Khasiat minum Teh Bunga Ros ramai yang tidak tahu

Assalamualaikum. Fiza nak kongsikan mengenai amalan minum teh bunga ros atau putik bunga ros. Ramai yang dah tahu dan bagi yang masih tak tahu, bolehlah teruskan membaca.

Beli di Shopee : https://shp.ee/yyzmays



Khasiat minum Teh Bunga Ros ramai yang tidak tahu | Teh rosebud sangat sinonim dengan "beauty and serenity" dalam bahasa melayunya kecantikan dan ketenangan. Mengikut sejarah, penyair Yunani Sappho adalah orang yang pertama menanam mawar sekitar 500 SM dan beliau digelar sebagai "ratu bunga".

Teh rosebud juga dikenali sebagai “the lady’s tea”, kandungan antioksidan yang tinggi dan mempunyai manfaat kesihatan yang luar biasa, sangat bermanfaat untuk diamalkan terutama bagi golongan wanita. Ia antaranya membantu melegakan kekejangan haid serta menstabilkan tekanan emosi. Secangkir teh rosebud sehari juga membantu mengurangkan penuaan dan menjaga kulit yang berseri dengan menghilangkan bintik-bintik gelap dan menyeimbangkan warna kulit.


Khasiat Teh Bunga Ros 
  • Mengurangkan tekanan, kegelisahan dan kemurungan
  • Membantu meningkatkan sistem ketahanan badan
  • Meningkatkan pencernaan
  • Sifat anti-radang dan antibakteria yang membantu mengekalkan penampilan kulit yang sihat
  • Diuretic semula jadi dan digunakan untuk merawat jangkitan saluran kencing.
  • Boleh merawat gejala haid, termasuk kekejangan dan kembung yang menyakitkan.
  • Mengandungi antioksidan dan vitamin C yang tinggi
  • Alternatif untuk kekal sihat dan bebas kafein
  • Tiada pewarna

Cara penyediaan

1. Ambil 2 atau 3 atau 5 bunga ros dan rendam dalam air panas.
2. Biarkan selama 10 minit hingga bertukar warna kemerahan (boleh digunakan berulang kali)
3. Sedia diminum. Amalkan pengambilan setiap hari untuk kesihatan dan kesegaran yang berpanjangan.



Amalan meminum teh bunga ros sedikit sebanyak mengurangkan sakit kepala yang Fiza alami. Sebelum ini kalau sakit kepala, telan panadol. Bila amalkan minum teh rose, memang rasa kelainan dia dan dah jarang sakit kepala.

Bau ros yang keluar dari rendaman air panas memang sangat best. Kalau nak dapatkan kulit cantik, amalkan je minum teh bunga ros nie. Itu yang Fiza buat. Siapa tak nak awet muda kan.

Nak beli Rose buds nie kat mana. Memang ramai yang jual. Nakkan yang trusted seller, boleh beli di Rose Buds seller. Harga pun tak mahal tapi manfaatnya banyak. 

Post a comment

9 Comments

  1. wah..mcm best je nak try ni..akak ni alergik kalau ckp untuk cantik..laju nak cuba..tambah2 muka tngh bermasalah skrg ni. hehe..

    ReplyDelete
  2. Pernah nak try dulu. Pergi rumah kawan dia tanya nak try tak minum teh bunga ros lepas tu otak ni fikir yang bukan2.

    dok fikir2 kat kelopak ada semut la, ada serangga la..tu sebab tak berani nak cuba..

    hahahha

    ReplyDelete
  3. Tak pernah cuba lagi, bolehlah cuba lepas ni :)

    ReplyDelete
  4. wah... bagus yer kesannya teh rose ni. tak pernah try. huda pun selalu sakit kepala, rasa nak try gak lah

    ReplyDelete
  5. Yaya belum pernah cuba, tapi selalu nampak orang jual.

    ReplyDelete
  6. dulu macam ada baca jugak pasal ni kat fb, ada orang share dan viral :D

    ReplyDelete
  7. bau teh rose memang sedap..
    suka semua yang ada rose scent.. sedap jee bau =)

    ReplyDelete