Find us on Facebook

Tepung Goreng Ayam Nazri betul-betul buat ayam goreng jadi crispy

Assalamualaikum. Siapa suka makan ayam goreng? Ayam goreng ada macam-macam jenis dan cara. Ada yang hanya golek-golekkan dalam kunyit dan sedikit garam, pun dah jadi ayam goreng. Tapi kalau Fiza suka sangat ayam goreng yang jenis macam KFC atau MCD. Ada crispy-crispy, baru la sedap.


Tepung Goreng Ayam Nazri betul-betul buat ayam goreng crispy | Jadinya Fiza nak share tepung goreng ayam yang boleh buat ayam goreng korang jadi crispy macam ayam goreng spicy MCD tu. 

Tepung Goreng ayam jenama Nazri perisa pedas. Dalam banyak-banyak tepung goreng ayam, yang ini paling best setakat ini. Bukan sahaja sedap, dapat rasa pedas tepung tu.

Gaulkan dalam tepung selepas dicelup dengan telur

Fiza pun tak nak la ajar macam mana nak goreng ayam, sebab asas dia sama je. Mula-mula celupkan ayam dalam telur dan kemudian lumurkan dengan tepung goreng ayam. Dan terus goreng dalam minyak panas.

Nampak salutan tepung penuh


Goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan dan masak


Homemade ayam goreng popcorn


Cepat dan senang

Tepung nie boleh guna bukan untuk goreng ayam je. Fiza buat bergedil pun celup tepung goreng ayam Nazri. Memang sedap, cukup rasa semuanya. Makin mudah dan senang nak buat ayam goreng.

Ratah gitu depan tv tahu-tahu dah habis.  Nazri Crispy Fried Chicken- Hot & Spicy keluaran R&S Marketing.

Wassalam.

Post a Comment

1 Comments

  1. tak pernah tahu ada jenama ni. boleh la cari nanti. nak cuba kelainan kan.

    ReplyDelete