Find us on Facebook

Tanda-tanda bayi Huwainaa tumbuh gigi

Assalamualaikum. Sebagai mama memang sangat teruja bila baby mula tumbuh gigi. Pada masa yang sama juga ia menunjukkan bayi kita sudah besar. Tapi proses untuk mulanya tumbuh gigi bagi bayi bukannya mudah. Ada pelbagai tanda yang mama boleh perasan atau tiba-tiba sahaja nampak gigi mula hendak tumbuh.



Tanda-tanda yang Fiza perhatikan pada Huwainaa tidak semuanya sama dengan Thaqif. Thaqif mula tumbuh gigi pun masa umur hampir setahun dan tidak ada ragam langsung. Huwainaa mula tumbuh gigi seawal umur 7 bulan.

Demam

Memang Huwainaa demam. Setakat 4 batang gigi tumbuh sudah dua kali dia demam. Apa yang perlu Fiza lakukan cuma kawal demam Huwainaa supaya tidak terlalu panas.

Gusi Sakit

Gusi akan kemerahan dan bayi akan merengek. Huwainaa memang kuat merengek mungkin gusinya sakit sebab tanda kemerahan sukar untuk dilihat.

Kurang Makan

Betul. Huwainaa kurang menyusu dan kurang makan. Ketika awal pertumbuhan gigi, Huwainaa nampak kurus sebab kurang susu.

Pengeluaran Air Liur

Masa awal-awal sebelum tumbuh gigi memang air liur Huwainaa banyak sangat keluar. Rupanya petanda hendak tumbuh gigi.


Sering Menggigit

Gusi tidak selesa buatkan Huwainaa pantang nampak permainan semuanya hendak masuk mulut. Fiza belikan Smooth Teether untuk dia gigit.


Nampak tak gigi bawah kita

Sebagai mama memang perlu banyak bersabar kerana bagi bayi proses tumbuh gigi memang sangat menyakitkan. Merengek, menangis, tidak mahu dibiarkan berseorangan memang terjadi pada Fiza sekarang. Itu baru 4 batang gigi. Ada lagi 16 batang gigi lagi menanti.


Wassalam.

Post a Comment

3 Comments

  1. Demam dan air liur meleleh tu sama dengan anak Sha.. Sekaran Imani nak tumbuh gigi kekal dia jadi ulser pula dekat gusi..

    ReplyDelete
  2. atototot tomey dia. lepas ni sengih ada gigi daaa =D

    ReplyDelete