Find us on Facebook

Datang lagi sebab nak enjoy Brick Fest School Holidays di Legoland Malaysia

Assalamualaikum. Selagi Annual Passes tak expired, kita plan juga bagi jadi. Masuk kali nie dah 5 kali kami masuk Legoland dan akan jadi 6 kali bila kami repeat keesokkan hari pula. Anak-anak pun dah familiar sangat dengan Legoland, kalau masuk pun confirm dah tak sesat cari jalan keluar sendiri. 


Datang lagi sebab nak enjoy Brick Fest School Holidays di Legoland Malaysia | Disebabkan Legoland jugalah kami selalu ke Johor untuk bercuti, ambil hotel paling lama 4 hari. Nak datang Legoland mana boleh sehari dua, melainkan memang duduk Johor. Kami akan datang dan betul-betul spend time kat sini. Nak tahu hotel mana kami stay, boleh baca sini. 



Sampai tu memang terus check in hotel, lepas tu terus masuk Legoland. Tak nak buang masa, kami datang 3 hari 2 malam je kali nie. Ikutkan planning, hari pertama masuk Theme Park, hari kedua Water Park dan sebelum balik akan masuk Theme Park sekali lagi. 

Mesti ada yang tanya tak bosan ke duk repeat mende yang sama. Langsung tak, sebab setiap bulan ada je event dorang nie. Tuk bulan July dorang adakan Brick Fest School Holidays. Banyak aktiviti menarik untuk anak-anak. 




Macam biasa masuk je Theme Park kami akan cover attraction yang belum kami ride. Tahun lepas Huwainaa tak cukup tinggi, selepas 7 bulan, dah boleh naik. Legalah tak sia-sia Annual Passes kami. 










Miniland LEGOLAND juga dah dibuka semula. Bagi yang tak tahu Miniland nie adalah versi miniatur yang mempamerkan tarikan terkenal dari 17 negara Asia seperti Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Merlion Singapura, Taj Mahal India dan juga mercu tanda unik Johor sendiri.

Sebelum ini dorang tutup untuk renovation, siap berbumbung, barulah replika bangunan yang yang dibina dengan lebih 30 juta batu bata LEGO dapat berlindung dari hujan panas.  Sayang kalau reput macam tu je.


Pasal Miniland nie Fiza nak buat entry lain. Ada banyak bangunan miniatur comel-comel yang Fiza dapat snap dan nak la share dengan korang. Day 1 settle, Day 2 kami seharian mandi kat waterpark. 





















Day 3 masuk Theme Park semula. Thaqif dan Huwainaa nak repeat ride yang dorang suka. 


Lepas tu try la naik boat pula, nak healing atas tasik kejap. Nama ride tu Boating School. Nak bawa pun mudah je, kita kawal pedal, anak kawal steering. Yang penting pakai life jacket. 












Nie koleksi baru lego Duplo --> boleh beli sini

Sebelum balik macam biasalah mesti nak beli Lego. Beli kat sini berbaloi sebab ada banyak diskaun. Tapi rasa terpokai jugak lah mama pun. Haha. Tak pe memang rezeki anak-anak. Lepas nie kita balik kerja kuat lagi. Boleh pergi bercuti tempat best-best. In syaa Allah.


Wassalam.



Post a Comment

0 Comments