Find us on Facebook

Promosi Hebat Kembali Ke Sekolah 2026 | Beli semua kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari

Cuti sekolah baru bermula tapi kita sebagai parent jangan ambil sambil lewa yer sebab cuti sekolah tahun ini pendek. Tak sampai sebulan pun sesi persekolahan untuk tahun 2026 nak bermula. Nak elak last minute shopping, kami sekeluarga macam biasa ke Pusat Pakaian Hari-Hari untuk cari kelengkapan sekolah baru untuk Thaqif dan Huwainaa. 


 

Promosi Hebat Kembali Ke Sekolah 2026 | Beli semua kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari  | Bila masuk sesi persekolahan baru semua benda kalau boleh nak baru. Biasalah kan untuk semangat baru. Tapi kalau baju muat lagi, tak lusuh boleh je pakai. Tambahan pula kalau baju uniform sekolah korang beli di Pusat Pakaian Hari-Hari, boleh pakai 2 tahun selagi muat sebab ini pengalaman Huwainaa pakai baju uniform sekolah agama dia.

Susunan pakaian yang kemas rasa selesa nak shopping


Harga Mampu Milik, Hati Pun Tenang

Salah satu sebab kenapa ramai suka shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari adalah kerana harga yang mesra poket. Sama ada untuk ibu ayah, pelajar atau seisi keluarga, kita boleh membeli tanpa rasa bersalah. Dengan kos sara hidup yang makin mencabar, pilihan kedai seperti ini memang sangat membantu.

Kemeja laki-laki

Seluar biru sekolah rendah

Uniform lengkap sekolah rendah


Semua Keperluan Di Bawah Satu Bumbung

Di sini ada ada Baju Sekolah Hari Hari, tudung, inner wears, seluar sukan, t-shirt putih, songkok, botol air, alat tulis, beg sekolah dan macam-macam lagi. Pendek kata korang nak cari apa pun, semuanya ada.  

Dengan bantuan staf Pusat Pakaian Hari-Hari yang ramah dan mesra, lagi mudah kerja kami untuk pilih saiz baju dan kasut sekolah untuk Thaqif dan Huwainaa. Sejam siap pilih dan beli semua.

Kalau korang ke sini, tak perlu lagi berulang-alik dari satu kedai ke kedai lain. Di Pusat Pakaian Hari-Hari. Masuk sekali, beli semua. Jimat masa dan jimat tenaga.

Uniform lengkap sekolah menengah

Banyak pilihan tudung untuk anak perempuan

Baju melayu

Songkok

Pelbagai pilihan beg sekolah

Seluar sukan

Kasut hitam trend baharu

Bekas makanan

Stoking panjang dan pendek

Kiwi kasut hitam

Alat tulis


Kualiti Terjamin Dengan Pengalaman 35 Tahun

Walaupun harganya berpatutan, kualiti tetap menjadi keutamaan. Dengan lebih 35 tahun pengalaman dalam peruncitan fesyen, Pusat Pakaian Hari-Hari sudah membuktikan kepercayaan pengguna. Tak hairanlah jenama ini terus kekal relevan dan menjadi pilihan dari generasi ke generasi.



Free Gift untuk masa terhad

Sempena kempen Seronoknya Kembali Ke Sekolah 2026 bersama Hari-Hari, mereka menawarkan free gift seperti kalendar dan tuala. Rezeki jangan ditolak! Jadi jangan lepaskan peluang.


Untuk yang sibuk atau lebih gemar membeli dari rumah, Hari-Hari juga ada kedai dalam talian di ehari.com dengan diskaun 10%. Mudah, cepat dan selesa.

Siap beli keperluan sekolah 2026!!!


Pusat Pakaian Hari-Hari Bandar Baru Sg. Buloh

Kedai Fesyen Tempatan Dengan Lebih 120 Cawangan

Sebagai kedai rantai fesyen tempatan, Hari-Hari kini mempunyai lebih daripada 120 cawangan di seluruh negara. Mudah untuk ditemui, sama ada di bandar atau luar bandar. Untuk maklumat lanjut, korang juga boleh layari www.hari.com.my.

Jika korang mencari tempat membeli pakaian dan keperluan sekolah yang lengkap, berkualiti dan berbaloi, Pusat Pakaian Hari-Hari sememangnya pilihan yang tepat. Sama ada berkunjung ke cawangan berdekatan atau shopping secara online, semuanya direka untuk memudahkan pengguna.


Post a Comment

0 Comments