Iftar 2022 | Berbuka puasa dengan family di Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel

Assalamualaikum. Paling dinantikan dalam bulan puasa adalah waktu berbuka puasa dan sebelum puasa pun dah keluar macam-macam menu iftar terutamanya pihak hotel. Iftar kat hotel juga selalunya tidak mengecewakan dan sajian buffet yang disediakan selalunya berbaloi dengan harga.


Iftar 2022 | Berbuka puasa dengan family di Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel | Setelah 2 tahun PKP, akhirnya tahun 2022 umat islam dah boleh membeli juadah di bazar ramadhan. Barulah rasa nikmat berpuasa tu kan. Dapat pergi bazar, dapat makan buffet. Syukur alhamdulillah. Dan tahun ini juga, kami dapat berbuka puasa sekali lagi di Sunway Putra Hotel. 

Bacaan berkaitan --> Iftar 2019 Sunway Putra Hotel


Sebelum berbuka puasa, boleh la jalan-jalan cuci mata kat Sunway Putra Mall dulu. Macam biasa cari deco hari raya kat Mall. Ada mall yang betul-betul meraikan Hari Raya Aidilfitri nie dan ada mall seolah-olah nampak macam ambil sambil lewa je. Tapi deco raya kat Sunway Putra Mall memang cantik. Rumah kampung warna pink, pengunjung siap boleh masuk bergambar, ini barulah raya. 


Puas merayau, shopping keperluan raya sedikit sambil menunggu buka puasa kita pun terus naik lif ke Sunway Putra Hotel. Mall dengan hotel nie sebelah-sebelah je. Macam biasa kalau nak makan buffet kat hotel kena book dulu yer, dan kali nie memang ramai sampaikan dorang buka meja tambahan kat luar pintu masuk dinning room. 









Menu memang sedap dan banyak cuma takde kambing golek. Kalau 2 tahun lepas ada kambing golek. Sedikit kecewa kat situ tapi itulah kan, tak dapat makan kambing pun tak pelah, seafood pun banyak. Nasi memang Fiza tak makan kalau datang buffet sebab nasi buat kenyang cepat. Fiza akan pilih seafood, baru puas makan.


Beginilah kisah Iftar tahun 2022. Satu iftar je tahun ini. Harap tahun depan dapan banyak undangan iftar, mana tahu rezeki kan. Pihak hotel yang nak buat review untuk iftar tahun depan dan seterusnya boleh la roger-roger Fiza. Kecil tapak tangan, jemputan iftar saya tadahkan. Cewah..

Wassalam.

Post a Comment

0 Comments