Find us on Facebook

Kasut Sekolah Pallas dengan Rotating Buckle dan Namatag: Selesa, Tahan Lasak dan Mesra Kanak-Kanak

Bila tiba musim sekolah, satu perkara yang saya tak pernah ambil mudah ialah memilih kasut sekolah yang selesa, tahan lama dan terbaik untuk anak-anak. Dan kalau saya memang kasut sekolah Pallas yang jadi pilihan sejak dulu sampai sekarang. Boleh kata setia sungguh dengan Pallas nie. Rekaan ringkas, kemas dan sesuai dipakai setiap hari buatkan ia mudah digayakan dengan uniform dan juga pakaian sukan sekolah.


Kasut Sekolah Pallas dengan Rotating Buckle: Selesa, Tahan Lasak dan Mesra Kanak-Kanak | Kasut sekolah hitam Pallas juga bukan saja nampak kemas, tapi juga selesa dipakai lama. Terbaharu, Pallas X-Series School Shoe dengan tambahan ciri rotating buckle, sangat memudahkan anak-anak untuk sarung kasut sendiri tanpa perlu bantuan. 

Thaqif menggayakan 
Kasut Sekolah Pallas x-Series "Rotating Buckle"


Tak sangka ciri moden rotating buckle nie dah ada kat Kasut Pallas. Jadi saya pun dapatkan dulu sepasang Kasut Sekolah Pallas x-Series "Rotating Buckle" PX25-029 untuk Thaqif.

Kalau korang nak tahu, rotating buckle Rotating buckle ialah sistem pengikat kasut yang boleh diputar untuk mengetatkan atau melonggarkan kasut, tanpa perlu guna tali kasut tradisional.

Pallas x-Series "Rotating Buckle"


 Mengetatkan atau melonggarkan
dengan mudah


Anak cuma pusing je tombol tu, kasut terus ketat dan kemas di kaki. Nak buka pula, tarik atau pusing semula, terus longgar. Mudah kan?

Kelebihan rotating buckle pada kasut sekolah:

✅ Mudah dipakai & ditanggalkan
✅ Sesuai untuk kanak-kanak (lebih berdikari)
✅ Tak perlu ikat tali kasut
✅ Kasut kekal kemas & selamat sepanjang hari
✅ Cepat, praktikal & jimat masa

Arch Support

Lapik kasut

Kasut sekolah Pallas juga direka khas untuk keselesaan pelajar sepanjang hari di sekolah. Dilengkapi ciri Quick Dry, kasut ini cepat kering walaupun terkena air atau peluh, menjadikannya sesuai untuk anak yang aktif. 

Rekaan X-Light pula memastikan kasut sekolah Pallas ringan dipakai dan tidak membebankan kaki, membantu anak bergerak dengan lebih bebas.

Selain itu, Arch Support pada kasut sekolah Pallas memberi sokongan pada lengkungan tapak kaki, mengurangkan rasa letih walaupun dipakai lama. Turut disertakan Namatag di bahagian dalam kasut bagi memudahkan penulisan nama anak, sekali gus mengelakkan kasut tertukar. 

Gabungan ciri-ciri ini menjadikan kasut sekolah hitam Pallas pilihan tepat ibu bapa yang mementingkan keselesaan, kualiti dan praktikal untuk kegunaan harian.

Namatag - boleh tulis nama anak di sini


Kasut Hitam yang nampak style


Selain itu juga, Pallas Jazz School Shoes Single Velcro Strap 205-0223 masih menjadi pilihan saya untuk Huwainaa. Sebab kasut sekolah ini bukan sahaja selesa dipakai, malah kini tampil dengan rekaan yang lebih smart dan bergaya. Sesuai untuk kegunaan harian pelajar yang aktif di sekolah.

Huwainaa menggayakan 
Pallas Jazz School Shoes Single Velcro Strap 

Pallas Jazz School Shoes Single Velcro Strap 

Pallas Jazz School Shoes Single Velcro Strap dilengkapi ciri-ciri yang memudahkan kehidupan seharian pelajar seperti :

  • Quick Dry – Kasut cepat kering walaupun terkena air atau peluh, jadi kaki anak tetap selesa sepanjang hari.
  • Comfy Arch Support – Sokongan tapak kaki yang baik membantu mengurangkan rasa letih walaupun anak berjalan atau berlari lama.
  • X-Light – Sangat ringan, tidak membebankan kaki anak dan membolehkan mereka bergerak dengan bebas.
  • Namatag – Ruang khas untuk tulis nama, mudah elakkan kasut tertukar di sekolah.



Comfy Arch Support

Lapik kasut

Single Velcro Strap 

Juga ada Namatag 

Juga sesuai untuk pelajar lelaki dan perempuan


Dengan semua ciri ini, kasut sekolah hitam Pallas bukan sahaja praktikal, malah memberi keselesaan optimum untuk anak-anak. Tak hairanlah ramai ibu bapa kekal setia dengan Pallas sebagai pilihan utama kasut sekolah.


Peraduan JOM BELI & MENANG Wang Tunai RM 3000


Selain memastikan anak korang selesa dengan kasut sekolah Pallas, kini ada peluang menarik untuk korang menang! Jom sertai Peraduan JOM BELI & MENANG dan rebut wang tunai RM3,000.

Maklumat lanjut boleh rujuk di https://www.pallas.com.my/Contest-Form


Langkah selesa, gaya Pallas

Jadi, jika korang sedang mencari kasut sekolah hitam yang selesa dan berkualiti, jangan ragu lagi tau. Pallas tetap menjadi pilihan setia ramai ibu bapa di Malaysia. Pastikan anak korang pun miliki Pallas hari ini dan rasai perbezaannya!

Kasut sekolah Pallas boleh didapati daripada kedai kasut dan pasaraya. Nak beli secara online di https://www.pallas.com.my/

#pallasmalaysia #RotatingBuckle #archsupport #kasutsekolah #schoolshoes #gerbangkasut #loveourfeetgoforpallas

 

Post a Comment

0 Comments