Find us on Facebook

Punca anak kerap bersin selepas bangun tidur, cepat dapatkan rawatan

Assalamualaikum. Tahun baru 2021 baru bermula tapi banyak sudah cabaran yang datang. Tapi Fiza bersyukur sebab ini tandanya Allah sayang kita. Dengan PKP 2.0 di Selangor dan beberapa negeri lain, maka segala perancangan untuk awal tahun ini banyak ditangguhkan. Tak apalah, ada rezeki lain yang akan datang. Diberikan kesihatan yang baik juga adalah rezeki yang paling besar buat kita.

Lagi beberapa hari lagi tadika Thaqif akan dibuka. Fiza memang hantar Thaqif ke tadika swasta sejak umur 5 tahun. Tahun ini dia 6 tahun. Harapnya proses pembelajarannya tidak terganggu seperti tahun lepas. Kalau nak imbas balik sesi pembelajaran Thaqif, tahun lepas memang banyak halangan. Dengan PKP dan ditambah pula sebelum PKP, Thaqif jalani pembedahan buang gigi  di UITM Private Hospital, kat situ pun dia dah MC dua minggu. 



Punca anak kerap bersin selepas bangun tidur | Semalam pula Fiza bawa Thaqif ke Klinik Kanak-kanak Serena di Sg. Buloh. Sebabnya sudah hampir sebulan di kerap bersin setiap kali bangun tidur dan selepas mandi. Bersin pula tidak berhenti seolah-oleh dah terkena resdung. Jadinya untuk tidak mahu masalah makin panjang, baik bawa jumpa doktor.


Mujur lah tak ramai orang waktu PKP nie. Datang je terus boleh jumpa doktor. Persoalan terjawab bila doktor tengok dalam hidung Thaqif, ada bengkak. Thaqif ada resdung. Jarang kan kalau dengar budak kena resdung, tapi memang ada. Doktor bagitahu resdung bukan penyakit keturunan dan ia boleh jadi berpunca daripada alergik atau pun persekitaran. 

Alergik mungkin disebabkan pemakanan dan persekitaran pula lebih kepada terdedah kepada habuk. Keadaan resdung menjadi teruk apabila hingus yang keluar apabila bersin bewarna kuning atau hijau. Jadinya, tak salah tindakan Fiza untuk bawa Thaqif dapatkan rawatan di sini.


Doktor juga bagitahu, mereka yang terkena resdung akan kerap tonyoh hidung, tonyoh mata dan telinga berdengung. Memang semua kelakuan Thaqif menjurus kepada situ. Kalau tonyoh hidung nampak nak tercabut. Mereka juga akan sukar tidur malam sebab resdung memang sangat mengganggu rutin harian tambah pula kanak-kanak. Waktu tidur pun boleh bersin. Memang kesian. 

Avamys semburan dalam hidung

Farmasi pun ada kalau tak silap, tapi perlu rujuk pakar perubatan yer

Kos rawatan, sebab ubat Avamys memang mahal

Fiza memang harap sangat resdung Thaqif ini sembuh. Memang kesian tengok dia bersin. Thaqif memang tak pernah bagitahu kalau dia sakit, dia tetap aktif macam biasa. Paling Fiza kesal sebelum ini Fiza marah dia sebab kerap bersin, tambah bila dia tak dapat kawal terbersin depan adik dia. Yelah mana dia tahu kan. 

Sekarang mama tak marah Thaqif dah. Sebab semuanya tidak mudah untuk dikawal bagi kanak-kanak yang baru berumur 6 tahun. Semoga Thaqif cepat sembuh. Buang la jauh-jauh resdung nie. Memang menyusahkan.

Korang pun kalau anak ada simptom-simptom yang Fiza ceritakan harap cepat-cepat rujuk doktor supaya tidak jadi lebih teruk. Tambah pula bila terkena pada anak-anak. Kesian.

Wassalam. 

Post a Comment

1 Comments