Find us on Facebook

Bayar Zakat secara FPX payment di Online@Branch Lembaga Zakat Selangor (LZS)

Assalamualaikum. Bulan Ramadhan adalah bulan yang amat dinantikan oleh seluruh Umat Islam di dunia. Ia adalah bulan yang paling mulia di mana semua Umat Islam berlumba untuk mengejar pahala dan membuat kebaikan. Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan, bulan memperbanyakkan ibadah, bulan turunnya Al-Quran dan bulan yang tersangat istimewa bagi umat Islam.


Zakat Fitrah juga merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Ia perlu dilaksanakan di bulan Ramadhan dengan bertujuan untuk membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia. Pernah dengar "Tunaikan Zakat, Ringankan Beban"? Bayaran fitrah tersebutlah yang dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin dengan meringankan beban mereka.


Allah SWT berfirman bermaksud:

“Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan mensucikan mereka (daripada akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah at-Taubah, ayat 103)

Inilah di antara keindahan Islam di sebalik pensyariatan sesuatu ibadah kepada penganutnya. Mengeluarkan zakat juga adalah satu bentuk ujian bagi menguji keimanan dan ketakwaan seseorang kepada Allah SWT.


Kaedah Pembayaran Zakat menggunakan FPX payment di Cawangan LZS

Norma baharu banyak mengubah gaya hidup dan kehidupan harian kita. Bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19, Majlis Keselamatan Negara juga telah menyarankan supaya rakyat sentiasa menggunakan transaksi tanpa tunai.  

Dengan adanya kaedah  FPX payment, ianya lebih selamat dan mudah. Pembayar zakat tidak perlu membawa sejumlah wang yang banyak untuk ke kaunter pembayaran. Hanya gunakan kaedah pembayaran secara PFX payment di cawangan-cawangan LZS.

FPX (financial process exchange yang bermaksud urus niaga proses kewangan) merupakan satu kaedah pembayaran online terkini di Malaysia yang diuruskan oleh Malaysian Electronik Payment System Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai MEPS. 

FPX adalah gerbang pembayaran internet (Internet Payment Gateway) yang membolehkan kita membayar apa sahaja perkhidmatan dengan menggunakan satu platform yang sama bagi membuat pembayaran secara online walaupun dengan bank yang berbeza-beza. Dengan kata lain, walaupun kita simpan duit di mana-mana pun, tetapi dengan adanya sistem PFX ini, transaksi wang boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja secara online.



Online@Branch - Senarai Cawangan Zakat Selangor 

Memandangkan ada kalangan pembayar Zakat lebih selesa untuk datang dan membayar sendiri zakat mereka. Kini mereka dengan hanya perlu pergi ke  Cawangan Lembaga Zakat Selangor yang dibuka 7 hari seminggu sepanjang bulan Ramadan termasuk cuti umum. Di sini saya senaraikan beberapa Cawangan Zakat Selangor di mana para pembayaran zakat boleh pergi untuk menunaikan rukun islam keempat ini.


Waktu dan hari operasi cawangan :

• Isnin - Jumaat : 9.00 pagi - 3.30 petang
• Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : 9.00 pagi - 3.00 petang
• Cawangan UTC Shah Alam : Isnin - Ahad : 8.00 pagi - 4.30 petang


Senarai Cawangan Lembaga Lembaga Zakat Selangor mengikut pecahan Daerah Ramadhan 1442H/2021M :

Daerah Sabak Bernam

Cawangan Sungai Besar
No. 6 & 7, PT 5607 & 5608,
Jalan Gemilang 1, Taman Gemilang,
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan.
Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343
Faks : 03-3225 1131

Daerah Kuala Selangor

Cawangan Kuala Selangor
No 4, Jalan Malati 3/19,
Bandar Melawati,
45000 Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343
Faks : 03-3281 3870

Cawangan Tanjung Karang
No.5, Tingkat Bawah & Tingkat Mezzanin
Jalan Makmor 1, Taman Makmor
45500 Tanjong Karang,
Selangor Darul Ehsan.
Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343
Faks : 03-3269 2980

Daerah Petaling

Ibu Pejabat LZS
Bangunan Zakat Selangor
3-01-1, Presint ALAMi,
Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik, Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Talian Zakat Selangor: 1-300-88-4343
Email: maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my
Web: http://www.zakatselangor.com.my

Cawangan UTC Shah Alam
Lot 6-8A, Kompleks UTC Selangor,
Anggerik Mall,
Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343
faks : 03-5514 0043

Cawangan Subang Jaya
No. 11, Wisma Dicor,
Jalan SS 17/A,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343
Faks : 03-5638 2694

Cawangan Masjid Kota Damasara
Masjid Kota Damansara,
Jalan Sepah Puteri 5/21, Seksyen 5, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Cawangan Seksyen 14
No. 12, The Right Angle,
Jalan 14/22, 46100 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Cawangan Puchong
No 32G, Jalan Puteri 4/2 (Bersebelahan Bank Rakyat)
Bandar Puteri,
47100 Puchong,
Selangor Darul Ehsan.
Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343
Faks : 03-8061 6097

Cawangan Masjid Negeri
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Tingkat Bawah, Persiaran Masjid,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343
Faks : 03-5512 5004

Cawangan Damansara
Masjid Kota Damansara,
Jalan Sepah Puteri 5/21, Seksyen 5, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Daerah Klang

Cawangan Kompleks MAIS
Lot 3366, Bangunan MAIS,
Jalan Kapar Batu 1,
41400 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343
Faks : 03-3359 9483

