Find us on Facebook

5 Idea Bento Box yang sedap, enak dan mudah disediakan daripada Ayam Brand

Menyediakan bekal makan tengah hari untuk anak-anak dan diri sendiri semakin popular di Malaysia, dan sebenarnya mudah sahaja. Pilih Ayam Brand™ sebagai bahan asas untuk makanan seimbang dan berkhasiat gaya Bento box, iaitu penyediaan makanan cara Jepun yang sedap dan menarik. 


Resipi berikut disediakan mengikut konsep #sukusukuseparuh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan mempromosi pemakanan berkhasiat supaya kanak-kanak dan orang dewasa mendapat nutrien dan tenaga yang mereka perlukan untuk kekal cergas sepanjang hari. 

Dicuba dan diuji oleh pasukan Ayam Brand sendiri dan ibu bapa yang bekerja dari rumah dan di pejabat, resipi ini pasti popular sebagai sebahagian daripada bekal Bento box atau boleh juga dimakan begitu sahaja. 

Ikan tuna dan saba yang digunakan dalam resipi ini adalah ikan berminyak yang kaya dengan protein, kalsium, Omega-3 dan DHA bagi memberikan kanak-kanak khasiat yang mereka perlukan. Anda juga boleh mencuba bahan-bahan lain dengan resipi ini untuk menghasilkan resipi anda sendiri. 

Berikut adalah beberapa petua jika anda baru belajar menyediakan Bento box: 
  • Kanak-kanak gemarkan makanan yang nampak menarik. Gunakan pelbagai warna 
  • Tambahkan bahan kesukaan mereka seperti jagung, tomato, kacang pea dan lobak merah ke dalam makanan utama untuk lebih serat 
  • Tambahkan buah-buahan atau salad kecil kepada bekal makanan 
  • Potong makanan menjadi kecil supaya mudah untuk dimakan. Untuk sandwic, potong menjadi bentuk segi tiga atau segi empat atau gulungkan dan potong melintang. Untuk nasi, buatkan bentuk bebola atau gunakan pemotong untuk membuat bentuk yang comel. 
  • Hidangan Bento box akan dimakan pada suhu bilik 3 hingga 4 jam selepas disediakan. Sentiasa pastikan makanan dimasak kecuali buah-buahan dan salad 
  • Basuh dan keringkan buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum dimasukkan ke dalam bekal makanan 
  • Masukkan sudu dan garpu serta tisu basah ke dalam Bento box kerana kanak-kanak mungkin terlupa membasuh tangan sebelum makan 

Ikuti @ayambrandmy dan gunakan hashtag #bekalayambrand dan #ayambrandmy pada ciptaan hidangan kotak bento anda yang menggunakan mana-mana produk Ayam Brand. Anda berpeluang memenangi hadiah menarik! Peraduan berakir pada 31 Oktober 2020. 

Cuba lebih banyak resipi ringkas, mudah dan enak daripada Ayam Brand di https://www.ayambrand.com.my/index.php/recipes, https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video.html,
Facebook https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia dan menerusi Instagram di https://www.instagram.com/ayambrandmy/ untuk menambah lebih banyak pilihan hidangan menyihatkan untuk anak anda. Kekal selamat dan sihat. 

Post a Comment

10 Comments

  1. bilalah nak rajin berbento macam ni, tengok cerita beto rajin lah hahaha

    ReplyDelete
  2. bagus ni..nanti boleh la try kan?

    ReplyDelete
  3. wah....seronoklah anak anak dapat bento untuk bekalan mcm ni kan .

    ReplyDelete
  4. Wow! Semuanya yummyliciousnya... dalam semua-semua resipi tu, dua yang paling saya suka iaitu Pasta Tuna dan Jagung dengan Tuna Pita tanpa Mayo... nanti nak cuba buat sendirilah... thanks for sharing ya...

    ReplyDelete
  5. senang ada resepi ni. leh jadi inspirasi nak buat bento anak2 ke sekolah

    ReplyDelete
  6. Suka la anak2 makan bento mcm ni..

    ReplyDelete
  7. Patty telur tuna tu macam sedap je. Boleh buat untuk anak balik nanti. Semua bahan ada

    ReplyDelete
  8. untunglah yg rajin buat bento ni.
    Dahlah tu, shedapppp pula.

    ReplyDelete
  9. Burger tuna tu comel. Ai semangat berbento ni sekejap je.

    ReplyDelete