Pengalaman mengambil Ujian Memandu Kenderaan

Assalamualaikum. Malu juga nak kongsi pasal ambil ujian memandu bagi mendapatkan lesen kereta. Mana tak nya umur dah lebih 25 baru nak ambil lesen. Tapi nak malu buat apa kan, kalau tiada lesen, memandu, kena saman lagi malu. Betul tak.

Untuk pengetahuan korang, Fiza ambil ujian memandu di Akademi P.S Samy Sdn Bhd yang terletak di Kuala Kubu Bharu.

Alhamdulillah, walaupun ujian online susah, tapi lulus juga. Result 44/50. Soalan belit-belit mau pening hakak dibuatnya.  Janji lulus. Tak lulus lagilah stress.


muke cuak sblm exam

baca jangan tak baca

Bilik ujian online

bilik briefing sebelum ambil ujian



Minggu depan bermulalah amali 6 jam, belajar bawa kereta. Nak kena susun jadual memandu, lambat buat lambatlah settle, lambatlah dapat lesen. Road to ambil lesen bermula. Doakan Fiza berjaya mendapatkan lesen kereta. In syaa allah. 

Post a comment

0 Comments