Find us on Facebook

9 sebab kenapa perlu pilih produk tilam dan bantal GETHA 100% Natural Latex

Assalamualaikum. Alhamdulillah dan syukur sangat apabila diberikan kesihatan yang baik. Ditambah dengan musim Covid-19, bukan sahaja kesihatan tubuh badan yang perlu diutamakan, kesihatan mental, rehat yang secukupnya, tidur yang lena memainkan peranan yang penting bagi memastikan tubuh badan kita sentiasa dalam keadaan yang sihat. 


Tidur yang cukup sahaja tidak mencukupi tetapi tidur yang berkualiti itu sangat penting. Kajian oleh American Academy of Sleep Medicine (AASM) mendapati orang dewasa yang berumur 18-60 tahun memerlukan tidur selama 7 jam setiap malam. 

Walau bagaimanapun. fakta sebenarnya adalah satu pertiga daripada jumlah orang di seluruh dunia tidak dapat memenuhi waktu tidur yang disyorkan. Tidur yang berkualiti sebenarnya sangat mempengaruhi kualiti kesihatan kita. 


9 sebab kenapa perlu guna produk tilam dan bantal Latex Getha | Bagi mendapatkan tidur yang berkualiti secara semulajadi, pilihan Fiza adalah dengan mendapatkan bantal Latex jenama Getha. 

Getha adalah Jenama Malaysia, dibuat di Malaysia untuk Dunia. GETHA 100% Natural Latex direka secara semula jadi, sesuai dengan kelengkungan badan, memberikan sokongan anatomi untuk kepala, leher, bahu dan tulang belakang. Sokongan ini secara dramatik dapat mengurangkan gangguan tidur.

GETHA 100% Natural Latex memberikan tidur yang lena

GETHA 100% Natural Latex juga telah memenangi World Branding Award untuk 5 tahun berturut turut serta memperoleh banyak anugerah berprestij, sebagai pengiktirafan dalam jenama dan kecemerlangannya. 

World branding Awarg untuk 5 tahun berturut-turut

Keistimewaan GETHA 100% Natural Latex bukan hanya untuk membantu mereka yang mempunyai masalah mendapatkan tidur yang berkualiti tetapi oleh kerana bahan yang digunakan adalah dari alam semula jadi, Getha menyedari perlunya melindungi alam sekitar untuk masa depan. 

Ia menggalakkan amalan pengilangan yang terbaik untuk memastikan alam sekitar dikekalkan dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. 


Pilihan Fiza mestilah GETHA 100% Natural Latex 

Ciri dan Kelebihan GETHA 100% Natural Latex:

• Ratusan lubang yang ada menciptakan sistem pengudaraan semula jadi dengan unit takungan udara bagi memastikan aliran udara segar yang berterusan. Ini membolehkan haba dan kelembapan badan hilang sepanjang tidur sekaligus memberikan anda kesegaran dan keselesaan.

• Tahan lama dan direka untuk keselesaan tertinggi, tidak akan penyek, tidak perlu gosok dan bentuknya menyokongnya kekal selama bertahun-tahun. 

• Dibasuh sebelum proses pembuatan untuk memastikan kebersihan. Mempunyai sifat antimikroba semula jadi yang menentang tungau, debu dan alergen lain, serta tahan kulat. 

• Telah diuji dan diluluskan terhadap bahan berbahaya mengikut keperluan ECO Eropah. Ia tidak beracun, secara semula jadi hypoallergenic dan sesuai untuk penghidap alergi dan asma. 

• Semula jadi sesuai dengan kelengkungan badan, memberikan sokongan anatomi untuk kepala, leher, bahu dan tulang belakang. 

• Direka khas dan dibentuk, Getha 100% Natural Latex ditoreh terus dari sumber asli bumi - pokok getah, dan dihasilkan dengan piawaian dendam. Ia mesra alam dan mesra alam 


Sebab itu Fiza memilih untuk mendapatkan antara 3 produk bantal GETHA 100% Natural Latex iaitu: 
  • GETHA Contour Latex Pillow 
  • GETHA Massage Latex Pillow 
  • Osteo Care Bolster 
Ketiga-tiga bantal ini didatangkan dengan fungsi yang tertentu. Ini bagi membantu memastikan mereka yang mempunyai masalah dalam mendapatkan tidur yang berkualiti dapat memilih bantal yang sesuai dengan mereka. 



GETHA Contour Latex Pillow sesuai untuk tidur mengiring 

Kalau suka tidur mengiring, memang elok pakai Contour Latex Pillow. GETHA 100% Natural Latex Contour Pillow mengikuti reka bentuk bentuk leher semula jadi untuk memberikan sokongan kepala, leher dan bahu yang diperlukan untuk menghilangkan ketegangan semasa tidur. 

Ketinggian tambahan berfungsi sebagai penggalak tenaga untuk tidur siang yang cepat kerana bentuk kontur bagi meletakkan leher dengan selamat di kedudukan yang betul. 

Latex Contour Pillow

Dengan Size: L 63 x W 37 x H 13 cm, memang sangat ideal untuk kepala dan leher orang dewasa. Pilihan yang sangat baik untuk tidur sisi. Bila tidur mengiring, reka bentuk berbentuk kontur semula jadi akan menyokong kepala, leher dan bahu sehingga tulang belakang mengekalkan garis lurus dan mendatar secara semula jadi. 

