Find us on Facebook

AYUWAN MENAMPILKAN PENYANYI SENSASI ERNIE ZAKRI SEBAGAI DUTA JENAMA

Ayuwan, jenama tudung dan skarf tempatan dikenali dengan dedikasinya yang menjunjung kualiti tanpa mengetepikan rekaan dalam menuruti trend semasa. Demikian, Ayuwan berbesar hati mengumumkan usaha samanya dalam melantik 
penyanyi bervokal lantang, Ernie Zakri sebagai duta jenama rasminya. Lantas, melayangkan era baharu buat jenama dengan mempertaruhkan himpunan rekaan yang sofistikated dalam memperkasakan fesyen Muslimah tempatan.

Ernie Zakri Duta Ayuwan

Pengumuman dibuat sewaktu pelancaran album baharu Ernie Zakri yang berjudul “AURA”. Pada majlis itu, penyanyi bersuara emas ini menandatangani sebuah plak khas yang dihiasi dengan gambar dirinya yang tampil menggayakan skarf menawan kreasi kreatif Ayuwan. Pengendorsan bersama Ernie ini meneruskan kesinambungan kualiti juga nilai estetika himpunan tudung Ayuwan yang mempesonakan.  

Ernie Zakri menandatangani poster sebagai Duta Ayuwan

Ernie Zakri bersama wakil Ayuwan Nur Diyana Afiqah dan Mohd Azuan

Kolaborasi bersama Ernie Zakri menjadi detik bersejarah bagi Ayuwan, lalu membuka peluang buat pangkalan pelanggan yang lebih meluas lagi pelbagai. Kehadiran Ernie mewarnai lapangan seni hiburan tempatan, merangkumi intipati komitmen Ayuwan yang mana menjulang keanggunan, keperibadian, serta kecantikan abadi. Berkarisma lagi bersopansantun menjadikannya pilihan ideal sebagai wajah Ayuwan.

Gaya peribadinya ditambah pula dengan cara penataan skarf yang tersendiri, imej Ernie Zakri selari dengan barisan produk Ayuwan. Dengan kehadiran Ernie Zakri, Ayuwan teruja untuk meneroka lalu melaksanakan koleksi eksklusif yang menggabungkan gaya penghibur terkemuka itu. Kolaborasi ini bakal menawarkan pelanggan Ayuwan akses kepada pengalaman fesyen yang benar-benar unik dengan rekaan yang mengikuti trend semasa.

Nur Diyana Afiqah wakil Ayuwan bersama model

“Saya sangat gembira dalam masa yang sama juga teruja. Ayuwan mencerminkan minat saya dalam fesyen dan membolehkan saya berkongsi gaya peribadi serta kreativiti saya dalam menggayakan tudung. Saya juga bakal mengongsi cara penggayaan yang saya gemari secara peribadi dengan peminat dalam masa ke semasa. Jadi, tunggu akan tutorial saya,” kata Ernie Zakri.





Mengambil lokasi di Sunway Putra Mall, peminat Ernie Zakri berhimpun bagi menyaksikan pengumuman usaha sama serta pelancaran album baharunya. Para tetamu yang hadir dipersembahkan dengan pementasan peragaan himpunan skarf yang membiaskan aura glamor Ayuwan. Pementasannya memperlihatkan barisan produk utamanya; termasuk koleksi Desa, Spora, Pancawarna, Birai dan Gemala. Selain itu, Ernie turut membuat persembahan dengan menyampaikan lagu baharunya secara langsung buat pertama kali. Ia sememangnya detik yang dihargai bagi kedua-dua, pelanggan yang dihargai Ayuwan juga buat peminat setia Ernie Zakri.

Terokai dunia Ayuwan yang anggun lagi bergaya di www.ayuwan.com.my

Post a Comment

0 Comments