OPTOM BANGI Klinik Optometri dan pakar cermin mata, jalankan pemeriksaan mata secara menyeluruh

Assalamualaikum. Sejak akhir-akhir ini mata Fiza memang letih sangat. Tambah pula dengan penggunaan mata lekap sepanjang berada di pejabat. Bukan apa, Fiza memang lebih selesa dengan menggunakan kanta lekap sejak hampir 10 tahun yang lalu jika nak dibandingkan dengan cermin mata. Tapi terfikir juga sampai bila nak guna kanta lekap. Jadinya Fiza pun survey, ada tak klinik mata yang menawarkan servis membuat cermin mata sekali gus dengan pemeriksaan mata.


Periksa mata di OPTOM BANGI Klinik Optometri dan pakar cermin mata | Rupanya ada klinik Optometri dan pakar cermin mata yang memberikan servis seperti yang Fiza nak kan. Dengan membaca review mereka yang telah ke sana, rata-rata memberikan feedback yang positif dan buatkan Fiza yakin dengan servis yang diberikan.

Optom Eyecare terletak di Bangi, ia bukan sekadar kedai untuk buat cermin mata tetapi mereka membuat pemeriksaan mata secara keseluruhan. Ada 5 review yang Fiza nak share kan bagi pembaca tahu apa menariknya di Optom Eyecare Bangi ini.

#1 Pemeriksaan mata secara keseluruhan

Pelanggan yang datang akan menjalani pemeriksaan mata secara keseluruhan. Betul la macam itu kan. Bukan datang semata nak cek rabun je. Sepatutnya kita perlu tahu tahap kesihatan mata. Apa penyebab dalam mata yang membuatkan penglihatan kita semakin kabur.


Apa yang menarik perhatian aku masa kat sini, sebelum dorang suggest untuk buat cermin mata, dorang akan periksa secara menyeluruh keadaan mata korang. Bukan setakat check mata untuk tengok power mata korang tu. Dorang akan tengok dari bahagian dalam dan depan mata korang. Maksudnya akan check saluran darah, kencing manis, darah tinggi dan juga katarak.


Korang jangan risau, lepas check tu, staff situ akan terangkan keadaan mata depan korang jugak dalam masa yang sama. Macam aku, Alhamdulillah, semua okay, cumanya merah sikit urat mata aku, mungkin sebab tidur lambat dan letih. - Blogger Firr 


Kredit Gambar: http://www.dramafmr.com/


#2 Pemeriksaan Silau dan Rabun

Kalau kita pergi kedai cermin mata, selalunya mereka akan periksa bacaan rabun dan silau. Barulah cermin mata boleh dibuat. Itu memang ada di Optom Bangi. 



Ini pemeriksaan biasa la bila ke kedai spek untuk buat spek kan, cuma kat sini lebih terperinci dengan mesin dan manual. Adik Cik Sue di periksa dan betullah dia ada rabun jauh dan silau yang agak tinggi, haihhhhh dah agak dah. Pemeriksaan manual untuk kanta yang sesuai pula di jalankan, ala yang tengok huruf-huruf tu, lama jugak la adik Cik Sue di periksa sebab nak dapatkan kanta yang sesuai dengan mata dia. - Blogger Cik Sue

Kredit Gambar: https://www.sueizza.com/


#3 Pelbagai jenama terkenal cermin mata

Pada pendapat Fiza, yang berkualiti selalunya akan tahan lama. Walaupun harganya kadang-kadang mahal tetapi bila dikira-kirakan ketahanan dan kualiti sesuatu barangan sebenarnya ia adalah pelaburan yang menguntungkan. Di Optom Bangi mereka lebih menumpukan kepada perkhidmatan klinikal. Di samping itu mereka juga menjual pelbagai jenama terkenal cermin mata seperti Lee, Rayban, Bonia, Sembonia, Alain Dellon dan lain-lain.


Jadi jangan hairan jika datang ke kedai ini korang tak nampak pun banyak cermin mata macam kedai-kedai cermin mata yang lain. Tapi lebih serupa macam datang klinik. Ada tempat duduk yang sangat selesa untuk pengunjung sambil menonton tv sementara menunggu giliran atau mendengar penjelasan dari kakitangan Optom Eyecare berkenaan produk dan perkhidmatan mereka. - Blogger Mohaz 

Kredit Gambar: https://www.mohazsue.com/


#4 Cermin mata fleksible untuk anak-anak

Cermin mata untuk saiz kanak-kanak pun ada. Ia lebih kepada cermin mata yang fleksible. Faham-faham jelah budak-budak ini.



Selain tu ada pilihan yang sangat bagus untuk anak-anak, biasa anak-anak ni sangat lasak ye, so kat sini cermin mata boleh lentur (fleksible) dan ia tiada skru, boleh dibuka dengan senang, (macam klip) for kids ada tali di belakang, sesuai untuk bersukan - Blogger Qaseh



#5 Periksa mata dengan details, dapat lihat keadaan mata sebenar

Dengan kepakaran dan peralatan pemeriksaan mata yang mereka ada, kita boleh mendapatkan pemeriksaan mata secara terperinci di sini. Nama pun klinik mata, dari mata, pelbagai jenis penyakit dapat dikesan yang selama ini kita tidak ketahui.



Dari mata boleh tahu penyakit lain yang tak nampak. Cthnya, kencing manis, darah tinggi, dan kolestrol. Dengan mesin yang OPTOM ada boleh snap keadaan mata kita sebenar. Bila ada lingkaran putih tu, bermakna itu yg menyebabkan selaput pada mata, yang jika tidak dirawat akan menyebabkan selaput semakin tebal akhirnya boleh menyebabkan rabun.

Di Optom, jika ada patient macam ni, mereka akan keluarkan surat pengesahkan untuk client dirujuk kepada hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. Nampak tak, selamat dah satu hal. Pastu, kepakaran tu memang itu yang dicari.
- Ummi Nani

Kredit gambar : https://umminani.com/


Kelebihan cermin mata bespoke

Nak ada cermin mata sendiri atau custom made, boleh buat di sini. Mereka akan design cermin mata mengikut bentuk mata, keadaan tinggi rendah telinga, fitkan ikut wajah korang. Barulah nampak handsome dan cun. Tudung pun tak kembang kalau pakai cermin mata. Bab harga jangan risau, mereka ada ada menawarkan harga pelajar, Low Medium, Upper Medium dan juga Premium.





Lawati Cawangan Optom Eyecare

Optom Eyecare Bangi adalah cawangan kedua mereka yang baru sahaja beroperasi pada 1 April 2021 yang lalu. Cawangan pertama mereka terletak di Mergong, Kedah. Orang Kedah boleh la buat pemeriksaan mata di sana juga. 

Optom Eyecare
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
(Berdekatan Marrybrown)

Optom Eyecare
No 17-Gf, Taman Bandar Baru Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tel : 011-10641167

Post a Comment

0 Comments