Semua jenis seafood celup tepung ada di Mr Celup Tepung Station

Nota : Review ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak dan ianya ikhlas dari hati. Pemulis berniat untuk berkongsi pengalaman yang telah dilalui supaya ia dapat dikongsi bersama pembaca. Segala kos yang terlibat dalam penulisan adalah ditanggung oleh penulis sendiri.


Assalamualaikum. Sebelum PKP, Fiza bersama keluarga mertua sempat bercuti di Kuala Terengganu. Bila kami berjalan-jalan makang angin di Kuala Terengganu memang kami tak akan lepaskan peluang untuk makan seafood celup tepung yang terletak sepanjang Pantai Penarik. Untuk kali ini kami singgah di Mr Celup Tepung Station pula. 


Semua jenis seafood celup tepung ada di Mr Celup Tepung Station | Pada pendapat Fiza sendiri, Negeri Terengganu adalah syurga makanan. Korang tak akan lapar kalau ke Terengganu. Cakap je nak makan apa, nak-nak pula kalau nak cari makanan laut, ala senangnya nak dapat. Bagi korang yang nak cari makanan laut celup tepung boleh ke Mr Celup Tepung Station.


Jangan terkejut kalau sampai sini tiada tempat duduk. Ramainya pengunjung tunggu turn nak ambil meja. Memang terkejut juga sebab kalau ikutkan banyak lagi kedai-kedai yang menjual makanan yang sama. Tapi apa istimewanya di sini. Mesti sebab viral kan? Fiza datang pun sebab viral juga.

Antara menu yang kami sempat cuba adalah udang celup tepung, sata ikan, cucur, keropok lekor dan ikan goreng celup tepung. Memang biasa saja tapi sos pencicah yang melazatkan makanan di sini.


Udang celup tepung

Sebesar jari macam nie, okaylah kan

Sata ikan, ori rasa ikan, ini baru sata

Cucur nie tuk anak Fiza

Keropok lekor terengganu

Ikan celup tepung, sedap ratah ikan macam nie

Pekena air kelapa, rasa macam bercuti di pulau

Antara tarikan lain yang terdapat di sini adalah dekorasinya yang membolehkan pengunjung untuk mengambil gambar. Dengan pemandangan laut yang membiru, memang cantik sangat untuk bergambar.




Lepas kenyang, boleh bawa anak main buih sabun dan layang-layang tepi pantai. Boleh kata memang best lah kalau singgah sini. Dapat hirup bayu laut, hilang sekejap semua masalah kerja bila bercuti macam nie. 

Thaqif pau tok ma dia

Layankan anak main buih sabun
  
Bagi la kami can main buaian kat sini

Depan tu Pulau Redang

Banyak jenis buai ada kat sini

Tempat nie pun nak bergambar kena tunggu turn

Nak repeat lagi? Mestilah. Banyak lagi makanan yang nak dicuba. Kalau balik Kelantan boleh la singgah Terengganu lagi. Destinasi wajib singgah walaupun Fiza bukan orang ganu. Kalau korang nak cari makanan laut celup tepung, singgah Mr Celup Tepung Station. Tak susah pun nak cari sebab ianya terletak di tepi jalan Penarik.

Wassalam.

Post a comment

2 Comments