Daerah Kuala Langat

Cawangan Banting
No.19, Jalan Sri Pekan 5,
Medan Sri Pekan, 42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.
Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343
Faks : 03-3187 7130

Daerah Kuala Selangor

Cawangan Kuala Selangor
No 4, Jalan Malati 3/19,
Bandar Melawati,
45000 Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343
Faks : 03-3281 3870

Cawangan Tanjong Karang
No.5, Tingkat Bawah & Tingkat Mezzanin
Jalan Makmor 1, Taman Makmor
45500 Tanjong Karang,
Selangor Darul Ehsan.
Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343
Faks : 03-3269 2980

Daerah Hulu Selangor

Cawangan Kuala Kubu Bharu
Tingkat Bawa,
Bangunan Hj Khalid,
Lot 16, Seksyen 7, Jalan Mat Kilau,
44000 Kuala kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.
Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343
Faks : 03-6064 5343

Daerah Gombak

Cawangan Sg. Buloh
No.8 (G & LG),
Jalan BRP 1 / 2,
Bukit Rahman Putra,
47000 Sungai Buloh,
Selangor Darul Ehsan.
Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343
Faks : 03-6141 1306

Cawangan Taman Melawati
No. 340
Lorong Sarawak (Blok B)
Melawati Urban 1
Pusat Bandar Melawati
53100 Kuala Lumpur.
Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343
Faks : 03-4147 482

Cawangan Bandar Baru Selayang
No.17, Jalan 2/16, Dataran Templer,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343
Faks : 03-6137 4736

Daerah Hulu Langat

Cawangan Bandar Baru Bangi
No.163A, Jalan 8/1,
Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343
Faks : 03-8925 5433

Cawangan Cheras
51-A, Jalan Suarasa 8/3,
Bandar Tun Hussein Onn
(Berhadapan pintu utama Masjid Bandar Tun Hussein Onn)
43200 Cheras,
Selangor Darul Ehsan.
Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343
Faks : 03 9074 0528

Cawangan Bandar Baru Ampang
No. 1A, Jalan Wawasan Ampang 4/6,
Bandar Baru Ampang,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan.
Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343
Faks : 03-4270 1645

Cawangan Kajang
No.13, Jalan Raja Haron,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343
Faks : 03-8736 2763

Daerah Sepang

Cawangan Bandar Baru Salak Tinggi
Lot C40-1, Jalan 6,
Kosmopleks Salak Tinggi,
Bandar Baru Salak Tinggi,
43900 Sepang,
Selangor Darul Ehsan
Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343
Faks : 03-8706 4821

Cawangan Sepang
Masjid Raja Haji Fisabilillah Cyber 4,
Persiaran Semarak Api,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343
Faks : 03-8311 9796


Selain daripada menggunakan kaedah FPX payment, pembayar boleh juga menggunakan kaedah lain seperti pembayaran melalui Kad Kredit Islamik, Kad Debit dan Cashless Machine.



Memandangkan ia bakal menjadi elemen terpenting di dalam pembayaran secara ONLINE di Malaysia, Zakat Selangor juga dengan langkah proaktif juga telah memperkenalkan e-ZakatPay, satu kaedah pembayaran zakat secara online di www.zakatselangor.com.my.




Jom sertai Zakat Cashless Sepanjang Ramadhan

Sempena Kempen Pay Smart Stay Smart, LZS telah menganjurkan Jom Zakat Cashless Sepanjang Ramadhan yang berlangsung sepanjang bulan Ramadhan bermula 13 April 2021 sehingga 12 Mei 2021. Anda berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dan bermanfaat dengan jumlah keseluruhan bernilai RM15,000.




Dengan 3 langkah mudah

1. Bayar zakat secara online sama ada melalui online banking, e-zakatpay, online@branch, mobile banking, ATM Machine atau e-Wallet. Asalkan secara Cashless.

2. Imbas kod QR atau boleh isi borang http://bit.ly/zakatcashless2021

3. Daftar e-zakat online di ezo.zakatselangor.com.my


Zakat di hati

Dengan berzakat ia dapat mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan, di samping memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT. Dengan itu, ia akan melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.
Untuk maklumat lanjut, layari 
Tunai zakat anda di 
Facebook: zakatselangor
Instagram: zakatselangor
Telefon: 1 300 88 4343

Post a Comment

11 Comments

  1. alhamdulillah satu perkongsian yang bagus.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah sekarang nak bayar zakat atau apa2 semuanya mudah..mcm zaza, nk kluar bandar tu jauh..ada online mmg lega lah kan

    ReplyDelete
  3. bayar zakat dan boleh menang hadiah..wahhh lumayan ni..yelah sekarang kes covid naik turun better bayar secara fpx ni senang dan jimat

    ReplyDelete
  4. Makin mudah sekarang ni ye, zakat pun bayar online je

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, bayar secara online lebih selamat dengan waktu sekarang. Pihak zakat memudahkan urusan kita

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing this details and information

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan urusan. Sentiasa ada cara dan jalan dari Allah swt atas segala kehendakNya.

    ReplyDelete
  8. Sekarang semua urusan semakin mudah dgn urusan online, lwbih2 lg bila covid melanda

    ReplyDelete
  9. Mudahnya bayar zakat sekarang. Now dah tak ada alasan tak bayar zakat

    ReplyDelete
  10. cik en pun skrg pakai online juga.. pakai pusat zakat perak

    ReplyDelete