Find us on Facebook

Kenapa mata berair padahal tak sakit mata

Assalamualaikum. Teringat masa zaman praktikal di MINDEF, Fiza menetap sementara di AU3 rumah tok saudara. Waktu pagi Fiza akan pergi praktikal dengan tok saudara yang juga bekerja di situ. Kami keluar rumah seawal 6.45 pagi dengan menaiki kereta yang dipandunya. Pada waktu itu juga tok saudara tidak tahan dengan air cond kereta yang sejuk. Bukan tak tahan sejuk tapi matanya berair dan sambil bawa kereta pun dia mengesat air mata.

Mata berair tapi tidak sakit

Pada mulanya Fiza ingatkan dia menangis setiap kali bawa kereta, rupanya mata tok tak tahan air cond. Dalam hati kesiannya kalau macam tu, memang susah nak bawa kereta. Itu kisah lebih kurang 10 tahun lalu. 

Tahun baru dan sudah hampir seminggu Fiza juga mengalami perkara yang sama. Pada mulanya Fiza ingatkan sakit mata, tapi mata tak merah tak gatal. Bila masuk kereta buka air cond mulalah mata berair. Sampaikan terpaksa lap dengan tisu. Tak habis di situ, masuk pejabat pun asyik lap air mata je. Alahai kenapa nie? Fiza pun teringat kisah tok sedara. Sekarang ini pun tisu atas meja buat lap air mata jer.

Kenapa mata berair padahal tak sakit mata | Sempat juga baca punca-punca mata berair dan salah satu daripadanya adalah berkait dengan proses penuaan. Redha jelah sebab memang umur pun makin meningkat.

Antara penyebab lain mata berair :

  • Cuaca persekitaran
  • Saluran air mata tersumbat (pada bayi)Kesan sampingan ubat-ubatan tertentu
  • Radang kelopak mata
  • Trichiasis
  • Tergores pada mata
  • Bisul pada mata
  • Mata kering
  • Mata masuk benda asing
  • Tumbuhnya bulu mata ke dalam dan bukannya ke luar
  • Keratitis (radang pada kornea mata)
  • Konjungtivitis (radang mata yang ditandai dengan mata merah)
  • Infeksi saluran air mata
  • Paparan cahaya yang terlalu terang
Banyak penyebabnya. Tapi untuk betul-betul kepastian perlu rujuk doktor mata juga. Harap sangat masalah ini tidak berpanjangan. Mungkin juga Fiza terlalu penat kerana rutin harian terlalu berubah sejak Thaqif mula tadika. 

Wassalam.

Post a Comment

4 Comments

  1. waalaikumussalam. oh patut lah. kadang hairan jugak tetiba keluar air mata. rupanya ada sebab nya :D

    ReplyDelete
  2. Kadang sebab AC ataupun silau... Pedih.. Make sure pakai sunglasses ok

    ReplyDelete
  3. mata terlalu penat sebab tengok skrin terlalu lama
    selalu juga kena

    ReplyDelete
  4. Kesiannya Fiza. Mata sensitif ke?

    Banyak jugak penyebab mata berair ni.

    Ruby pun ada jadi berair kalau terlebih penat sangat. Dan memang jenis mata tak tahan dgn cahaya.

    ReplyDelete