Resipi Kuih Butir Nangka Paddle Pop tanpa daun pandan

Assalamualaikum. Pencuci mulut bulan Ramadhan yang tidak akan dilupakan ada butir nangka atau butir nako. Selalunya banyak dijual bazar Ramadhan. Tahun ini kita cuba buat sendiri. Lagipun tidak susah mana pun. Bahan utama adalah santan dan tepung beras pulut. Untuk resipi kali ini juga Fiza tidak menggunakan daun pandan sebab tiada di rumah.

Kuih Butir Nangka Paddle Pop

Bahan-bahan butir Nangka
🔹1 cawan tepung beras pulut
🔹Pewarna biru
🔹Pewarna sirap
🔹Pewarna jagung

Cara membuat butir nangka
1️⃣Uli tepung beras pulut dicampur sedikit air. Bahagikan 3 bahagian untuk 3 warna.
2️⃣Bentukkan seperti butir nangka
3️⃣Panaskan air dalam periuk untuk mula merebus.
4️⃣Masukkan butir nangka dan tunggu sehingga ia timbul (tanda masak)
5️⃣Angkat dan rendan dalam air sejuk seketika.


Bahan-bahan kuah
🔹Sekotak santan kelapa Ayam Brand
🔹Gula dan garam
🔹1/2 sudu kecik Halba

Cara Memasak
1️⃣Satukan semua bahan dalam periuk.
2️⃣Kacau perlahan-lahan sehingga menggelegak.
3️⃣Masukkan gula dan garam secukup rasa.
4️⃣Masukkan butir nangka, kacau sebentar dan siap.


Halba
Uli tepung beras pulut dan bahagikan kepada 3 warna

Bentukkan seperti butir nangka
Rebus sehingga timbul
Sejukkan dalam air untuk elakkan melekat
Masak santan bersama halba, dan masukkan butir nangka
Siap untuk dimakan
Memang tak susah pun cuma renyah. Itu biasalah kalau nak buat kuih. Nak makan punya pasal terpaksalah buat kan. Jadinya selamat mencuba.

Wassalam.

Post a comment

5 Comments

  1. ceria sungguh warna. macam play-doh. ahha

    ReplyDelete
  2. ingat td mmg betoi2 rasa nangka.. hehe..

    cumanya sebesar bijik nangka.. nyum2

    ReplyDelete
  3. Hi.. i from bangladesh I have benefited a lot from visiting your site. Thank you

    ReplyDelete
  4. warna tu menarik... nanti akak nak cuba buatlah

    ReplyDelete