Find us on Facebook

K-Drama Review : Touch Your Heart

Assalamualaikum. Jadi bersemangat nak review drama korea yang Fiza dah tengok dan kalau boleh korang pun layan sekali kalau belum. Kalau sudah, korang memang k-drama fans betul. Okay drama tahun 2019 lagi, Touch Your Heart gandingan si handsome dan si cantik. Sebelum ini dorang berlakon dalam drama Goblin, siapa dapat teka? Siapa lagi kalau bukan Yoo In-na dan Lee Dong-wook.


Tajuk : Touch Your Heart
Genre : Romantik Komedi
Rangkaian Siaran : tvN
Jumlah Episod : 16
Tarikh Tayangan : Februari 2019

Sinopsis
Memegang watak sebagai bekas Pelakon terkenal Oh Jin-shim, nama stage Oh Yoon-seo, mempunyai rekod skandal yang telah merosakkan kariernya. Oleh sebab itu dia meninggalkannya kariernya selama dua tahun. 

Untuk mendapatkan kembali peranan dalam siri televisyen utama yang akan datang, dia setuju untuk mendapatkan pengalaman di sebuah firma undang-undang, bekerja sebagai setiausaha kepada peguam yang bernama Kwon Jung-rok. 

Kwon Jung-rok seorang yang tegas dan pada awal Oh Jin-shim hendak melaksanakan tugasnya sebagai setiausaha memang sangat lucu. Boleh dikatakan  Kwon Jung-rok seorang yang lurus dan hanya memberi tumpuan terhadap kerja sahaja. Akhirnya, mereka jatuh cinta dan peristiwa seterusnya menjadi inti cerita mereka berdua.

Pelakon utama 



Yoo In-na

Lee Dong-wook

Lee Sang-woo 

Son Sung-yoon

Genre romantik komedi memang best kalau cerita korea, layan sangat lakonan mereka berdua memang sweet jer. Sesuai juga kalau jadi couple dorang nie tapi harap tak lah. Rating macam biasa 10/10 sebab bagi Fiza kalau cerita dah tamat pun rasa mcm tak cukup maknanya memang cerita tu best. 

Post a Comment

2 Comments