Cabaran Covid : Bagaimana anda sebarkan kebaikan anjuran VIP Parents dan WHO

Assalamualaikum. Sepanjang tempoh PKP nie, mujur anak-anak tak merungut nak bermain di luar rumah. Kami sediakan ruangan mini playground untuk anak-anak bermain dan belajar.


Pelbagai aktiviti yang saya lakukan bersama anak salah satunya adalah dengan menyediakan buku mewarna yang dipersonalisasi sendiri menggunakan printer di rumah dan kami warna bersama setiap hari.

Kenapa hendak jemu bila ada peluang yang berharga bersama anak-anak? Waktu PKP inilah saya manfaatkan sepenuhnya untuk bersama keluarga dan mengajar mereka untuk membuat kerja rumah.

Jom lakukan aktiviti yang bermanfaat bersama anak di rumah semasa tempoh penjarakkan sosial ini. Semaikan kasih sayang sepenuhnya bila bersama keluarga. Bersama kita hapuskan rantaian COVID-19.

Fiza nak ajak korang sama-sama menyertai Cabaran Covid ini.

Aktiviti mewarna bersama anak

#spreadkindnessnotvirus #vipmums #viralkindness #vipparents #coronavirus #covid19 #stayhome #dudukrumah #bloggerMY #parentingblogger

Post a comment

2 Comments

  1. print colouring book tu sendiri ya.. menarik juga.
    sebab banyak je kan material yang blh buat dapat di internet..

    ReplyDelete
  2. i'll just stay at home

    ReplyDelete