Pengalaman kali pertama anak-anak menaiki kapal terbang, okay ke tak?

Assalamualaikum. Kali pertama ke mana? Ke Pulau Langkawi la.. Lupakan dulu cerita camping. Kita story staycation  4 hari 3 malam ke Pulau Langkawi.  Sebab yang nie memang hajat suami nak bawa ma dan abah menaiki kapal terbang dan hajat Fiza juga untuk bawa Thaqif dan Huwainaa terbang. 


Pengalaman kali pertama anak-anak menaiki kapal terbang, okay ke tak? | Pengalaman Fiza sendiri sebelum ini terbang dengan Air Asia okay je. Tak de masalah flight delay ke. Paling jauh pernah terbang ke Sabah. Jadi dah tahu macam mana perasaan naik flight tu. 

Ma dan abah memang teruja sangat sebab kali pertama. Sama macam cucu-cucu dorang juga. Kami ke Pulau Langkawi pada 17 Feb sehingga 20 Feb 2022 yang kebetulan waktu itu Pulau Langkawi baru dibuka untuk menerima pengunjung luar. Time tu kes covid masih tinggi dan segala saringan, sijil vaksinasi semua diperlukan untuk sahkan kami bebas covid.


Kali nie pun masih menggunakan Air Asia. Bukan apa harga tiket lebih murah kalau nak dibandingkan dengan MAS. Bab servis malas nak cerita la kan. Bagi Fiza jangan ada yang kurang ajar itu pun dah cukup. 

Pengalaman baru naik flight lepas pandemik, memang berbeza sangat. Segalanya kena buat sendiri. Check itu tu biasalah buar secara online tapi sekarang dorang dah guna apps airasia. Wajib dimuatturun. Lagi mudah dan senang. Segala butiran penerbangan kita boleh semak kat apps tu je.

Bila sampai terminal, tanggungjawab seterusnya untuk dapatkan boarding pass. Yang nie just scan kat kiosk dia. Lepas tu keluar la boarding pass. Pentingnya Check in awal, kalau lambat memang susah la jawabnya. Jadi untuk selamat, 2-3 hari sebelum nak berlepas tu, check in je siap-siap.


Penerbangan kami ke Pulau Langkawi pada jam 8.30 pagi. Tapi waktu nie pihak airasia menasihatkan penumpang untuk tiba 2 - 3 jam lebih awal. Bayangkan, kami sampai airport jam 5.30 pagi. Sebab banyak menda dah berubah. Semuanya kita kena buat sendiri kat airport. Sampaikan  pasang tagging beg pun sendiri. Kalau datang lambat memang kelam kabutlah dibuatnya. Tambah pula dalam situasi pandemik. 



Maka kami bertolak dari Sg. Buloh jam 4 pagi. Relax-relax tenang-tenang aje. Awal pagi airport pun tak berapa sibuk. Mujur jugak budak-budak nie bagi kerjasama senang bangun dan mandi. Mungkin sebab eksited nak naik kapal terbang kan.



Bila sampai airport, settle segala urusan check in, boarding pass, barulah rasa lega. Kita nie bukan berdebar sebab nak naik flight tapi berdebar kalau urusan tu tak berjalan lancar. Risau ada tersangkut tiket ke, beg ke. Kan masalah tu. Tapi bila dah settle semua, memang lega la. Boleh la bergambar puas-puas. Kenangan buat budak-budak nie jugak.



Flight kami on time. Cuaca pun elok, memang syukur sangat-sangat. Eksited juga kita pun. Almaklumlah last naik flight tahun 2013. Lama betul. Tak berani nak naik flight time budak-budak nie kecil, takut dorang nangis kang, marah orang. Bila dah pandai ikut arahan, boleh la naik flight. 








Macam tak percaya je budak-budak nie dapat tengok awan, duduk dalam awan. Yang penting dorang faham dan dorang ingat yang dorang pernah naik flight. Tengok bawah nampak laut, nampak bangunan kecil. Bila lagi tinggi dapat tengok awan yang cantik dan gebu.











Naik flight ke Pulau Langkawi tak lama. Dalam 30 minit sampai. Tak puas rasanya tapi cukuplah karang lama-lama risau budak-budak nie bosan. Kesimpulannya dorang semua okay. Tak buat perangai. Rezeki buat ma dan abah dapat naik flight. Walaupun pergi langkawi je, tapi pengalaman naik flight tu tak semua orang dapat.

Sampai je airport Langkawi, dah ada kereta sewa menanti. Nanti kita story lagi, hari pertama di Pulau Langkawi. Sampai je terus mula berjalan. Tak boleh lengah-lengah sebab banyak tempat nak pergi.

Wassalam.
 

Post a Comment

2 Comments

  1. Mesti seronok anak-anak dapat naik kapal terbang. Memang satu pengalaman manis buat mereka.

    ReplyDelete
  2. Mesti anak-anak teruja kan? lama dah tak ke Langkawi. Nak bawa anak-anak merasa juga ni

    ReplyDelete