Resipi Cucur Bawang Holland lembut, gebu dan sedap

Assalamualaikum. Percubaan pertama kali buat cucur yang lembut dan gebu seperti beli di tepi jalan. Mulanya niat nak buat cucur udang, tapi stok udang dalam peti pula tak cukup. Jadinya Fiza tukar dengan bawang. Rasanya, alamak sama macam beli kat tepi jalan tau. Nak tahu rahsia dan resipinya. Mari Fiza hendak kongsikan.


Bahan-bahan:

500gm tepung gandum
1 biji telur
1/2 paket yis (campur bersama sedikit gula dan air suam, biarkan berbuih)
Garam
Serbuk kunyit
Air untuk bancuhan
Daun kucai
Bawang Holland
Minyak masak

Cara Penyediaan:

1. Campurkan yis bersama air masak dan gula, biarkan ia berbuih.
2. Sediakan mangkuk besar. Gaulkan tepung, serbuk kunyit, garam. Masukkan telur, bancuhan yis dan air.
3. Kacau sehingga sebati,. Masukkan daun kucai, bawang holland. 
4. Panaskan minyak dan boleh mula menggoreng. Kalau ada udang bolehlah letakkan udang ada bancuhan yang hendak digoreng.
5. Tuangkan sesudu bancuhan, ikut citarasa besar mana cucur, goreng. Agak kekuningan bolehlah angkat. 
6. Siap untuk dihidang.

Lembut dan gebu
Cucur bawang Holland
Senang bukan. Untuk lagi gebu, lepas bancuhan tepung, biarkan seketika sebelum mula menggoreng. Korang akan tengok sebatian gebu sebelum menggoreng. Cicah pula dengan sos cili lingam lagilah menyengat. Tak sedar makan-makan habis.

Selamat mencuba.

Post a comment

2 Comments

  1. Esok sis nak buat cucur udang la....ermm...dapnyaaaa

    ReplyDelete
  2. wah menarik. bolehlah cuba cucur bawang holland ni lain kali.

    ReplyDelete