Kek Birthday Toy Story untuk sambutan hari jadi ke-6 Thaqif Khalaf

Assalamualaikum. Punya la lama tak update pasal personal story kat blog nie, hari nie Fiza nak share gambar-gambar sewaktu kami sambut hari jadi Thaqif yang ke-6 tahun. Majlis nie kami buat untukkita-kita aje sebab dalam tempoh PKP pada 1 Mac 2021. Sorry Thaqif mama lambat update kat blog.


Kek Birthday Toy Story untuk sambutan hari jadi ke-6 Thaqif Khalaf | Pening juga nak memikir tema nie. Sebab nak buat tema birthday mestilah kena tahu, tema nie dah buat ke belum, kek nie dah buat ke belum. Biasalah mama, kalau boleh nak perfect dan jadi kenangan buat Thaqif dan kami juga. Kita throwback dulu.

Umur 1 tahun - Sambutan tiada tema
Umur 2 tahun - Car pixar
Umur 3 tahun - Celebrate di Cameron Highland
Umur 4 tahun - Tema Didi and Friends
Umur 5 tahun - Baskin Robbin Ice Cream Cake
Umur 6 tahun - Toy Story

Happy birthday Thaqif

Kek hari jadi Toy Story

Macam mana Fiza boleh ingat semua sambutan ini, senang je view balik dan cari je kat blog nie. Memang jumpa. Seronok bila da blog, segala kenangan boleh kita coret kan. Berbalik pada tema nie. Sebenarnya Thaqif memang tak tahu yang mama dan dedi akan buat surprise untuk dia. Mama ready semua sebelum dia balik dari Montesori. 

Cake ball, yang nie memang sedap

Seronok tengok dorang tengah nyanyi nie

Masa untuk potong kek

Tertunai impian Thaqif nak kek toy

Sambutan kami 4 beranak

Mama buat tempahan kek sebulan awal. Mujur jumpa kek yang cantik. Memang kemas buatan kek nie, kek dalamnya kek coklat. Deco-deco tu macam biasa beli kat Shopee --> https://shp.ee/mtfgyyc

Untuk Thaqif Khalaf anak mama, Selamat Hari Jadi yang ke-6, semoga dipanjangkan umur, dilimpahi rezeki, menjadi anak yang soleh, sihat dan happy selalu. Mama, dedi dan Huwainaa sayang Thaqif selama-lamanya. Amin.

Wassalam.

Post a Comment

0 Comments