Hadiah GA Tobi Travel Steamer

Assalamualaikum. Alamak lama betul tinggalkan blog Fiza nie. Mana tak nya, cuti panjang 4 hari Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong 2018 dan Awal Muharam, Fiza sekeluarga balik kampung Mertua di Kelantan.  

Balik ke Rawang kerja sehari, Huwainaa pula demam panas 4 hari, Fiza pun terpaksa EL dan sambung cuti Hari Malaysia. 5 hari cuti lagi. Semalam alhamdulillah Huwainaa dan sihat. Mama pun tak risau bila dia kembali segar ke nursery pagi ini.

Kembali kepada entry lepas, parcel yang Fiza terima adalah hadiah daripada segmen Guess My Weight Giveaway anjuran Blogger Abam Kie. Rezeki berpihak pada Fiza apabila memenangi Tobi Travel Steamer.

Parcel diterima dengan selamat




Kalau travel lepas ini boleh la bawa portable iron nie. Balik kampung pun boleh bawa, tak perlu nak guna papan seterika. Ringan dan senang untuk dibawa ke mana-mana. 

Terima kasih Abam Kie atas penganjuran GA dan terima kasih buat Raydah selaku sponsor hadiah yang Fiza terima ini.

Wassalam.

Post a comment

5 Comments