Size: L 63 x W 37 x H 13 cm 

Memberi sokongan untuk kepala dan leher

Ratusan lubang untuk sistem pengudaraan semula jadi
dan mudah lentur serta tidak mudah penyek

GETHA Massage Latex Pillow membantu mengurangkan kepenatan harian

Rutin harian memang memenatkan bagi Fiza sebagai seorang suri rumah dan juga bekerja. Kalau penat sangat pun kadang kala susah nak tidur. Inilah sebabnya Fiza memilih GETHA Massage Latex Pillow. Ia sangat membantu untuk memberi urutan lembut semasa kita memusingkan badan. Bantal Urut Lateks GETHA memberikan pilihan kedudukan leher berkontur lebih tinggi atau bawah untuk sokongan maksimum untuk kepala, leher dan bahu.

Massage Latex Pillow

Bersaiz L 57 x W 34 x H 12 cm, reka bentuk GETHA Massage Latex Pillow memberikan “Pressure Point Massage” kepada individu semasa tidur.Bantal juga dilengkapi dengan pilihan pilihan kedudukan leher kontur yang lebih tinggi atau bawah untuk memastikan keselarasan bahu leher dan tulang belakang yang betul.


Bersaiz L 57 x W 34 x H 12 cm

Tidur mengiring dengan selesa

Ratusan lubang untuk sistem pengudaraan semula jadi
dan mudah lentur serta tidak mudah penyek

Osteo Care Bolster bantal peluk 

Osteo Care Latex Bolster 

Bantal peluk Osteo Care Latex Bolster adalah pilihan Fiza yang suka tidur pakai bantal peluk. Kalau yang jenis tidur mengiring atau sisi, bolster sesuai digunakan bagi mengurangkan ketegangan di bahagian belakang dan memberikan sokongan penting. 

Sedap peluk sebab besar dan rasa selesa


Getha diterima secara meluas di pasaran antarabangsa kerana reka bentuk produknya kontemporari dan bergaya dan kualitinya sesuai dengan spesifikasi dan ujian antarabangsa. Ia telah mendapat pengiktirafan dari ECO Umweltinstitute, Jerman, Oeko Tex, Switzerland dan Lembaga Getah Malaysia yang terkenal di dunia. Penyelidikan dan pengembangan yang berterusan telah menjadi kunci kepada pertumbuhan dan kejayaan jenama.

100% getah asli lembut dan selesa

Inilah sebab kenapa Fiza memilih GETHA 100% Natural Latex

Oleh sebab itu Fiza memilih Getha sebagai teman bagi mendapatkan tidur yang lena serta berkualiti. Produk GETHA 100% Natural Latex yang tahan lasak dan bermutu tinggi sangat berpadanan dengan harga. 

Terima kasih Getha Malaysia atas produk hebat ini. GETHA 100% Natural Latex juga terdiri daripada tilam, bantal dewasa, kusyen, baby series, junior series dan juga aksesori bilik tidur. 

Getha kini menawarkan 60 Nights Risk-Free Trial, hanya untuk masa terhad. Untuk info lanjut serta pembelian, layari website dan sosial media Getha seperti di bawah:

Facebook : Getha
Instagram : @gethabedding

    Post a Comment

    19 Comments

    1. Syoknya tidur...dapat tidur yang berkualiti, bangun pagi cergas je kan.

      ReplyDelete
    2. alahai..sedapnya dapat bantal macam ni.mesti lena tidur dan paling penting dapat tidur yang berkualiti kan?

      ReplyDelete
    3. tengok pun dah rasa sleepy ni

      ReplyDelete
    4. Wah bestnya...ni blh buat tidur tak bangun2

      ReplyDelete
    5. macam seronok je tidur atas bantal tu..teringt cite cina zmn dlu2..mcm bantal tu

      ReplyDelete
    6. Kalau macam ni, lena sangat tidor jadinya. Anak menangis kat sebelah confirm tak dengar terus 😅

      ReplyDelete
    7. Uiii menariknya produk Getha ni. Memang dah well known kan brand ni

      ReplyDelete
    8. Best yer dapat tidur tilam dan bantal empuk

      ReplyDelete
    9. Nampak pun best bantal dia tu. Nampak lembut dan selesa je.. Kepala tak sakit

      ReplyDelete
    10. pemilihan bantal & tilam pun penting kan kalau nk tidur nyenyak hehe

      ReplyDelete
    11. Sal pun part bantal memang memilih..apa salahnya beli yang berkualiti demi tidur yang sempurna ..

      ReplyDelete
    12. Marsha memang aim getha ni...tilam dia pun best kan?

      ReplyDelete
    13. mcm best je ni..pasti tido lena dpt tilam & bantal yg empuk

      ReplyDelete
    14. mcm best je ni..pasti tido lena dpt tilam & bantal yg empuk

      ReplyDelete
    15. Nampak selesa sangat tu.

      ReplyDelete
    16. Saya dah cuba. Tidur mmg tak berdengkur saya rasa. Cuma org sebelah je la tahu lebih detail.

      ReplyDelete
    17. nampak lembut sangat bantal tuu...memang selesa laa tidur kan

      ReplyDelete