg guna ninja pack nti klu ada brg nak pos blhlah try

    ReplyDelete
  12. Okay, info menarik sebab terfikir jugak camne nk guna service ninjavan sebab tak pernah nampak outlet diorang

    ReplyDelete