Find us on Facebook

AEON Mall cipta rekod penganjuran Jom Makan, penyertaan paling ramai Makan Nasi Daun Pisang bersama BananaBro

Assalamualaikum. Siapa tak teruja bila kita jadi salah seorang penyumbang dalam penyertaan makan nasi atas daun pisang paling ramai dan sekaligus masuk dalam Malaysia Book of Records. 


AEON Mall cipta rekod penganjuran Jom Makan, penyertaan paling ramai Makan Nasi Daun Pisang bersama BananaBro | AEON Mall cipta satu lagi sejarah apabila majlis Jom Makan yang diadakan di AEON Mall Rawang, pada 28 Oktober 2023 dan majlis ini berjaya merekodkan penyertaan seramai 1396 peserta. 

Ia sekaligus mencipta rekod Penyertaan Paling Ramai untuk sesi Makan Nasi Daun Pisang. Rekod tersebut telah disahkan oleh Malaysia Book of Records. 





Fiza bersama keluarga pun ada dalam event ini. Kiranya kami pun antara penyumbang dalam angka 1396 peserta. Rasa bangga jugak lah. 







Majlis ini juga diadakan sempena sambutan Deepavali yang bakal datang. AEON berkolaborasi bersama restoran makanan daun pisang yang semakin popular iaitu Bananabro. Majlis ini juga turut diserikan dengan tarian oleh penari KV EMPIRE sempena Sambutan Perayaan Deepavali.



Selepas makan, Fiza sempat menyaksikan penyerahan sijil Malaysia Book of Records kepada pihak pengurusan AEON Mall. Tahniah AEON Mall di atas penganjuran "Largest Participation in a Banana Leaf Rice Eating Session". 



Peserta yang hadir tak balik dengan tangan kosong, goodies bag diberikan sebagai tanda penghargaan. Event yang memang meriah dan sangat happening. Rasa macam suasana berbuka puasa beramai-ramai pulak. 




Bagi korang yang belum try nasi daun pisang kat BananaBro, korang boleh cuba. Memang sedap dan portion dia besar tau. Kat AEON Mall Rawang pun ada outlet dia, memang senang kami nak repeat makan. Sekali lagi tahniah buat AEON Mall x BananaBro

Wassalam. 


Post a Comment

1 Comments