Find us on Facebook

Rasai Kelazatan Sajian Berasaskan Tumbuhan yumeat™ di Pesta Makanan Sihat AEON

Berkhasiat dan kaya dengan rasa dalam setiap suapan


Menurut Tinjauan Tabiat Peribadi Asia Pasifik, pemakanan yang tidak seimbang merupakan salah satu amalan tidak sihat utama di pelbagai negara Asia Pasifik, termasuk Malaysia. Malah, sebilangan rakyat negara ini yang ingin berhenti atau mengubah amalan yang mereka mulakan semasa pandemik lalu. Berapa kerapkah anda memikirkan cara untuk mencapai kehidupan sihat?

Bagi mereka yang berhasrat untuk membuat perubahan ke arah gaya hidup yang lebih baik atau ingin mendapatkan cara terbaik untuk menambah pengambilan nutrien dalam diet, nikmati kelazatan sajian berasaskan tumbuhan yang sihat dan enak, yumeat™, di La Boheme Bakery dan AEON Delicatessen sempena Pesta Makanan Sihat AEON dari 1 hingga 30 November 2023.

Direka dan disediakan dengan rapi oleh chef dan master baker yang berpengalaman bagi memastikan sajian yang disediakan seimbang, sihat dan lazat, hidangan yang ditawarkan semasa tempoh ini adalah pelbagai dan merangkumi masakan tempatan, Barat, Itali dan Jepun termasuk nasi goreng, pasta, set sushi, roti dan pastri.


Sementara itu, sesetangah hidangan adalah berasaskan tumbuhan sepenuhnya atau mesra vegetarian, ada yang turut mengandungi telur dan ikan. Kesemua hidangan dilabel dengan jelas dan disediakan dengan memenuhi standard khasiat dan kaya dengan rasa yang tentunya memuaskan selera.

Chef dan master baker dari AEON memilih yumeat™ memandangkan ia merupakan daging berasaskan tumbuhan sedia dimakan yang stabil di rak pertama di Malaysia. Ia dihasilkan daripada ramuan berkualiti tinggi yang menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dan bersifat mesra alam.

Pesta Makanan Sihat AEON memaparkan yumeat™ kerana ia mengandungi sehingga 10 gram protein bagi setiap hidangan 100 gram, pada masa sama menyediakan tekstur dan rasa daging yang diingini tanpa perlu risau akan kandungan kolesterol. yumeat™ terdiri daripada ramuan bersih serta protein tumbuhan seperti kacang soya bukan GMO, gandum, oat dan cendawan. yumeat™ juga bebas daripada kandungan hormon dan antibiotik.

Kunjungi Pesta Makanan Sihat AEON di La Boheme dan AEON Delicatessen berhampiran bagi menikmati sajian yumeat™ yang enak dan sihat. Produk-produk yumeat™ yang digunakan dalam resipi-resipi ini termasuk Daging Berasaskan Tumbuhan Pedas dan Daging Kisar Berasaskan Tumbuhan dalam Minyak.

Pilihan enak dan sihat ini merupakan pilihan mesra poket yang sesuai untuk dinikmati setiap hari mahupun pada hari-hari istimewa. Produk yumeat™ dijual pada harga berpatutan, daripada RM3.90 sehingga RM18.90.

Pilihan Istimewa yumeat™ di AEON Delicatessen sempena Pesta Makanan Sihat AEON

Antara sajian kegemaran kami di AEON Delicatessen termasuk Spaghetti Bolognese berinspirasikan ala-ala Itali yang mengandungi Daging Kisar Berasaskan Tumbuhan dan cendawan saute serta aglio olio klasik dengan Daging Berasaskan Tumbuhan Pedas.

Selain itu, cubalah nasi goreng kegemaran ramai dengan pilihan Nasi Goreng Kampung bersama Daging Berasaskan Tumbuhan Pedas atau Nasi Goreng Cina dengan Daging Berasaskan Tumbuhan Pedas, kedua-duanya enak dengan rasa ‘kick’ kepedasan yang tentunya mengundang selera anda.

Jangan lepaskan peluang untuk merasai hidangan Sushi Berasaskan Tumbuhan yumeat™. Set yang terdiri daripada 4 biji sushi itu menampilkan topping unik yang terdiri daripada Daging Kisar Berasaskan Tumbuhan dalam Minyak dan Daging Berasaskan Tumbuhan Pedas yumeat™. Cuba Kombo Sihat Set Sushi A atau B yang memperkenalkan sushi berasaskan tumbuhan di samping sushi kegemaran seperti nigiri (ikan) dan sushi roll.



Keenakan yumeat™ di La Boheme, Eksklusif di Pesta Makanan Sihat AEON

Roti atau pastri yang lazat adalah snek yang memuaskan selera. Malah, bagi mereka yang tidak makan banyak, ia boleh menjadi hidangan utama.

Dapatkan pilihan berasaskan tumbuhan yang enak ini di La Boheme Bakery termasuk Luncheon Croissant Mini yang berintikan Daging Kisar Berasaskan Tumbuhan goreng, daun salad, cili dan sos tartar, dihiasi dengan buah zaitun hitam.

Sementara Mushroom Meat Galette memaparkan baguette berkerak ranggup dengan inti Daging Kisar Berasaskan Tumbuhan serta cendawan. Manakala sajian berinspirasikan ala-ala Mexico, Tartar Jalapeno Delight, bersama campuran sos tartar dan Daging Kisar Berasaskan Tumbuhan serta jalapeno.



Nikmati Eggcellent Luncheon Danish yang mengandungi Daging Berasaskan Tumbuhan Pedas yumeat™, hirisan lada benggala, mayonis dan telur. Bagi penggemar keju pula, Cheesy Meaty Bread menampilkan campuran keju bersama Daging Kisar Berasaskan Tumbuhan, lada benggala, buah zaitun hitam, mayonis dan tambahan keju bagi memperkayakan lagi rasa hidangan ini.

Daging Berasaskan Tumbuhan Klasik dan Pedas yumeat™ boleh didapati pada harga RM12.90 untuk tin 360 gram. Daging Kisar Berasaskan Tumbuhan dengan Pes Kacang disediakan pada harga RM6.25 bagi tin 195 gram.

Dapatkan produk baharu yumeat™, Daging Kisar Berasaskan Tumbuhan pada harga RM7.50 untuk pek 200 gram. Ia hanya boleh didapati di platform Shopee dan Lazada pada November hingga Disember 2023.

Produk yumeat™ boleh didapati secara meluas di rangkaian Aeon, Aeon Big, Giant, Jaya Grocer, MYDIN, Hero, 99 Speedmart, Village Grocer, Bens atau mengunjungi laman Ayam Brand Official di Shopee dan Lazada.

Ikuti https://www.facebook.com/yumeat.malaysia atau https://www.instagram.com/yumeat.malaysia/ untuk mendapatkan maklumat lanjut, resipi dan promosi-promosi menarik.

Post a Comment

0 Comments