Find us on Facebook

Apa yang best di Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor Kelantan

Assalamualaikum. Syukur masih dapat update blog walaupun jarang-jarang dan kadang-kadang. Sambungan daripada penulisan yang lepas, cuti 4 hari Fiza sekeluarga ke kampung memang selalunya akan dimanfaat sepenuhnya. Kali ini misi kami jalan-jalan cuci mata di Tumpat, Kelantan.

Selepas ke Pantai Sri Tujuh, melawat Muzium Wau dan Kraf, kami terus bertolak ke Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Memandangkan ia hanya 5 KM daripada Pantai Sri Tujuh.

Ini kunjungan kalau tidak salah Fiza untuk kali ketiga. Kami jarang ke sini sebab jauh. Memandangkan jarang ke sini pada mulanya kami ingatkan pintu masuk ke kawasan pengkalan kubor telah berubah. Rupanya kami datang ikut laluan yang lain. Jadi tidak salah bila terpaksa jalan kaki melalui Jabatan Kastam sebelum memasuki kedai-kedai.


















Kami ke sini tiada hajat untuk membeli apa-apa pun tapi terbeli kipas tangan untuk Thaqif dan 2 utas jam tangan. 

Perut pun sudah lapar. Apa lagi keluar dari sini dan cari makan pula. Di tepi-tepi jalan banyak kedai-kedai makan. Kami singgah satu gerai tepi jalan yang diberi nama DSY Conner. Antara menu yang menarik perhatian adalah Mee Cambo.


Mee Cambo Special

Seperti mee sup tapi rasa dia memang betul-betul sedap dan memang Fiza hirup sampai licin mangkuk

Nasi Goreng DSY Muah Muah
Nasi goreng dengan udang. Nama pun pelik tapi rasa nasi goreng biasa.


ABC Nangka Madu Tiga
ABC yang paling sedap Fiza pernah rasa. 
Rasa macam makan ais krim rainbow 

Habis sudah cerita perjalanan satu hari berjalan-jalan di Tumpat, Kelantan. Penat berjalan dengan anak-anak tambah pula bila sudah pandai minta beli macam-macam tapi tetap seronok sebab dapat bawa Ma dan Abah berjalan juga.

Wassalam.

Post a Comment

1 Comments