Pentingnya pengambilan Vitamin C untuk tubuh badan, THC FORTI-5 supplement bantu tingkatkan sistem imun badan

Assalamualaikum. Betapa pentingnya pengambilan supplement bagi Fiza sendiri. Ia bukan ubat tetapi ia adalah makanan tambahan untuk membantu tubuh badan kita berada dalam keadaan baik dan sihat. Tambah pula dengan wabak Covid-19 yang masih belum reda, betapa pentingnya kita berusaha meningkatkan sistem imun tubuh.


Pentingnya pengambilan Vitamin C untuk tubuh badan, THC FORTI-5 supplement bantu tingkatkan sistem imun badan | Manfaat pengambilan Vitamin C sebenarnya sangat banyak. Ada yang ambil untuk cantikkan kulit, tapi yang pasti pengambilan Vitamin C amat penting untuk membina sistem imunisasi yang kuat lagi kebal. Vitamin C yang mencukupi dapat memastikan kita tidak mudah diserang jangkitan kuman.


Sebab itulah, setiap hari Fiza amalkan pengambilan Vitamin C dan Fish Oil. Untuk anak-anak pun Fiza akan berikan Vitamin C. Makanan tambahan daripada Total Health Concept antaranya terdiri daripada 

1. FORTI-5
- bentuk sachet
- Untuk orang dewasa
- Mengandungi 3 asid amino, vitamin C, serat & prebiotik

2. FORTI-5 Junior
- bentuk tablet kunyah
- Untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas
- Mengandungi 3 asid amino, vitamin C, 20 buah & sayur yang berbeza

3. Prestin Omega-3 Fish Oil
-bentuk softgel
-Untuk orang dewasa
-Mengandungi Omega-3 Fatty Acid, EPA, DHA dan Vitamin E (D-Alpha Tocopherol)


FORTI-5 Fortify Your Immunity



FORTI-5 merangsang penghasilan glutathione semula jadi tubuh dengan 3 asid amino penting: L-glutamin, glisin dan L-sistein. Ia juga mengandungi sumber vitamin C semulajadi untuk menguatkan sistem ketahanan badan kita. 

Ia juga juga ditambah dengan prebiotik dan serat makanan untuk membersihkan dan meremajakan badan. Diformulasi dan dirumuskan oleh Profesor Harvard, Prof Dr Albert Crum. 

Cara Pengambilan FORTI-5 


Amalkan pengambilan 1 hingga 2 sachet setiap hari. Campurkan dengan 150 ml air atau minuman kegemaran anda pada suhu bilik dan kacau / gaul rata. 


FORTI-5 Junior 

Mengandungi 3 asid amino penting: L-glutamine, glycine and L-cysteine dan sumber semula jadi vitamin C. Ia juga memberikan sumber khasiat yang sangat baik dari 20 buah dan sayur-sayuran. Didatangkan dalam bentuk tablet kunyah, jadi mudah untuk anak-anak makan. 



Cara Pengambilan FORTI-5 Junior 

Kunyah 2-4 tablet setiap hari, sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas


Prestin Omega-3 Fish Oil 


PRISTIN adalah satu-satunya minyak ikan pekat yang diuji 100% bebas toksin dalam bahagian per trilion kerana OMATECHTM, teknologi penyulingan molekul canggih. 

Minyak ikan diimport dari Epax Norway AS. Menurut Nielsen, PRISTIN adalah minyak ikan No. 1 di Malaysia selama 6 tahun berturut-turut sejak tahun 2008. Selain itu, ia adalah minyak ikan yang paling disukai oleh ahli farmasi berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh USM. PRISTIN disahkan Halal oleh JAKIM dan softgel berasal dari gelatin ikan.


Cara pengambilan Prestin Omega-3 Fish Oil

Ambil 1 softgel setiap hari, selepas makan, atau seperti yang disyorkan secara profesional. Kumpulan umur yang disarankan adalah untuk Orang dewasa, ibu mengandung dan menyusu.




Review dan testimoni sendiri

Fiza amalkan minum FORTI-5 setiap hari, ia bantu bantu kuatkan imun badan, jadi badan kita pun susah la nak sakit kalau sistem imun badan kita kuat. Betul tak?

Dalam satu kotak mengandungi 30 sachet. Cara penyediaan pun mudah, hanya tuangkan serbuk FORTI-5 ke dalam  150ml air suam atau pun sebarang minuman kegemaran kita. Rasa dia pun manis-manis oren dan tiada sebarang bau.



Anak kalau imun badan tak kuat memang akan cepat dapat sakit seperti demam dan selsema. Alhamdulilah, sudah 5 minggu, setiap kali sebelum tidur Fiza akan berikan Thaqif dua butir tablet kunyah FORTI-5 Junior.

 Setakat ini kurang masalah selsema atau batuk. Kalau anak korang cerewet makan pun, bagi je dorang kunyah FORTI-5 Junior nie. Sebab dalam ini ada khasiat buah-buahan dan sayur-sayuran. 


FORTI-5 dan Forti-5 Junior bakal mengubah reka bentuk pembungkusan daripada yang berwarna oren kepada kotak berwarna putih. Walaupun bertukar kotak, khasiat dan manfaatnya masih sama. Jadi kalau korang jumpa FORTI-5 berkotak putih, itulah packaging baru mereka. 

Forti-5 telah berwajah baru

Forti-5 Junior dengan kotak baru berwarna putih

Suplemen vitamin C mempunyai keburukan yang tersendiri buat mereka yang merokok, mengambil minuman beralkohol dan berkafein. Ia sebenarnya boleh mengganggu fungsi suplemen vitamin C itu sendiri. Jadi perlu ingat yer.

FORTI-5 boleh didapati di Alpro Pharmacy seluruh Malaysia. Untuk info lanjut dan pembelian juga boleh layari https://thchealthproducts.com/.

Post a Comment

1 Comments

  1. Menarik tengok minyak ikan forti 5 ni.. thanks for sharing!

    ReplyDelete